Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Saturday 14 December 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu bab 23

Assalamualaikum. Ni entry terakhir dari Efdy. 

Eh..Eh.. bukan dah berakhir. Cuma berakhir untuk minggu ini. 

Esok Ahad, so kena balik kampung. Kita jumpa lagi minggu depan ya. 

Jangan lupa komen. Oh kalau pendek., saya dah tahu nak panjangkan macam mana lagi. 

Selamat Malam.




Aku pening. Nak jawab ke tak nak ni ha ?

Tak jawab, takut ada perkara penting...

Nak jawab, tapi malulah pulak! Aduh..

Jawab ke tidak?

Tak payahlah. Biarlah.

Akhirnya telefonku senyap. Haaa.. Lega!

Tiba-tiba telefonku berbunyi lagi tanda ada mesej yang masuk. Ish..

Assalamualaikum, ini sayalah Dr. Nazrul! Angkatlah fon. - Doktor Nazrul.

Aku tahulah. Hm... nak balas ke tidak ni? Balas je lah...

Waalaikumussalam, ada apa ya Dr. Nazrul? 

Tak sampai seminit mesejku di balas kembali. Amboi lajunya balas, kalah orang tengah bercintalah pulak!

Saya nak cakap dengan awak! - Doktor Nazrul

Aku terkedu. Apa hal pula nak cakap-cakap bagai ni!

Ada hal penting ke yang perlu saya tahu? Kesihatan abah saya ok kan? - balasku.

Tapi kali ini si dia tidak membalas. Tapi dia tetap mencuba. Mencuba untuk kali yang kedua.

Kali ini, aku terpaksa angkat.

" Assalamualaikum," sebagai pembuka bicara dari sebelah sana. Ya Allah. Kenapa suara Doktor Nazrul ni lembut semacam ni. Kuatkan imanku Ya Rabbi.

" Waalaikumussalam Doktor, ada apa ya?" tanyaku.

" Em.. maaflah sebab saya minta nombor awak dari abah awak," katanya berterus-terang.

" Tak apa, mungkin ada perkara penting yang awak nak beritahu saya," sambungku.

" Sebenarnya Cik Aisyah, saya..." dia berjeda seketika.

" Saya apa doktor? Jangan la buat saya tertunggu macam ni," kataku. Buat saspens je lah doktor ni.

" Saya nak berkenalan dengan awak," jelasnya.

" Apa?!" aku terjerit perlahan. Biar betul. Pertama kali aku jumpa lelaki yang berterus terang macam ni.

" Cik Aisyah, saya betul-betul ikhlas nak kenal dengan Cik Aisyah!" sambungnya lagi.

" Tapi..." kataku...

" Saya tahu kisah awak, tapi tak salahkan kalau awak buka pintu hati awak untuk lelaki lain?" tanyanya lagi.

" Saya belum bersedia untuk terima mana-mana lelaki dalam hidup saya buat masa sekarang," kataku.

" Ambil masa awak Cik Aisyah, saya sanggup tunggu!"

Aku terkedu. Biar betul Doktor ni ! Aku tengah bermimpi di siang hari ke?

" err, Cik Aisyah..Saya ada patient, nanti kita sembang lagi ya. Fikirkan dulu ya, Assalamualaikum,"

" Waalaikumussalam," jawabku.

Telefonku ku letak di tepi katil. Aku rebahkan kepala di atas bantal. Sakit kepala mula menyerang kembali.

Kenapa dia hadir saat macam ni? Kenapa dia membuatkan hatiku meronta-ronta begini. Aku tak mungkin bersama dengannya, aku janda. Ya janda mandul!

" Ya Allah....!" jeritku perlahan. Serabut betul lah!

Tapi , patutkah aku buka pintu hatiku untuknya? Atau teruskan hidupku tanpa lelaki? Hmm....

" Kakak ! Mama panggil makan woi!" jerit Amani dari luar bilik.

