Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Sunday 31 March 2013

Aku mencintaimu kerana agamamu Bab 4

Assalamualaikum, alhamdulillah ! Sekarang kita akan teruskan bacaan ke bab 4 pula. Jangan lupa tinggalkan komen anda ya. Terima kasih!

" Aisyah!" laung Abang Azhar. Aku yang ketika itu sedang membasuh ayam tersentak.

" Ya abang!" sahutku kembali. Tak nak Abang Azhar menunggu sahutan aku terlalu lama.

Semenjak dua menjak ni garangnya bukan main. Silap sikit aku dijerkahnya. Sudah dijerkah pasti ditamparnya. Selamatlah badanku tidak lebam kesan daripada tamparannya.

Masalahnya, tamparannya tidaklah begitu menyakitkan. Namun, pedih di hati itu masih terasa. Semakin lama semakin sakit dengan tingkah laku Abang Azhar.

" Aku nak keluar! Kau tak payah masak untuk aku!" laung Abang Azhar. Serentak itu aku terdengar pintu rumah dibuka dan tidak sampai beberapa saat, pintu itu ditutup kembali. Menandakan Abang Azhar sudah selamat keluar!


Aku teresak di singki. Telahan aku selama ini benar belaka. Abang Azhar memang sudah punya perempuan lain. Oleh sebab itulah dia kian berubah. Panggilan sayang yang aku dengar tadi memang benar. Bukan khayalan aku semata-mata.

Langkah ku atur perlahan menuju ke bilik tidurku. Perlahan-lahan ku pulas tombol bilik yang pernah menjadi saksi kebahagian aku dan Abang Azhar. Kini, bilik tidur itu juga yang menjadi saksi hubungan kami yang kian retak menanti belah.

Sisa air mata yang masih ada di tubir mata aku lap perlahan. Aku bawa diri ke bilik mandi. Air yang menderu membasahi badanku. Tenang sekali walaupun sebenarnya hariku dilanda ombak yang sukar aku kawal.

Air mata juga menitis seiring dengan deruan air. Aku tidak mengerti. Apa dosaku sehingga aku diuji sebegini?

Setelah selesai solat Asar, aku membaca Al Quran sambil menanti masuknya waktu Maghrib. Indahnya kalam suci Allah. Tiba-tiba aku berasa sungguh tenang dan aku berasa reda. Reda dengan ujian daripada Allah. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi !

*******

" Aisyah! Aisyah!" aku dikejutkan oleh Abang Azhar. Setelah selesai solat Isyak sebentar tadi aku terus melelapkan mata. Aku sudah penat. Penat berfikir dan penat menangis. Sekarang aku perlukan rehat yang secukupnya.

Tambahan pula, esok bakal diadakan Hari Sukan di sekolahku. Aku harus kelihatan bertenaga! Masalah peribadi tidak harus ditonjolkan pada umum! Itulah prinsipku.

" Ya abang, ada apa?" tanyaku sambil menenyeh mata yang terasa perit dengan cahaya lampu yang terang.

" Aku lapar! Masakkan aku maggi!" suruh abang Azhar. Aduhai suamiku ini! Tadi tidak perlu memasak, sekarang perlu pula. Aku penatlah!

" Saya penatlah abang, abang boleh masak sendiri kan?" kataku sambil menarik selimut.

Kain selimutku direntap kasar. Pipiku ditampar oleh Abang Azhar. Pedihnya sudah tidak terkata. Bibirku luka sedikit. Air mata tidak dapat dibendung lagi.

" Aku suruh kau masak, masak sajalah! Jangan nak banyak songeh la sial!" kata Abang Azhar sambil keluar daripada bilik.

Aku bangun dan menuju ke dapur. Maggi Kari Cap Cintan itu aku masak dalam periuk kecil. Air aku jerang dan aku bancuh air kopi panas. Aku bawakan maggi kari yang sudah siap dimasak kepada abang Azhar. Aku sempat merenung ke arah jam, sudah pukul tiga pagi. Keluar tadi tidak sempat makankah?

