Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen. Apapun, enjoy this new entry okey ?!
“ Ya abah,” aku bingkas bangun. Abah membuat isyarat agar
menaikkan sedikit katilnya. Aku hanya menurut. Abah kelihatan lebih sihat.
Muka tak pucat seperti tadi. Alhamdulillah…
“ Abang nak air?” tanya mama. Abah mengganguk. Mama menyuapkan
abah air sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
“ Abah nak makan?” tanyaku pula.
“ Kejap lagi lah,” Abah menjawab seraya menggeleng.
“ Aisyah, abah dengar segalanya!” kata abah.
“ Abah…” Aku terkedu. Aku tak mampu menzahirkan kata-kata lagi.
Aku bersyukur kerana tidak perlu berahsia lagi.
“ Tapi, apa yang kamu ceritakan berbeza dengan Puan Zurina,”
sambung abah.
“ Hah? Abah tahu daripada ibu?” tanyaku. Aik, lain macam…Kenapa
ibu sibuk sangat mahu mencanangkan penceraianku ?
“ Ya..” abah berjeda.
“ Apa yang ibu ceritakan pada abah?” tanyaku. Perasaan ingin tahu
membuak-buak dalam hatiku.
“ Puan Zurina kata, kamu ditangkap ketika sedang berasmara dengan
lelaki lain!” abah berkata.
“ Ya Allah!”Mama dengan aku terjerit serentak.
“ Sebab tu lah si Azhar tu ceraikan kamu dengan talak tiga, dia
kata kamu tu makan ubat supaya tak mengandung sebab kamu takut termengandung
anak teman lelaki kamu!” cerita abah lagi.
“ Ya Allah abah, demi Allah! Aisyah tak pernah buat macam tu.
Sumpah abah!” kataku sambil mengangkat tanganku seakan bersumpah. Air mata
sudah mengalir lebih laju. Namun, lebih kepada air mata marah.
Marah kerana diperlakukan seperti ini. Ini sudah keterlaluan.
Melampau sangat. Apalah dosa aku kepada ibu sehingga dia menfitnah aku sebegitu
rupa?
Aku terduduk. Allahurabbi.
“ Tapi…abah percaya kamu!” kata abah. Aku terharu. Terima kasih
abah kerana percayakan anak abah ni.
“ Alhamdulillah,” mama mengucap syukur.
“ Sebab abah tahu kamu tak akan sesekali lakukan perkara terkutuk
seperti itu. Abah didik kamu dengan agama sejak kecil. Tiada kurang sedikit pun.
Lagipun, kamu anak abah. Waris abah. Abah sayang kamu! Cuma semalam abah
terkejut, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba kamu bercerai. Rupa-rupanya
kamu pun tak sangka akan jadi macam ni” kata-kata abah menusuk kalbu.
“ Terima kasih abah! Aisyah sayang abah juga!” kataku lalu memeluk
abah.
Syukur Ya Allah, kerana memberi keluarga yang sangat menyokongku!
“ Abah dapat tahu ibu juga hendakkan duit kamu sebab mereka nak
buat kenduri,” sambung abah.
“ Hah? Kenduri?” tanyaku blur. Tak akanlah kenduri kesyukuran
sempena penceraian aku ni? Mustahil.
“ Kenduri kahwin Azhar!” Aku terkedu. Lupa pula aku. Si Erin tu
kan tengah mengandung sekarang ni. Karang tak kahwin, malu pula.
“ Jadi, apa kena mengena dengan duit Aisyah!” aku membentak. Ini
sudah lebih, takkan nak kahwin pun guna duit aku juga. Hasil titik peluh aku
tu!
“ Azhar dah tak ada duit melainkan duit tu dan Puan Zurina tidak
mahu kamu mendapat satu sen pun daripada duit tu. Dia kata kamu tidak layak,
kamu perempuan kotor yang mencurangi suami sendiri,” jelas abah.
“ No..No..No way! Aisyah tak kan halalkan satu sen pun duit
Aisyah untuk mereka! Tidak sesekali,” kataku tegas.
“ Aisyah…Tak baik kata macam tu,” tegur mama.
“ Mama, Aisyah dihalau bagai kucing kurap yang menagih makanan ma!
Bahkan Abang Azhar langsung tidak mahu melihat muka Aisyah lagi! Then, dia nak pula duit Aisyah? Tak tahu
malu betul!” kataku.
“ Kalau macam tu, kamu mesti uruskan penceraian kamu itu. Jangan
biarkan mereka mengambil kesempatan terhadap kamu! Kamu kena bangkit melawan,
jangan biarkan mereka sangka kamu seorang yang lemah dan mudah dipijak-pijak
macam tu saja!” ucap abah.
“ Baik abah. In sha Allah, Aisyah akan cepatkan proses penceraian
ini. Aisyah tidak mahu ada kena mengena dengan mereka lagi! Sampai hati ibu!”
tekadku. Apapun, aku sudah mula rasa menyesal!
Menyesal kerana kahwin dengan Abang Azhar!
“ Aisyah, sabar ya sayang! Setiap yang berlaku ada
hikmahnya…Mungkin ada lelaki di luar sana yang akan menerima Aisyah, segala
kelebihan dan segala kekurangan kamu. Percaya dengan Allah ! Itulah kunci
kehidupan,” ucap mama.
Aku tersenyum.
“ Ya ma, doakan untuk Aisyah ya…” kataku.
“ Kami akan doakan yang terbaik untuk kamu, anakku!” ucap abah.
“ Terima kasih abah, mama! Terima kasih kerana sudi percaya
Aisyah!” ucapku sambil mengelap air mata.
“ Sama-sama sayang!” Abah dan mama berkata serentak.
“ Ma…Abah lapar!” kata abah sambil mengusap perutnya. Manjanya
abah!
buat azhar n ibu dia sedar..
ReplyDeleten azhar gilakan aisyah blik..
tp sayg..aisyah dah ada org lain
biar azhar tahu langit tinggi rendah..
penulis sila remove comment ats ni...
Deletepenulis sila remove comment anon 23:34
DeleteTeruja saya nak lagi boleh.
ReplyDeleteYeay... you go gal... Tak payah nak bersedih2 ttg si Azhar & ibunya... Si azhar tu yg patut malu sbb dah terlanjur dgn bakal isteri barunya...
ReplyDeleteHarap si Azhar tak dpt ler duit tu....
endbie : (Y)
ReplyDeletelife must go on
ReplyDeleteBeruntungnya Aisya ada keluarga yg memahami.
ReplyDeleteSemoga ibu mertua dia sedar yg anak dia yg buat onar nak menfitnah org lain pula.
Betul kata Abah uruskan penceraian, Jangan biarkan mereka mengambil kesempatan terhadap Aisya ... dan bangkit melawan, jangan biarkan mereka sangka Aisyah seorang yang lemah dan mudah dipijak-pijak... Terima kasih ABAHHHH.... sedih...
ReplyDelete