Kacau betullah budak kecil ni! Aku nak layan perasaan sekejap pun tak boleh. Tudung aku buka perlahan dan letakkan di atas rak. Aku buka pintu dan melihat wajah Amani yang tersengih-sengih.

" Macam mana akak?" tanyanya. Aku tahu dah perangai budak ni ! Nak kepoh la tu! Adik siapa lah ni.

" Macam mana apa kau ni ?" aku balas dengan pertanyaan kembali. Pura-pura tidak tahu.

" Doktor kata apa?" tanyanya lagi.

" Tak ada apa, dia cakap pasal abah je," kataku sambil duduk di meja makan. Mama tengah bancuh air sirap. Bagusnya anak perempuan beliau. Seorang pun tak tolong. Hihihi..

Amani duduk di hadapanku. Dia merenungku tajam. Eleh macamlah akak takut dengan pandangan kamu tu adik oi!

" Tipu!" katanya.

" Sudah-sudah! Makan nasi tu!" arah mama. Abah pun dah basuh tangan. Apa lagi. Jum makan!

******

Setelah selesai makan tengah hari, aku membasuh pinggan yang digunakan sebentar tadi. Mama tengah mengemas dapur.

" Kakak, abah ada beritahu mama tadi," kata mama.

" beritahu apa mama?" tanyaku.

" Abah kata Doktor Nazrul minta izin abah," kata mama. Hah? Izin apa pula ni...

" Izin nak sunting kamu sebagai isteri dia," kata mama.

Pinggan hampir terlepas dari pegangan aku. Apa? Sunting?


Friday 13 December 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu Bab 22

Assalamualaikum! Apa khabar pembaca? Dah lama rasanya Efdy tak update. Biasalah sibuk sikit lately. but I try my best to keep updating my blog ok. Have fun and don't forget to comment !


Setelah selesai bersarapan, aku bersiap-siap untuk ke hospital. Baju kurung berwarna biru putih dipadankan bersama tudung akel berwarna putih. Stokin dah pakai , handsock dah. Okey , jum kita bertolak.

Sampainya di hospital aku terus mengambil nombor untuk abah. Kami kemudian tunggu di kawasan menunggu.

Pesakit lain mula memenuhi hospital. Jam mnunjukkan baru 8.30 pagi. Masih awal namun ramai yang sudah menunggu. Aku lihat beberapa orang doktor yang baru tiba. Bergayanya bukan main. Handsome pun ada juga. Tipulah , kalau korang tak pernah terpikat dengan doktor kan. Hihihi.

Tiba-tiba aku terlihat susuk tubuh yang aku kenali. Ehem, kenal ke? Tergopoh-gopoh doktor itu masuk ke biliknya. Mungkin baginya sudah lambat kot kerana ramai pesakit yang sedang menunggu di luar.

" Aisyah!" panggil abah.

" Ya abah," sahutku.

" Kamu dengar tak apa yang Amani cakap tu?" tanya abah.

Aku mempamerkan muka blur. Mana nak dengar abah, sibuk mengintai wajah kacak Doktor Nazrul tu abah.

" Amani nak kerja," kata Amani lagi.

" Hm...habis siapa nak jaga abah kalau abah sakit?" tanyaku kembali.

" Abah okey dah. Dah makin sihat," kata abah lantas tersenyum. Aku tahu, abah cuba menyembunyikan kesakitannya. Mana mungkin dia menghancurkan harapan anak kesayangan dia ni.

" Bolehla akak!" Amani memujuk lagi.

" Tanya abah, kakak tak mahu masuk campur," kataku.

" Abah..." Amani melunakkan suara. Bukan main lagi.

" Ikut kamulah Amani, kamu dah besar. Abah tak boleh nak kawal kamu sangat," kata abah.

" Yeay, terima kasih abah!" Amani memeluk abah.

" Seronok eh kau!" Aku cuma tersenyum melihat gelagat si Amani. Kami dua beradik saja. Mestilah apa yang kami ada, kami akan berkongsi.