" Nah abang," kata aku sambil menghulurkan semangkuk maggi kari dan secawan kopi panas.

" Hmm..." Abang Azhar berdehem. Matanya tertancap pada telefon bimbitnya. Jari-jemari pantas menekan nombor-nombor yang terdepat pada telefon bimbitnya. Bermesejlah tu!

" Saya tidur dulu ya bang, assalamualaikum!" kataku sebelum menjejakkan kaki ke bilik.

" Esok mak abang nak datang rumah dua tiga hari! Siapkan bilik tetamu!" laung abang Azhar sebelum aku masuk ke bilik.

' Ya Allah, dugaan apa lagi yang bakal menimpaku?' getusku.

Thursday 28 March 2013

Aku mencintaimu kerana agamamu bab 3

Alhamdulillah, mari kita teruskan ke bab 3 pula.. :)

" Dasar betina mandul! Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan anak aku kan? Dulu, kau tak boleh bagi anak! Sekarang nak kejutkan dia sembahyang subuh pun kau dah malas ya!" kata ibu mertuaku.

" Err..bukan macam tu ibu," aku mencantas kata-katanya.

" Macam mana lagi Aisyah oi, kau tu dah la mandul...Pemalas pula, kau dah melampau ya sekarang. Aku bagi betis kau nak peha ya?" jerkah ibu mertuaku di sebalik sana. Air mata yang sudah bertakung jatuh perlahan-lahan.

" Maafkan saya, ibu...Lain kali saya tak buat macam tu lagi," kataku sambil menahan suara. Aku tidak mahu ibu mertuaku itu tahu bahawa aku sudah mula mengalirkan air mata.

Hati wanita mana yang tidak terusik apabila mendengar seseorang mengelarnya betina sundal? Mandul? Aku tidak sangka...Selama tiga tahun usia perkahwinanku, ibu mertua yang aku panggil ibu itu sungguh baik denganku. Kenapakah beliau berubah? Berubah seperti Abang Azharku.

" Maaf, maaf, maaf! Tu saja yang kau tahu kan? Aku bagi kau masa sampai hujung tahun ni, kalau kau tak mengandung juga, aku suruh Azhar ceraikan saja perempuan tak guna macam kau ni," selepas berkata sedemikian, ibu mertuaku menghentikan perbualan tiba-tiba.

Aku yang menjawab panggilan ibuku di tepi tangga, melorot perlahan. Punggungku berlabuh di anak tangga yang terakhir. Muka ku sembamkan di lengan yang terletak di atas lutut. Aku tidak mampu menahan kesedihanku. Mujurlah sekarang waktu pertama, murid-murid diharamkan keluar dari kelas. Aku menangis teresak-esak.

' Ya Allah, begitu berat dugaanMu!' getus hatiku.

"Cikgu!" aku tersentak apabila salah seorang anak muridku memanggil. Aku segera mengelap air mataku.

" Ya ada apa?" tanyaku. Mujur aku berada di tempat sedikit tersorok. Sempat aku mengelap air mata dan air hidung.

" Kami sudah lama menunggu cikgu, boleh cikgu mula mengajar sekarang?" tanya Amimah, salah seorang murid kesayangku. Dia tidak banyak bertanya. Lalu membawa diri ke dalam kelasnya. Aku mengekorinya.


" Baiklah, hari ni cikgu mahu kamu tulis sebuah karangan mengenai cita-cita impian kamu. Pastikan lebih daripada tiga ratus lima puluh patah perkataan. Jelaskan mengapa kamu ingin menjadi seorang doktor contohnya. Selain itu, kamu juga boleh ceritakan, bagaimana cara untuk kamu menggapai cita-cita tersebut! Faham semua?" tanyaku setelah selesai menjelaskan tugasan yang harus dilakukan oleh mereka.

" Faham cikgu!" jawab mereka serentak.

