Tiga bulan berlalu…
“ Assalamualaikum murid-murid! Apa khabar?” tanyaku apabila
menapak masuk ke kelas 5 Amanah. Aku sudah boleh menerima hakikat. Hakikat yang
aku sudah pun bergelar janda.
“ Waalaikumussalam cikgu Aisyah! Khabar baik,” jawab mereka
serentak. Amboi, semuanya bersemangat!
“ Macam mana? Sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang
bakal menentukan masa depan kamu?” tanyaku pada anak muridku. Aku berdiri di
hadapan mereka.
“ Takutlah cikgu!” kata seorang muridku, Anis.
“ Jangan takut, kamu pasti boleh lakukannya. Siapa yang dapat A
untuk subjek Bahasa Melayu, cikgu belanja kamu makan ya!” janjiku. Bukan janji
kosong tapi bagi menaikkan semangat mereka untuk berjaya.
“ Yeayyy!” jerit mereka serentak.
“ Amboi, seronok ya bila cikgu nak belanja!” kataku.
“ Mestilah cikgu, saya suka banyak oo!” kata seorang muridku,
Chia. Bahasanya…
“ Baiklah, keluarkan buku latihan Tatabahasa kamu! Cikgu nak kamu
buat latihan untuk meningkatkan tahap penggunaan Tatabahasa kamu dalam karangan
nanti,” arahku.
“ Baik cikgu!”
Aku berjalan menuju ke bilik guru setelah selesai mengajar di 5
Amanah. Selamat nanti aku sudah lapang. Dah tak ada kelas selepas ni!
“ Ehem…Hai cikgu! Berseri-seri nampak!” tegur Cikgu Wani setelah
aku melabuhkan punggung di mejaku. Mejanya dan mejaku bertentangan. Mahu tak
mahu aku terpaksa berhadapan dengannya.
Aku bukannya tidak suka dengan Cikgu Wani, cuma mulutnya semenjak
dua menjak ni berbisa sangat. Bergegar hati dengar kata-katanya!
“ Tak adalah cikgu Wani, biasa saja!” jawabku lembut. Selagi boleh
berlembut, berlembut sajalah. Kang, terlepas marah perang dingin pula!
“ Ingatkan dah ada pengganti!” katanya sinis.
“ Pengganti apanya cikgu Wani oi…” sampuk Cikgu Rogayah. Hah
sudah, cikgu ni lagi menyakitkan hati. Tak ada kerja lain , kalau tak mengata
aku tak boleh hidup kot!
“ Sekali ditalak tiga, mesti ada apa-apa yang tak kenalah tu!
Lelaki yang dengar pun takut nak dekat!” sambungnya. Ha… kan aku dah kata.
Sabar Aisyah, sabar Aisyah. Aku cuma diam. Berpura-pura sibuk
memeriksa buku latihan murid-muridku.
“ Alahai cikgu Rogayah hoi, saya dengarkan…Laki dia tu tangkap dia
tengah berasmara dengan lelaki lain!” ucap cikgu Wani.
“ Itulah, aku pun dengar macam tu juga! Apalah nak jadi dengan
anak muda zaman sekarang ni. Laki dah jaga elok-elok, bini pula buat hal…”
tambah cikgu Rogayah lagi.
Aku tersentak! Amboi, penceraian versi ibu yang berleluasa! Macam
mana mereka boleh tahu versi ibu pula ni! Oh, cikgu Rogayah tu kawan ibu…
‘ Sabar Aisyah, Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar,’
desis hatiku.
“ Cikgu Aisyah, ni borang kebenaran murid untuk kem Bina Islam
dalam Diri tu,” kata Ustaz Habib sambil menghulurkan beberapa keping kertas.
“ Terima kasih Ustaz!” kataku sambil tersenyum.
“ Sama-sama kasih!” ucap Ustaz Habib sambil berlalu ke mejanya.
Aik lain macam saja Ustaz Habib ni.
Sejak kes penceraian aku heboh di sekolah, Ustaz Habib layan aku
lain macam! Aku tak pasti sama ada aku saja yang perasan sendiri atau dia
memang sedang memikat aku sekarang?
Bagi aku Ustaz Habib tak adalah kacak sangat pun, namun mukanya
manis. Sedap dipandang. Dengan janggut sejemputnya menaikkan lagi seri
diwajahnya.
Ada sekali tu, dia ajak aku keluar makan! Berdua pula tu. Gila
apa? Aku pun tolak secara baiklah. Tak mahulah nanti orang lagi sakan mengata
aku. Keluar dengan Ustaz pula tu!
Dia kata nak bawa anak dia, sebagai peneman katanya. Anak dia dah
dua orang, dari isteri pertama dialah. Kiranya dia memikat aku ni untuk
dijadikan bini kedualah.
Bagi aku, aku tak kisah berpoligami kerana itu hukum Allah, tapi
ini terlalu awal. Kes aku dengan Abang Azhar pun belum selesai lagi kerana
Abang Azhar terlalu sibuk untuk menghadirkan diri ke mahkamah. Takutlah tu.