" Abah, nombor abah la..." kata Amani apabila mendengar bunyi tintong.

Kami bertiga berjalan menuju ke bilik doktor yang telah ditetapkan. Aku memilih untuk menunggu di luar. Biar Amani saja yang menemani abah. Bukannya apa, aku terlihat Doktor Nazrul yang akan merawat abah.
Malu...

Amani menjengukkan kepalanya sedikit dari pintu dan menggamit aku ke arahnya. Aku hanya mengangkat kepala sedikit sebagai isyarat kenapa.

" Doktor nak jumpa kakak!" kata Amani sambil meloloskan diri ke dalam bilik itu kembali.

Eh? Kenapa doktor nak jumpa aku pula... Kesihatan abah tak okey ke?

Aku segera bangkit dan menuju ke bilik doktor. Pintu ku tolak perlahan-lahan. Akhirnya, aku terlihat jua.

Terlihat senyumannya yang menggoda itu. Aku lantas menundukkan wajah.

" Silakan duduk Cik Aisyah," pelawa Doktor Nazrul.

" Terima kasih," ucapku.

" Em...seperti yang saya lihat nampaknya kesihatan abah Cik Aisyah sudah semakin pulih. Namun saya nasihatkan jangan terlalu banyak memberikan tekanan kepada beliau. Saya bimbang serangan jantung akan kembali jika beliau terus menerima tekanan," kata Doktor Nazrul sambil memeriksa fail-fail abah.

" Baik, terima kasih doktor!" kataku.

" Satu lagi, pastikan beliau makan ubat mengikut apa yang telah ditetapkan dan datang lagi untuk pemeriksaan tiga bulan yang akan datang ya," sambungnya.

" Saya faham doktor,'' kataku lagi. Baru aku perasan. Abah dan Amani langsung tidak bersuara. Aku memerhati sekeliling. Eh, cuma ada aku dan Doktor Nazrul.

" Kalau tak ada apa-apa saya keluar dululah doktor. Terima kasih atas jasa baik doktor,'' kataku sebelum melangkah keluar.

" Nanti Cik Aisyah!" kata Doktor Nazrul. Aku berpaling.

" Boleh saya dapatkan nombor telefon Cik Aisyah, manalah tahu kalau Cik Aisyah ada apa hal...Boleh hubungi saya bila-bila masa!" kata Doktor Nazrul.

Eh dia yang minta nombor aku, tapi aku yang kena hubungi dia? Pelik.

" Err, tak payah la doktor. In sha Allah, tak ada apa-apa hal ya!" kataku. Gila kau nak bagi nombor lelaki yang tak kenal. Tapi...

" Kalau macam tu tak apalah Cik Aisyah, terima kasih," katanya. Aku pun keluar dari biliknya dengan selamba. Kononnya tak ada apa yang berlaku lah. Kang kena perli denga Amani pula.

" Jum balik!" ajakku.

******

Sesampainya di rumah aku merebahkan diriku di atas sofa berhadapan televisyen. Tudung pun tak sempat buka lagi. Kononnya penat sangat la kan.

" Akak , tepi sikit! Adik nak tengok The Heirs ni..." kata Amani sambil menolak badanku. Amboi main kasar nampak.

Love is the moment. 

Lagu tema The Heirs mula kedengaran apabila Amani membuka televisyen. Lee Min Ho?

" Lee Min Ho ke yang berlakon?" tanyaku apabila melihat wajah tampan itu di televisyen.

Amani cuma menggangguk.

" Tak kan kakak tak tahu? Kakak ni ketinggalan zaman betullah!" kata Amani.

" Kau ingat akak ni tak ada kerja ke lain ke?" Aku membidas. Layanlah sekali. Macam best je, macam syok je. Hihihi.

" Hah akak , Amani baru teringat! Tadikan Doktor yang kacak-comel-gebu-tinggi tu minta nombor akak dekat abah!" kata Amani sambil menonton The Heirs.