Aku duduk di meja guru setelah memberi arahan. Kakiku seakan-akan tidak mampu berdiri lagi. Aku rungsing. Bukannya aku tidak berusaha untuk mendapatkan seorang anak. Namun, rezeki belum ada. Sabarlah. Anak bukannya seperti anak patung yang boleh dibeli di kedai. Kalau senang begitu, aku beli sahaja di kedai.

Ibu mertuaku mengarahkanku supaya mengandung sebelum hujung tahun ini...Apakah dia tidak percaya dengan kuasa Allah. Sekarang sudah bulan tujuh, berapa bulan sahaja lagi yang tinggal? Allah...

*****

Aku membuka pintu rumah perlahan-lahan. Aku perasan, Abang Azhar telah pulang lebih awal daripadaku. Setahuku, shiftnya dua belas jam. Dia cuma akan berada di rumah selepas jam tujuh malam. Kenapa hari ini pukul 5 petang sudah berada di rumah? Aku mula tak sedap hati.

' Bismillah ' getusku perlahan. Aku hanya mampu bertawakal. Apa nak jadi, jadilah!

" Kenapa kau lambat sangat balik? Kau tahu tak aku dah kebulur tunggu kau balik !" tengking Abang Azhar apabila aku sampai ke ruang tamu rumahku. Dia sedang duduk di atas sofa berwarna krim. Memandangku dengan mata yang tajam. Aku tersentap. Matanya terlalu tajam, tidak seperti selalu.

" Aisyah tak tahu hari ini abang balik awal," jelasku.

" Apa yang kau tahu?" tanyanya.

" Er.."

" Aku nak kau masak sekarang!" suruhnya.

" Baik abang, tapi tunggu sekejap ya. Aisyah nak solat asar sekejap," kataku.

" Aku dah kebulur ! Aku nak kau masak cepat, sembahyang tu nanti-nantilah!" kata Abang Azhar. Aku tersentap. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dituturnya sebentar tadi. Aku terlopong.

" Apa yang kau tunggu tu setan? Cepatlah bodoh!" tengkingnya tiba-tiba. Hatiku tersiat. Banyak kata-kata kesat yang ku terima hari ini. Perempuan sundal, pemalas, mandul, syaitan, bodoh dan banyak lagi. Sakit hati bagai tidak ada penghujungnya lagi.

Aku membawa diri ke dapur selepas meletakkan beg di atas meja. Tudung aku buka dan sangkut di penyangkut. Aku senteng lengan baju hingga ke siku, mula mengambil ayam di dalam peti ais.

Tiba- tiba telefon Abang Ahar berbunyi.

" Sekejap ya sayang," aku terkedu. aku yang salah dengar atau?

Wednesday 20 March 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu bab 2

Assalamualaikum, kak Efdy sudah siapkan bab 2! So baca ramai-ramai dan tinggalkan komen ya adik-adikku. *merayu.


Aku bangun awal pagi hari ini. Aku bangun untuk menyiapkan sarapan seperti biasa. Walaupun sebenarnya perkara semalam masih menghantuiku. Hari ini aku tekad. Aku tidak mahu mengejutkan Abang Azhar. Pandai-pandailah dia bangun sendiri. Semalam bukan main aku ditengkingnya. Marahnya bukan main. Bekas tamparan masih terasa peritnya. Namun sakit di hati hanya Allah sahaja yang tahu. Setelah selesai menyiapkan sarapan, aku masuk ke bilik tetamu. Bilik itu biasanya menjadi bilik untuk aku bersiap-siap ke kerja. Tugasku sebagai guru memerlukanku bersiap cepat. Tidak mahu mengganggu Abang Azhar.

Sarapan yang aku bawa dari rumah ku perhati. Dua keping roti yang dibakar dan disapu mentega. Aku lapar tetapi tidak ada selera pula. Perut pun terasa memulas-mulas. Sebentar lagi loceng akan berbunyi menandakan waktu pembelajaran akan bermula. Tiba-tiba telefonku berdering. Abang Azhar.

" Assalamualaikum," kataku selepas menekan butang 'terima'.

