Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Saturday 29 November 2014

Aku Mencintaimu kerana Agamamu bab 24

" Apa ma? Sunting! Isteri?" aku terjerit.

" Hish , tak payahlah nak menjerit bagai. Mama ada kat sini ja," kata mama.

" Maaf ma. Tak sengaja. Terkejut sangat tadi. Hihi! Tapi kan mama, doktor tu Aisyah baru saja jumpa dua tiga kali mama... Ish, tak  kan baru dua tiga kali jumpa dah jatuh cinta mama?' tanyaku sambil mengemas dapur.

" Itu mama pun tak pasti, tapi mama suka dengan sikap dia yang jujur. Ha, bukan senang tau nak jumpa lelaki yang jujur macam dia. Satu dalam seribu tau!'' kata mama sambil memandangku.

" Ma, tu Aisyah tahu tapi hati Aisyah macam dah serik nak terima mana-mana lelaki dalam hidup Aisyah mama!'' kataku sambil melabuhkan punggung di salah satu kerusi di meja makan.

Mama turut melabuhkan punggungnya disebelahku.

Mama mengurut lengan aku perlahan. Mengamit sebak yang sejak tadi ditahan.

" Mama faham sayang. Tapi tak salahkan kalau kita mencuba? Mana tahu, jodoh Aisyah bukan dengan Azhar tapi dengan Nazrul..." kata mama.

" Aisyah takut... Takut untuk mencuba mama. Takut untuk disakiti sekali lagi. Luka yang lama mungkin sudah sembuh tapi parutnya masih ada. Aisyah belum bersedia untuk sakit sekali lagi mama. Aisyah belum kuat untuk tabah..." kataku. Air mata yang bertakung sejak tadi mengalir perlahan.

Mama bangun dan memeluk aku. Erat. Hanya kebisuan dan esakku yang berterusan antara pelukan aku dan mama. Aku hanya perlukan ini. Ya, keluarga.

" Aisyah, ingat satu pesanan mama. Doa mama sentiasa ada untuk Aisyah. Mama harap doa mama akan lindungan Aisyah daripada disakiti lagi. Mama yakin, Allah sentiasa dengar doa mama untuk anak-anak mama..." mama berkata setelah lama membisu. Aku masih berada dalam pelukannya. Aku perlukan kekuatannya. Mengalir di setiap urat nadiku. Ya, kekuatan dan ketabahan seorang ibu.


***

Abah memanggilku yang sedang sibuk menanda kertas peperiksaan muridku. Abah berada betul-betul di sebelahku. Tak perasaan !

" Khusyuknya buat kerja sampai abah datang pun tak perasan ya!'' kata abah sambil melabuhkan punggung di sebelah sofaku.

" Maaf abah, Aisyah baca karangan anak murid Aisyah ni... Rasa bimbang pula, sudahlah SPM dah dekat! Karangan macam Aisyah tak pernah mengajar. Risau betul!'' kataku sambil membelek kertas peperiksaan itu sekali. Pening kepala dibuatnya. Cikgu yang risau lebih!

" Biasalah budak-budak. Macam mana cadangan abah haritu?'' tanya abah. Aku memusingkan badan dan bersila di hadapan abah.

" Cadangan apa abah ?" tanyaku sambil tersenyum malu. Biasalah, banyak perkara yang membebankan aku dua tiga menjak ni.

" Pindah balik Sungai Petani. Abah risau kamu sorang-sorang kat rumah sewa tu. Kamu tu dah la perempuan...'' kata abah mengingatkan kembali cadangannya.

" Oh pasal tu. Aisyah dah buat permohonan pindah balik sini. Dah lulus pun. Lupa nak beritahu abah. Maaf ya abah!'' kataku sambil mengambil tangannya dan menciumnya perlahan.

" Alhamdulillah. Ingatkan kamu lupa nak mohon! Lega sikit abah mendengarnya. Amani keluar dari biliknya setelah selesai solat Isyak. Dia melabuhkan punggungnya di hadapan sofa yang bertentangan denganku dan abah. Tangannya laju menambil dan kertas peperiksaan anak-anak muridku kemudian membacanya. Aku membiarkan sahaja.

Tiba-tiba Amani tergelak besar. Aku dan abah terkejut. Abah mengurut dadanya perlahan.

" Gila ke? Kau ni dah lupa ke abah ada penyakit jantung. Kalau kena serangan kedua macam mana? Tiba-tiba gelak macam langsuir ni dah kenapa? Meroyan!" kataku. Abah hanya tersenyum. Eh dah kenapa senyum.

" Dah lama abah tak dengar kamu marah adik kamu. Rindu rasanya nak dengar kamu bergaduh!'' kata abah.

"Abah, kitaorang dah besar abah. In sya Allah, tak nak gaduh dah ngan akak. Nanti tak dapat duit belanja..." katanya sambil tersengih.

" Amboi! Pandai kau eh!" kataku. Amani meneruskan pembacaannya sambil tersengih-sengih menahan gelak. Musykil. Budak ni dah kenapa!

Aku bangun dan merampas kertas peperiksaan yang dipegang. Aku tergelak. Anak muridku ni!

Di bawah karangannya terdapat satu nota kaki. Dalam karangan boleh buat nota kaki! Memang boleh mendatangkan marah ni.

Cikgu, saya minta maaf sebab tulisan saya tak cantik, tapi karangan saya cantik kan? Macam cikgu Aisyah saya yang cantik :P - Khairul Hadif

" Ya Allah. Penat aku mengajar selama ni!" keluhku.

" Aisyah, telefon kamu asyik bunyi saja dari tadi. Mama nak solat pun tak khusyuk!'' kata mama sambil menghulurkan telefon bimbitku kepadaku.

" Maaf mama!''

Mataku terpaku melihat nombor pemanggil.

' Azhar'