Aku yang terpesona dengan ketampanan Lee Min Ho itu hanya membiarkan saja apa yang diberitahu oleh Amani.

Wait.

" Doktor yang kacak-comel-gebu-tinggi buat apa?" tanyaku kembali.

" Dia minta nombor akak lah!" kata Amani.

" What!" aku terkejut betul ni. Bukan main-main dah ni!

" Yelah!" Amani menjawab selamba. Wajahnya tetap di kaca televisyen.

" Dah tu abah bagi tak?" tanyaku. Tapi tak ada respon. Ah, sejak bila Amani dah pandai mendera perasan aku ni?!

" Amani! Akak tanya ni!" aku mendesak lagi.

Amani akhirnya...mengangguk.

" Apa!" Aku terjerit perlahan. Tak mungkin... tak mungkin!

" Amani, baik kau bagitahu kakak betul-betul. Tak kan lah abah bagi nombor fon akak?" tanyaku untuk mendapatkan kepastian.

" Betullah!" kata Amani. Macam betul je.

Tiba-tiba telefon aku berdering. Eh, Doktor Nazrul?

Sejak bila aku ada nombor Doktor Nazrul? Sejak bila aku save nombor dia? Aku menjeling Amani. Amani tersengih.

Aku bangun dan berpura-pura ingin mencekik Amani. Budak ni melampau tau!

" Jawablah akak!" Amani berkata sambil memperlahankan suara televisyen. Amboi, apa kau ingat aku nak cakap depan kau. Sorry sikit. Haha!

Aku angkat punggung dan berlari masuk ke bilikku. Amani tersentak!

" Akak ! Amani pun nak dengar jugak!" jerit Amani dari luar bilik.

" Alah, kau tu budak-budak lagi! Tolong jangan kepoh boleh!" ayat aku sudah tunggang langgang.

Aku tarik nafas , lepas... Patut ke tidak aku angkat ni? Hmm...




Thursday 12 December 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu Bab 21





Aku sudah tekad. Tekad-setekadnya. Nyalakan azam membumbung, padukan tekad nan waja , sosongi ombak menggunung ! Menuju ke pulau cita ! Eh.. silap pula. Serius laa Aisyah oi ! Sejak bila kau jadi childish gila ni. Sedar sikit diri tu dah jadi janda okey.

" Assalamualaikum semua," aku memberikan salam setelah melabuhkan punggungku di sebelah abah. Aku macam nak berpidato pula ni. Siap bagi salam macam perempuan Melayu terakhir pula. Hihi...

" Waalaikumussalam..." balas tetamu yang memenuhi ruang tamu rumahku hari ini. Alamak nervouslah pula. Bukannya apa, aku bukannya nak terima pinangan Ustaz Habib tetapi nak reject. Aduh...

" Pertama sekali, saya harap semua orang tahu yang saya sebenarnya pernah berkahwin sebelum ini," aku menarik nafas. Cuba mencari kekuatan untuk menceritakan kepahitan yang pernah aku lalui.

" Apa?" Aku pandang wajah ibu Ustaz Habib yang terpingga-pingga. Mungkin keliru.


" Ya betul mak cik. Saya pernah berkahwin tiga tahun yang lalu. Saya sebenarnya malu untuk menceritakan mengenai aib saya sendiri namun untuk menggelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku, saya harus membuka aib saya sendiri." Aku berhenti sebentar. Menarik nafas sebentar dan cuba meneruskan kata.

" Saya seorang janda yang ditalak tiga beberapa bulan lepas.'' Akhirnya keluar juga. Alhamdulillah.

" Apa semua ini Habib?'' Bapa Ustaz Habib pula yang bertanya.

" Umi , abi...Habib betul-betul ikhlas hendak memperisterikan Aisyah," kata Ustaz Habib. Dush. Rasa tamparan hebat ke mukaku. Ikhlas? Huh...