" Woi bodoh! Sejak bila kau ni tak reti nak kejutkan aku bangun ha? Aku dah lewat sekarang kau tau tak? Bini tak sedar diuntung! Sudahlah mandul! Pemalas!" Abang Azhar berkata. Aku menahan sabar. Mandul? Allah...

" Maafkan Aisyah, bang!" ujarku. Air mata yang mengalir di pipi ku sapu cepat. Bimbang ada guru-guru lain yang terperasan aku sedang menangis tidak berlagu di sini.

"Maaf! Maaf! Maaf! Tu sahaja yang kau tahu kan? Menyesal aku berbinikan betina macam kau ni! Tak pasal-pasal punch card aku merah hari ni! Siallah kau!" kata Abang Azhar lagi. Selepas melepaskan semua kata-kata kesat padaku, dia mematikan talian.

Air mata aku tidak dapat ditahan lagi. Pertama kali dalam hidupku, diherdik dan dicaci sebegitu. Bertambah perit apabila perilakunya adalah orang yang palingku cintai. Aku beristigfar. Beberapa orang guru mula mengambil tempat masing-masing. Air mata aku sapu secepat yang boleh. Tiba-tiba aku ditegur oleh Ustaz Habib.

" Assalamualaikum cikgu Aisyah! Apa khabar? Macam mana cuti?" tanyanya. Aku cuma mampu tersenyum. Sukar untuk aku bersuara. Aku terasa ingin menjerit dan memberitahu semua orang di sini. Cutiku musnah! Musnah kerana sikap suamiku yang makin lama makin berubah.

" Alhamdulillah,okey!" kataku apabila Ustaz Habib masih berdiri di situ tanpa berganjak. Matanya dan mataku bersatu. Aku menundukkan pandangan, Ustaz Habib juga begitu. Terasa janggal.

" Alhamdulillah, kalau begitu saya pergi dululah. Ada perhimpunan rasmi sebentar lagi. Assalamualaikum," kata Ustaz Habib. Mataku mengiringi pemergiannya. Selamat dia tidak perasan mataku merah.

Aku berjalan ke kelas 5 Amanah setelah selesai perhimpunan. Tugasku sebagai guru kelas 5 Amanah menambahkan bebanan kerjaku yang sejak dulu lagi bertimbun.

" Assalamualaikum dan selamat pagi Cikgu Aisyah!" ucap ketua kelas 5 Amanah iaitu Mona yang aku lantik pada awal bulan dahulu dan diikuti pelajar yang lain. Bukanku tidak mahu memberi tugas ini kepada lelaki, namun aku lihat kebanyakan lelaki di kelas ini seperti sukar untuk memikul tanggungjawab yang bakal aku berikan.

" Walaikumussalam semua, kamu boleh duduk. Keluarkan kerja sekolah yang cikgu berikan sebelum cuti! Siapa yang belum siapkan sila berdiri sebelum cikgu periksa satu-satu," kataku sekadar menduga.

Beberapa orang lelaki dan seorang pelajar perempuan bangun berdiri perlahan-lahan. Tindakan mereka menambahkan lagi rasa amarahku.

" Kamu semua ni kenapa ? Cuti seminggu pun tak mampu siapkan karangan yang cikgu bagi! Bukannya banyak pun, cikgu cuma suruh kamu siapkan dua karangan !" suaraku memenuhi ruang itu.

" Cuti kamu ni buat apa ? Jaga laki ? Jaga anak ha?" sambungku lagi.

Mereka tunduk menikus. Tahu pun takut. Sakitnya hatiku. Perkara seperti ini dianggap remeh! Allahuakbar! Sabarlah duhai hati.

"Kami minta maaf cikgu," kata salah seorang pelajarku.

"Maaf, maaf! Itu sahaja yang kamu tahu kan?" tiba-tiba aku tersedar. Kata-kataku kini seperti Abang Azhar. Aku duduk di bangku sebentar dan berisgtifar. Ya Allah. Dugaan  apa lagi ni...

