Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Thursday 25 April 2013

Aku mencintaimu kerana agamamu Bab 6

Pintu terkuak perlahan. Dua bayang manusia muncul di hadapan pintu. Aku terkaku. Aku tahu siapakah gerangan yang muncul itu. Allah, tabahkan hatiku menghadapi dugaanMu !

" Mana bini kamu ni Azhar oi, tak kan waktu-waktu macam ni pun tak reti nak balik rumah lagi?" tanya ibu mertuaku. Tengok! Sajalah tu nak cari pasal denganku. Bukan aku tak tahu perangai orang tua tu.

Kerjanya nak cari pasal dengan aku saja. Tak cukup dengan telefon, datang lagi ke rumah. Alahai..Apalah dosa aku dapat ibu mertua macam ni?

Aku cepat-cepat bergegas ke arah mereka. Abang Azhar dan ibu mertuaku memandangku tajam. Apa yang tak kena lagi? Aku menyalami ibu, namun cepat-cepat dia menarik tangannya tanda tak sudi. Huh, kau tak sudi, aku seribu kali tak sudilah!

" Apa khabar ibu?" tanyaku sekadar berbasa-basi. Beg yang dibawa oleh ibu aku ambil. Tunjuk baik sikit. Tak lupa juga, senyum sikit.

" Kau tak payah tanyalah khabar aku, kalau kau nak nampak aku hari ni kira aku hidup lagi la," kata ibu. Amboi. Nak mati awal ke? Amalan dah cukup? Ya Allah, kenapa kata hati aku hari ni jahat sangat. Astaghfirullah...

" Err, beg ibu saya letak dalam bilik tamu ya," kataku sebelum meloloskan diri ke dalam bilik. Tak mahu berlama-lama di situ. Ada saja bahannya.

" Aisyah!" Namaku dilaung kuat oleh ibu. Ha, kan aku dah kata. Mesti sudah ada modal nak sakitkan hati aku la tu...

" Ya ibu! Sekejap!" Aku berjalan selamba ke arah ibu. Kelibat Abang Azhar tidak kelihatan. Tiba-tiba aku terdengar bunyi air di bilik air. Mandi rupanya.

" Aku nak cakap sikit dengan kau," kata ibu yang duduk di salah satu sofa. Aku melabuhkan punggung di sofa berkembar bertentangan dengan ibu.

" Ada apa ya ibu?" tanyaku.

" Kau ni dah berapa tahun kahwin?" tanya ibu.

" Tiga tahun bu.." kataku. Aku tahu sangat. Modal kali ini mesti kes, ANAK.

" Habis tu? Tak reti-reti nak beranak?" tanya ibu. Soalan cepu emas tu!

" Belum ada rezeki ibu, nak buat macam mana," kataku sambil tertunduk. Sebak sudah menebal di hati. Air mata tolonglah janganlah menitik...

" Kamu berdua ni berusaha ke tidak? Ke si Azhar tu tak pernah sentuh kamu?" tanya ibu. Penyibuk betul la ibu ni..

" Berusaha ibu, cuma tak ada rezeki lagi!" kataku. Amboi ibu ni. Soal dalam kain aku dengan abang Azhar pun dia sibuk nak tahu. Aku mencebik bibir tanda tak suka.

" Kalau dah susah sangat, kau bagi saja si Azhar tu bernikah lagi satu. Mana nak tahu, kali ni ada rezeki," kata ibu selamba. Aku tersentap. Air mata yang hampir luruh ku tahan. Ya Allah...



Monday 8 April 2013

Aku mencintaimu kerana agamamu Bab 5

Assalamualaikum. Alhamdulillah, mari kita teruskan pembacaan pada bab 5 pula ya. Selepas baca, anda dijemput komen ya! Maaf kerana sudah lama tidak hapdateee :)

Hari ini merupakan Hari Sukan sekolah yang ke 13. Aku cuma memakai baju berwarna biru muda yang dikhaskan untuk guru-guru. Sebagai guru penasihat kepada rumah biru, banyak yang perluku lakukan hari ini.

Aku tiba di sekolah jam 7.00 pagi. Sengaja aku datang awal hari ini. Abang Azhar moodnya agak baik hari ini, jadi aku boleh datang ke sekolah dengan senang hati. Kesan lebam di tepi bibir aku lindungkan dengan krim muka. Bedak kompakku ditempek tebal. Putih melepak aku hari ini.

" Selamat pagi cikgu," tegur salah seorang muridku, Farah. Farah tersengih bersama Anis di tepi keretaku. Aku yang ketika itu sedang memunggah barang di dalam bonet kereta bersyukur dengan kehadiran Farah dan Anis. Macam tahu-tahu saja aku perlukan bantuan.

" Selamat pagi! Alhamdulillah, kamu datang nak tolong cikgu ya?" aku berpura-pura tanya. Saja ingin menduga.

" Yelah cikgu!" sahut Anis.

" Bagus-bagus! Kamu tolong angkat kotak-kotak ini dan bawak naik ke padang. Letakkan kotak ini di bawah khemah pasukan biru ya!" arahku. Kotak-kotak yang mengandungi topi, pompom dan reben itu diangkat oleh mereka.

" Nanti cikgu jumpa kamu di atas ya! Cikgu kena pergi ambil senarai nama peserta rumah biru di meja cikgu," kataku sebelum berlalu pergi.

***

Selepas beberapa orang penting menyudahkan ucapan pembukaan, acara sukan dimulakan. Aku hampir hilang suara kerana memberi semangat untuk anak-anak muridku. Alhamdulillah, rumah biru berjaya mendapat pertama lagi tahun ini. Berkat usaha bersama, kami berjaya.

Aku mengurut bahu yang keletihan. Rasanya hari sukan sebelumnya tak pernah aku letih sebegini. Ini penat sangat! Aku membuka pintu rumah perlahan. Rumahku kelihatan suram dan tidak bercahaya. Seperti rumah tanggaku kini yang makin muram. Sedihnya.


Setelah mandi dan solat zuhur aku membawa diri ke dapur. Nasi bungkus yang ku beli tadi ku buka. Rasa tidak berselera pula. Lapar tu usah ceritalah, memang lapar tapi rasa nak termuntah pula bila bau sambal belacan ni. Tadi dekat kedai, meleleh air liur melihatnya. Bungkus baliklah, nanti makan.

Aku toleh ke pintu hadapan rumah apabila terdengar seperti anak kunci dimasukkan ke tombol pintu. Aku terdengar suara orang bercakap-cakap. Siapa? Abang Azhar bawa balik kawankah?

Pintu terkuak perlahan dan aku terkedu.

' Macam mana aku boleh lupa ni? Alamak!' desisku. Bala sudah menanti.