“ Cikgu Aisyah, boleh saya jumpa sekejap!” tanya Cikgu Rosni.
Pengetua sekolah ini.
“ Eh, puan! Ada apa ya?” tanyaku sambil bangun mengikut
langkah-langkahnya.
“ Saya nak tanya pasal Kem Bina Islam yang bakal diadakan minggu
depan,” tanya Cikgu Rosni.
“ Lah, puan...Kalau pasal tu Puan boleh telefon saya saja, saya
boleh datang jumpa Puan!” ujarku. Fuhh…Ingatkan apa tadi. Terkejut aku.
“ Tak apa, dah alang-alang saya lalu kat sini tadi!” katanya
sambil tersenyum.
“ kalau puan mahu nanti saya bagi kertas kerja dekat pejabat
puan!” kataku.
“ Baiklah, nanti letakkan di atas meja saya ya!” katanya sambil
berlalu. Kemudian dia berpaling dan tersenyum ke arahku.
Lain macam saja cikgu ni! Ni yang buat aku saspen !
Tiba-tiba telefonku berbunyi.
‘ Eh abah!’
“ Assalamualaikum abah,” kataku setelah menekan butang hijau.
“ Waalaikumussalam Aisyah, abah nak minta tolong kamu sikit
boleh?” tanya abah.
“ Eh, sikit saja ka? Banyak pun tak apa abah. Hehe!” ujarku. Apa
abah ni, sikit sajakah nak minta tolong, mintalah tolong banyak-banyak sikit
baru boleh dapat banyak pahala.
“ Yalah kamu ni, abah nak minta kamu bawa abah pergi hospital
minggu depan…” tanya abah.
“ Boleh abah, hari apa ?” tanyaku sambil membelek buku diariku.
“ Hari Isnin,”
“ Okey, boleh abah ! Nanti Aisyah minta cuti ya…”
“ Terima kasih! Maafkan abah ya Aisyah sebab menyusahkan kamu!”
suara abah dah berubah sedikit. Sebak la tu. Aduh abah, jangan buat Aisyah
macam ni, kang Aisyah menangis sekali!
“ Ish abah ni, mana ada menyusahkan! Lagipun itu kan tanggungjawab
Aisyah sebagai seorang anak!” kataku.
“ Alhamdulillah! Ni ha, mama kamu kirim salam. Dia suruh kamu beli
jeruk mangga sebelum balik nanti,” kata abah.
“ Okey abah waalaikumussalam, ehem… Aisyah bakal dapat adik baru
ke bah?” tanyaku sekadar mengusik.
“ Haish kamu ni! Merepek saja! Abah dah tak mampu ha..” ujar abah
dengan nada pasrah. Aku tergelak.
“ Manalah nak tahu, rezeki abah!” kataku sambil menguntum
senyuman.
“ Abah tunggu cucu daripada kamulah,”
Kata-kata abah membuatkan aku tersentap. Harapan abah terlalu
tinggi…
“ Entahlah abah…Tak ada sapa yang nak kat Aisyah ni bah,” tadi
kata abah buat ayat pasrah. Sekarang aku pun nak buat ayat pasrah juga.
“ Alah, jangan risau! Adalah tu nanti jodoh kamu…” itulah
kata-kata abah saban hari jika hal ini dibangkitkan.
Aku tidak mahu lagi berharap. Perkahwinan dahulu menjadi aku
wanita yang takut. Takut diceraikan lagi. Tak mahu dah…
“ Aisyah?” panggil abah dari sebelah sana.
“ Ya abah?” sahutku.
“ Berangan la tu! Baiklah Aisyah jumpa hari Isnin nanti ya sayang.
Assalamualaikum,” kata abah
“ Alamak kantoi la pula. Baiklah abah, Waalaikumussalam..”
Adakah jodoh yang baik untuk diriku? Walaupun di hati kecilku
masih berharap, aku takut.. Takut untuk berharap. Kerana harapan itu
menyakitkan.
Yes, aisyah, bina semangat semula. Diceraikan bukan bererti berakhirnya kehidupan....m
ReplyDeleteBest
ReplyDeletedr nazrul ler hehehe
ReplyDeleteAisyah buat x tahu ja dengan orang macam tu.... janji kita x buat benda yang mereka cakap.... nak aisyah dengan dr nazrul lah.... kalau dia duda atau x ada sesiapa.... kalau jadi no 2 rasanya x payah lah...
ReplyDeletebaik dgn doktor tu ar.. hehe..
ReplyDeleteEeeii!!! geram dengan perempuan mulut longkang dua org tu.. ingat bagus sgt ke dieorng tu hah?! apa-apapun, bersabar ya aisyah.. Allah sentiasa bersama dengan org yg bersabar... sambung lagi! tak sabar nak baca...
ReplyDeletenot bad..tingkatkan gaya penyampaian cerita.
ReplyDelete