Telefonku berbunyi sekali lagi. Kali ini aku rasa seperti malas untuk mengangkatnya. Tetapi memikirkan si pemanggil mungkin mempunyai hal penting yang harus diberitahu, aku angkat jua. Nombor yang tertera di telefon bimbitku mengejutkanku. Tak pernah si dia menelefonku.

"Assalamualaikum," kataku pada si pemanggil.

"Dasar betina mandul..."

Tuesday 19 March 2013

Aku mencintaimu kerana agamamu Bab 1

" Abang, Aishah sudah buatkan air untuk abang, minumlah," ujarku sambil meletakkan secawan air milo di atas meja kopi berhadapan televisyen.

" Hmm.." wajah Abang Azhar masih memandang televisyen. Langsung tidak memandangku. Apa salahku lagi kali ni?

" Abang marah Aishah?" tanyaku. Aku tak mampu berdiam diri lagi. Jiwa dan ragaku terseksa apabila suami yang ku cintai berdiam diri. Tambahan pula, tanpa memandang wajahku langsung hari ini. Salaman aku ketika dia pulang dari kilang juga tidak bersambut. Hancur luluh perasaanku ketika itu.

" Eh, kau diam boleh? Aku nak tengok televisyen ni!" nada Abang Azhar meninggi tiba-tiba. Aku tidak tahan lagi. Aku bawa diri ke bilik kami dan duduk di birai katil. Air mataku menitis perlahan. Aku langsung tidak mampu untuk menahan sebab di hati. Aku wanita lemah!

Abang Azhar masuk ke bilik apabila selesai menonton televisyen. Aku yang sudah berbaring di katil berpura-pura tidur. Dia merebahkan diri di sebelahku. Aku terkaku apabila menerima pelukan hangatnya. Ditambah pula dengan kucupan bibirnya di bibirku. Muka aku terasa panas. Begitulah caranya memujukku. Namun aku tak boleh mengalah. Aku memalingkan wajah tanda protes.

" Sayang, abang minta maaf ya pasal tadi...Sayang tahukan, tidur membelakangi suami ketika marah berdosa?" Abang Azhar berkata padaku. Aku sedar tindakanku ini berdosa namun hatiku benar-benar sakit.

"Sayang..." panggil Abang Azhar lembut. Aku kalah dengan godaannya. Godaan daripada suamiku sendiri. Aku memalingkan wajah mengadapnya namun mataku ku pejam rapat. Tak ingin memandang wajahnya.

" Maafkan abang,'' katanya seraya memelukku. Aku tewas kerana aku benar-benar mencintainya.



****

Aku tersedar apabila jam locengku berbunyi. Jam tersebut telah ku setkan tepat jam 5.45 pagi. Mudah untuk ku bangun dan menunaikan solat subuh. Pelukan Abang Azhar yang kemas di pinggangku, cuba ku relaikan perlahan-lahan. Bimbang dia terbangun pula. Lagipun sekarang masih awal. Aku ke dapur dan menjerang air. Sambil itu aku terfikir-fikir sama ada ingin memasak nasi lemak atau mi goreng.

Bahan-bahannya sudah pun tersedia. Rasanya minggu lepas aku sudah memasak mi goreng, hari ini apakata aku cuba masak nasi lemak pula. Dua pot beras diceduk ke dalam mangkuk dan beras itu dibasuh dengan sebersihnya. Tidak lupa juga, selawat ke atas nabi. Itu tipsnya untuk menjadikan masakan kita lebih enak!

Setelah selesai menanak nasi, ku bersihkan dua genggam ikan bilis dan goreng sehingga garing. Tak lama selepas itu, azan berkumandang! Selesai satu kerja. Tinggal hendak memasak sambal tumis saja. Sembahyang harus diutamakan !

Aku masuk ke bilik. Abang Azhar masih lagi tidur.  Aku pelik. Selama ini dialah yang selalu paling awal bangun. Dia akan melakukan sembahyang sunat sebelum masuk waktu subuh. Kini dia tidur, seperti lupa kewajipannya kepada Ilahi. Aku berfikiran positif. Mungkin dia penat!