" Maafkan saya Ustaz, mak cik dan pak cik... Rasanya saya terpaksa menolak pinangan ini. Ini semua adalah demi kebaikan semua." Aku berterus-terang.

" Tapi Aisyah, saya benar-benar ikhlas!" Ustaz Habib masih terus menerus mendesak,

" Maaf, saya tekad dengan keputusan saya kali ini. Masih terlalu awal untuk saya mulakan sesuatu perhubungan setelah bercerai ni," kataku lagi. Mengharap pengertian mereka.

" Baiklah, tapi awak akan menyesal kerana menolak pinangan saya !" Ustaz Habib cuba memberi amaran.

Semua tetamu pulang jua akhirnya. Aku masuk ke dalam bilik. Merebahkan diriku di atas katil.

Sudahlah penat memandu , sampai-sampai ja ada pulak habuan menanti. Dugaan betul.

Aku penat, penat dengan permainan lelaki-lelaki di sekelilingku. Amaran demi amaran aku terima,

Cubaan demi cubaan aku terpaksa lalui.

Akhirnya aku terlelap sendiri.


********

Setelah selesai solat subuh , aku menjenguk ke dapur. Mama tengah masak sarapan. Nak kacau rasa malas pula. Mama ni bukannya boleh orang kacau dia masak. Nanti dia berleter benda bukan-bukan.

" Aisyahhhhh ! Aminaaaa ! Haish ! Anak-anak dara aku ni, kalau aku tak menjerit memekak pagi-pagi buta ni memang tak bangun la..." Mama berleter sambil memasak nasi goreng. Haa kan aku dah kata, Mesti punya.

" Selamat pagi mama , Aisyah dah bangun la ma," kataku sambil melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan.

" Ha , kamu tu pun satu.. Kenapa lambat sangat keluar dari bilik tu, nak menggelak daripada tolong mama la tu !"

" Eh tak adalah mama, Aisyah bangun lambat tadi ma. Dengar azan baru terbangun mama," jelasku.

" Yalah mama percaya, tapi esok kamu masak sarapan pula. Mama nak rehat pula," kata mama sambil menghidangkan nasi goreng di atas meja.

" Baiklah mama. Air bagi Aisyah bancuh ya mama... Mama duduk sini!" kataku sambil menepuk-nepuk kerusi di sebelahku.

" Hmm... Kejap, mama nak pergi panggil Amani sekejap. Dah bangun ke belum budak ni," kata mama sambil menuju ke bilik Amani.

Aku segera mengambil satu jag kosong dan menuang air panas ke dalamnya, Tiga sudu besar milo dan tiga sudu besar susu turut ku bubuh. Hmm...tak payah manis sangatlah.

" Assalamualaikum..." Abah memberi salam lantas menuju ke dapur. Baru balik dari surau. Alhamdulillah, sejak pencen abah banyak menghabiskan masanya di surau. Dengan tak sihatnya tu, semua aktiviti yang dijalankan oleh pihak surau semua dia sertai.

" Waalaikumussalam abah, duduk dulu abah. Aisyah nak bancuh milo ni sekejap," kataku lantas mengacau air miloku.

Setelah selesai, aku menghidangkan di atas meja. Amani yang berjalan seiringan bersama mama turut menyertai kami.

Amani menggosok matanya , menahan kantuk.

" Kau solat tak?" tanyaku sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.

" Tak boleh solatlah akak," jawab Amani. Aku hanya menggangguk. Berpuas hati dengan jawapannya.

" Nanti teman kakak ngan abah pergi hospital sekejap," kataku. Amani hanya mengganguk.

" Sudah , makan dulu. Nanti kita sembang lain. Bacakan doa Amani," arah abah.

Aku mengerling raut tua abah. Begitulah ajarannya sejak kami kecil. Tapi aku sudah malukan abah.

' Maafkan Aisyah abah,' desis hatiku sambil menundukkan kepala dan berpura-pura menikmati hidangan. Aku menahan sebak di dada.

' Ya Allah, kuatkan aku!'