Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Monday 13 May 2013

Aku mencintaimu kerana Agamamu Bab 12

Aku membalas pandangan tajam Abang Azhar. Aku tidak tahu dari mana aku dapat kekuatan untuk melawan Abang Azhar. Aku sudah penat menjadi isteri yang asyik mengalah dengan segala perbuatan suaminya.

" Baiklah!" kata Abang Azhar sambil menarik tanganku. Pintu bilik dibuka kasar. Pergelangan tanganku terasa perit.

Abang Azhar mengetuk pintu bilik ibu sedikit kuat. Apa kena mengena dengan ibu ni? Dasar anak ibu!

" Ha, Azhar! Aisyah kenapa kejutkan ibu malam-malam buta ni?" kata ibu setelah membuka pintu biliknya.

" Ibu, bersaksikan ibu saya Azhar bin Amran menceraikan Siti Nur Aisyah dengan talak tiga," kata Abang Azhar.

Aku terpana. Talak tiga?! Ya Allah...Aku terduduk di hadapan ibu dan Abang Azhar.

" Kenapa ni Azhar?!" tanya ibu.

" Ini yang kau nak kan ? Nah, aku dah bagi apa yang engkau nak. Mulai esok aku dah tak nak tengok muka kau lagi! Kau faham kan? Puih!" kata Abang Azhar sambil meludah di mukaku.

" Ya Allah..." aku terdiam. Aku tak sangka Abang Azhar betul-betul tercabar dengan kata-kataku.

" Kau dengan Azhar ni kenapa ha?" tanya ibu. Ibu kelihatan binggung.

" Ibu, saya dah tekad ! Saya akan ceraikan betina mandul ni secepat yang mungkin..." kata Abang Azhar.

Kata-katanya begitu pedih. Aku tak sanggup mendengarnya lagi. Aku bingkas bangun dan menuju ke bilik. Beg pakaian yang sederhana besar aku ambil daripada bawah katil.

Aku cepat-cepat mengemas barangku. Aku harus keluar dari rumah ini secepat yang mungkin ! Ya, dengan secepatnya!

Air mataku sudah berhenti mengalir. Rasa sedih sudah berkurang dan diganti dengan perasaan marah dan meluat yang membuak-buak. Sudah, sudah aku tidak mahu dihina sebegini lagi.

Aku segera menukar pakaianku dan mengambil dokumen-dokumen penting. Aku berjanji. Aku berjanji dengan diri aku sendiri ! Aku tak akan kembali ke rumah ini lagi. Tak akan.

Aku keluar sambil membawa barang-barangku. Aku hampiri ibu dan menyalaminya.

" Ibu, ampunkan segala dosa Aisyah sepanjang menjadi menantu ibu. Halalkan makan minum Aisyah," kataku seraya mencium tangan ibu. Wajah ibu aku tenung dalam. Kosong. Langsung tiada riak. Mungkin suka dengan pemergian aku barangkali.

" Hmm..." Ibu berdehem. Itu saja yang keluar daripada mulut ibu. Sampai hati ibu. Aku ingatkan cuma anaknya yang tidak mahukan aku. Rupa-rupanya ibu pun begitu.

Aku melangkah perlahan menuju ke pintu.

" Nanti dulu," Abang Azhar memanggilku.

Aku tersenyum perlahan. Adakah masih ada sinar kebahagiaan untuk aku?

3 comments:

  1. Azhar bukannya nak pujuk kamu ler Aisyah. Dia nak menghina kamu lagi.

    Jgn toleh2 lagi, teruskan langkah maju ke hadapan....

    Habis madu, sepah dibuang. Mak + anak sama jer....

    ReplyDelete
  2. Talak dah jatuh, tak maknanya ada sinar kebahagian antara kamu dan Azharlah Aisyah. Tiga sekali. Kalau satu boleh lg dipertimbangkan.

    Carilah kebahagian diluar bersama org lain.

    ReplyDelete