Aku merapat dan menyentuh bahunya perlahan. Aku goncang sedikit.

" Abang, bangun...Dah masuk waktu subuh!" kataku. Dia bergerak sedikit. Matanya masih terpejam. Bibirnya terkumat-kamit.

" Nanti abang sembahyanglah! Sayang pergi sembahyang dulu," katanya sambil membetulkan selimut.
Aku hanya menuruti arahannya. Bilik air ku tuju. Setelah mandi, aku mengambil wudhuk dan segera menunaikan solat subuh.

Ketika aku sudah selesai menunaikan solat subuh, aku lihat Abang Azhar masih diam tidak berkutik. Masih juga belum berganjak daripada tempat asalnya. Jam sudah menunjukkan hampir 6.45 pagi. Sebentar lagi, syuruk akan tiba.

Aku mencuba sekali lagi. Langkah sebentar tadi ku ulangi.

"Abang...waktu subuh dah nak habis ni, cepatlah bangun!" panggilku.

" Emm..." Hanya itu yang aku dengar daripada bibir merahnya. Aku mula hilang sabar. Mengapa dia seperti ambil mudah dan ingkar arahan Allah?

" Abang!  Cepatlah bangun!" suaraku agak tinggi berbanding tadi. Perlahan-lahan Abang Azhar bangun dan menegakkan badannya. Dia memandang wajahku yang berada di tepinya. Seraya itu tangan sasanya hinggap di bahuku. Kasar. Peritnya tidak terkata.

" Kau ni memang menyusahkan aku kan? Aku penat, nak tidurlah bodoh?! Yang kau memekak kat tepi telinga aku ni kenapa?" tanya Abang Azhar kasar. Aku terpempan. Bodoh ? Memekak? Sakitnya hatiku mendengar kata-kata caciannya. Allahurabbi...Aku benar-benar terasa.

"Aishah...Cuma nak kejutkan abang," jelasku.

" Kejutkan sekali sudahlah! Kalau aku tak bangun tu biarkan! Yang kau nak sibuk tu apasal? Hish!" Abang Azhar bangin dan menuju ke bilik air. Tak lama kemudian dia keluar dari bilik air tanpa mandi atau mengambil wudhuk. Pintu bilik dihempas kuat. Aku terkesima.

Terkesima dengan perbuatannya. Kenapa dia jauh sangat berubah? Tanpa ku sedari, air mata menitis di pipi...Perlahan-lahan.

Monday 18 March 2013

Tip Belajar Cara Farihah Dhaniyah


    Assalamualaikum adik-adik. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bersama hari ini. Baiklah hari ini akak (*akak ke ) akan kongsi cara akak belajar semasa sekolah menengah dulu.  Alah, sharing is caring kan ? Apa salahnya...Tapi setiap orang ada cara study mereka sendiri. Cuma berkesan dengan tak berkesan saja penentunya kan?

Cara pertama - Subjek membaca.

- Kak Efdy akan bangun pukul 3 pagi then akan baca satu bab , lepas tu kak Efdy akan buat latihan pengukuhan untuk bab tu.
- Kalau dah dekat nak exam , akak akan buat satu nota kecil untuk dibawa ke mana-mana. ( bangun awal untuk hafal )
- Latihan memang penting. Tak boleh dinafikan.
- Akak akan menghafal-menghafal-dan-menghafal untuk subjek sejarah. ( Tajuk penting yang dispot oleh guru matapelajaran )
- Selepas dah hafal, kita buat latihan..
- Lebih berkesan kalau kita boleh cerita balik dekat kawan kita ke , adik kita ke , famili kita ke...
- Akak juga akan buat nota yang colourful ! ( penting untuk meransang otak kecil kita ni :)
- Tampalkan nota-nota tajuk yang rasa susah nak ingat di tepi katil ke, cermin ke dan sebagainya. Tempat yang mudah nak ingatlah!


Cara kedua - untuk subjek mengira.

