Jum baca dulu...
Hari Ahad tiba lagi. Alhamdulillah
Ya Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk menghirup udara lagi. Hmm..
Nak buat apa ya hari ini?
Rumah yang baru ku sewa ini dipandang sayu. Masih kosong. Cuma ada
dua bantal dan tilam kecil untuk aku melepaskan penat. Barang dapur pun tak
ada.
Lepas balik dari rumah abah lah beli barang-barang dapur. Malas
pula. Hmm.. bosannya. Aku membelek telefon bimbitku.
Wallpaper aku berbaju pengantin itu mengamit kenangan lalu. Aku masih
ingat. Selepas aku dan Abang Azhar sah menjadi suami isteri, dia pernah
berjanji untuk menjadi yang terbaik untuk aku. Tapi semuanya hancur dalam
sekelip mata sahaja.
Aku masih ingat senyuman manis yang telah berganti dengan senyuman
sinis beberapa bulan yang lalu. Senyuman yang merubah segalanya.
Aku rasa berdosa dengan mama dan abah. Berdosa, terlalu berdosa. Aku
dahulu merupakan anak yang selalu dibangga mereka. Kini, aku ialah seorang anak
yang telah memalukan mereka.
Berkahwin dan bercerai bukanlah suatu perkara yang mudah. Berhadapan
dengan masyarakat merupakan perkara yang sukar bagiku. Apabila perceraian aku
dikatakan semua berpunca daripada aku! Aku!
Yang lebih menyakitkan hati, Abang Azhar boleh terlepas daripada
segala tuduhan yang masyarakat lemparkan untuk aku. Apa yang Abang Azhar buat,
semua menuduh aku yang melakukannya. Penat juga melayan mulut orang yang tidak
habis-habis mengata aku seperti mereka tidak pernah melakukan dosa.
Aku sedar, hidup harus diteruskan. Ya, aku redha. Aku tahu aku
punya Allah. Allah sedang menguji aku. Dan aku tahu, yang Maha Esa telah
menetapkan segala yang terbaik untuk aku. Apa yang perlu aku lakukan sekarang
ialah bersabar dan sentiasa berdoa. Sesungguhnya masa itu akan tiba juga.
Aku segera memadam gambar-gambar yang akan mengingatkan aku kepada
Abang Azhar! Aku ingin lupakan dia untuk selama-lamanya. Aku akan jadi lebih
baik daripada sebelum ini. Percayalah!
Semangatku kini kembali. Biasalah, sekejap down…sekejap okey… nama
pun perempuan kan?
“Bosannyaaaaaaaaaaa!” jeritku perlahan. Hah! Tiba-tiba aku sedar
sesuatu.
“ balik rumah mama dengan abahlah!”
Setelah selesai mengemas barangku, aku mengunci pintu dan menaiki
kereta. Destinasi pertama aku hari ini ialah…
“ Jeruk Pak Ali !”
Dengan lafaz Bismillah, aku memulakan perjalananku.
Apabila sampai di Astaka yang menjual Jeruk Pak Ali, aku melangkah
keluar dari kereta. Kedai jeruk tersebut aku tuju.
“ Wah, banyaknya jeruk!” aku bercakap sendiri.
“ Ya kak, nak jeruk apa?” tanya seorang lelaki dengan loghat
Penang. Aku memikir-mikir.
“ Kalau akak nak campuq ( campur ) semua pun boleh! Boleh rasa
semua jeruk!” kata lelaki itu lagi.
“ hmm.. bagi akak jeruk mangga sekilo ya! Pastu akak nak jeruk
campur sekilo juga!” kataku setelah yakin.
“ Kami ada jeruk ceri, kelubi, salak, mempelam, bawang putih,
anggur dan yang paling femes sekali jeruk buah pala !’’ jelas lelaki tadi.
“ eh, saya tak nak bawang putih ya!” kataku. Eii, tak lalu pula
dengar bawang putih dibuat jeruk. Hihi..
“ baiklah akak, semuanya dua puluh empat ringgit ya!’’ katanya
sambil menghulur plastic kepadaku. Sebagai tukaran aku menghulurkan duit
kepadanya.
“ saya jual ya kak” katanya sambil tersenyum.
“ ya akak beli!” sambutku sebagai akad jual beli kami. Sekadar berbasa-basi.
Setelah selesai memborong jeruk aku memandu pulang ke Sungai
Petani. Setibanya di perkarangan rumahku, aku perasan ada sebuah kereta asing
di halaman rumah.
Aku turun dan membawa barang-barangku. Sampai di hadapan pintu aku
terpaku.
“ biar betul?!’’ hatiku menjerit sendiri. Allah…
Aku menghembuskan nafas perlahan. Tenang Aisyah…tenang…
“ Assalamualaikum !” ucapku sambil membuka kasut. Ruang tamu yang
dipenuhi orang itu menjadi senyap apabila mendengar salamku.
“ Waalaikumussalam,” jawab
mereka serentak.
Aku sebenar rasa macam nak pengsan apabila melihat wajah itu. Firasat
aku selama ini tidak pernah salah!
Melihat dulang-dulang hantaran yang memenuhi ruang tamu itu
menyentak dadaku. Tak kan lah mereka datang untuk meminang adikku yang tak
lepas SPM tu!
Aku sudah dapat mengagak semua ini! Apabila melihat wajahnya lelaki
itu tersengih-sengih malu. Hish! Tak hinggin aku nak membalas senyumannya.
Aku baru sahaja beberapa bulan menjanda! Tak kan lah nak kahwin
lagi? Bala-bala. Aku terpaku di situ.
“ mungkinkah…dia memang jodohku?” hatiku mengeluh untuk sekian
kalinya.