- Banyakkan buat latihan.
- Mesti ada cikgu yang mengajar tiap kali buat latihan. ( kawan-kawan yang pandai Math or Add Math )
- Tanya cikgu teknik-teknik mudah.
- Tahu menggunakan kalkulator. ( tak kira 360 atau 570 atau yg bodoh-bodoh pun takpe )

Cara ketiga - permakanan seimbang.

- Rasanya akak tak perlu bebel tentang permakanan seimbang lagi kan ? Adik mesti dah tahu punya ! :)
- Banyakkan makan kekacang dan elakkan makanan dalaman haiwan seperti perut, dan sebagainya.
- jangan makan benda masam!

Itulah saja tips untuk kali ini , kalau ada lagi nanti akak efdy share ya :)

Saturday 16 March 2013

Review Novel : Kahwin Ganti - Aifa Batrisya

 

Assalamualaikum, baiklah hari ini merupakan hari review novel banyak-banyak! Novel yang menjadi pilihan kali ini ialah novel Kahwin Ganti karya Aifa Batrisya!

Meh kita baca sinopsisnya yaaaaa~



LUQMAN HAKIM
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta ? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

NUQMAN HAKIM
Bertunang banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan orang lain, tetapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu,sibuk ke hulu ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau sibuk buat perkara tak senonoh!

MYA ZARA
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu sahaja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan CINTA?

Ulasan Farihah Dhaniyah :)

Jalan cerita yang dikarang oleh Aifa Batrisya ini agak menarik dan mempunyai idea yang tersendiri. Walaupun kadang-kadang orang kata novel tentang kahwin tanpa rela dan bercinta dengan lelaki lain dan berkahwin dengan lelaki lain tu berlambak di pasaran namun setiap penulis ada cara penulisannya yang boleh memikat hati pembaca. Bagi Efdy, gaya bahasanya sangat santai dan cool. 

Watak dan perwatakan yang menjadi tunjang utama novel ini sangat memberi kesan kepada pembaca. Watak Luqman yang kasar tetapi sweet apabila dia mula cemburu. Watak Mya yang bertudung labuh dan sangat mempertahankan maruahnya bahkan dihadapan suaminya. Namun mula berubah apabila hati mula berkenan kepada suami sendiri. Manakala watak Nuqman yang melarikan diri ketika hari perkahwinannya dengan Mya menimbulkan unsur saspens kepada pembaca.

Nak tahu apa kesudahannya ? Jangan lupa dapatkan novel ini di pasaran. 
Yang sudah memilikinya? 
Apa kata anda pula ?!


Review Novel : Hati Kala Cinta - Hani Fazuha

 Assalamualaikum. Hari ni kita baca review novel Hati Kala Cinta pula ya !







Mereka rapat kerana berjiran tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki tetapi tersalah dilahirkan sebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia. 

Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila tetapi Lya tahu ada cinta di hatinya untuk Zhafran. Namun, ianya sudah terlewat kerana Zhafran telah pun memilih Nurin.

Saat yang sama, Hareez pula hadir dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menambahkan penasaran di hati Lya. Kali pertama bertemu, yang ada di mata Hareez hanyalah kebencian.

Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya menyintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga. 

Kadangkala, kuasa memilih bukan di tangan kita tetapi tidak semesti kita harus mati saat takdir menetapkan pilihannya.

‘Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi’ - Lya


Hah , dah habis baca sinopsisnya kan? Menarik tak ? Bagi Efdy, jalan cerita yang dikarang agak menarik dan diselitkan dengan unsur-unsur 'manis' yang boleh menyebabkan anak-anak dara sawan senyum sambil baca novel ni disebabkan terlalu sweetnya. Wataknya pun okey. Banyak konflik yang dibuat untuk menarik minat pembaca. Gaya bahasanya santai dan sesuai untuk golongan-golongan remaja zaman sekarang. Hihi , tapi ingat satu ! Buang yang keruh, ambil yang jernih ya!
Jangan lupa beli novel ini dan jadikannya salah satu koleksi anda di rumah.!

Friday 15 March 2013

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BERSAMA ENTRI MAMA


Assalamualaikum, nampak tak banner comel tu ? Huhuhu. Inilah first time Efdy masuk Segmen. Yelah, baru dua tiga hari berkecimpung dalam dunia blog ni..
Harap semuanya berjalan dengan lancar. 

Mengenai syarat-syarat penyertaan tu In Sha Allah semua dah follow. 
Mengenai entry : akan update tiap hari ( In sha allah )


Jum join sama! ( kalau sudi )


ps - tak ada ramai kawan sebab masih baru di blog :'(

Harap dengan bantuan segmen ini, blog saya lebih meriah..

Salam ukhwah ! 

Review Novel : Awak Suka Saya Tak - Melur Jelita



Assalamualaikum. Alhamdulillah, 
Jum kita tengok ulasan novel Awak Suka Saya Tak?


Meh baca sinopsis dulu akak-akak , adik-adik , dan  abang-abang?

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…"
Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." 
Intan Zulaikha

Begitulah sinopsisnya. 

Ulasannya - Pertama Efdy baca novel ni memang best. Walaupun novel ni tebal tapi perasaan melonjak-lonjak dalam diri ni pun menebal juga. Betul tak tipu ni! 

Bahasa yang digunakan pun agak cool dan santai. Senang nak faham. Tak berbelit-belit apatah lagi meleret-leret. 

Watak Hilman Yong ni boleh dikatakan calon idaman Malayalah. Perfect habis! Dengan kaya, pandai menunggang kuda dan yang paling penting pandai pasal ilmu agama. Hai, perempuan mana yang tak nak lelaki yang pandai ilmu agama? Semua perempuan nakkan lelaki yang dapat membimbing mereka ke Jannahkan? *tak ada kena mengena dengan novel ni.

Watak Intan ni dia lebih gila-gila sikit. Takut dengan kuda, suka pandang rendah dekat orang yang mualaf. Dia fikir lelaki Cina yang masuk Islam semuanya sebab nak kahwin dengan perempuan Muslim je. Haaa, sekali dah kenal baru tahu langit tinggi ke rendah. Jatuh cinta terus!

Memang tak dinafikan, kita rasa pelik sikit. Wujud ke lelaki macam Hilman Yong ni ? Haaaa, tulah fungsinya baca novel. Untuk release tension! Janganlah serius sangat. Kata tak logik ah cerita ni. Tipu lah apa lah. Baca dulu baru buat penilaian ya. Semua nak lelaki macam ni kan ? Siapa tak nak ? Eleh, tipu lah tuuuuu! Haha. 

Ha jangan lupa dapatkannya di pasaran tau! Terfikir-fikir, kalaulah novel ni diadaptasi...Siapakah yang akan jadi Hilman Yong tu ya.. Wahhhh best ! *angan setinggi langit

Tak sabar nak beli I Love you, Stupid! Hei , I know lah dah lama keluar tapi duit tak masuk lagi. Tengah menggangur ni ha...

Karya Melur Jelita yang terbaru akan berada di PBAKL. Cemburunya tak dapat pergi but hey, bersyukur apa yang ada kan ?

Selamat membaca dan selamat membeli ya :)


Assalamualaikum , pembuka bicara.

Alhamdulillah, siap jua blog yang tak seberapa comel ini. Di sini Farihah Dhaniyah atau korang semua panggil saya FD saja pun tak apa...Efdy nak beritahu tujuan Efdy buat blog ini. Pertama adalah untuk berkongsi dengan anda ilmu yang ada walaupun sedikit. In Sha Allah, moga Allah memberkati segala ilmu yang dikongsi. Selain itu, Efdy juga akan berkongsi dengan anda beberapa karya tak yang tak seberapa yang dikurniakan Allah. Moga dengan ini, kita dapat mendekatkan diri dengan Allah. Ulasan novel yang dibaca turut dikongsi. Bukan sahaja novel, tapi buku..Harap semua boleh menerima Efdy di dunia maya ini :) 


Salam Ukhwah abadan abada !