Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Sunday 31 March 2013

Aku mencintaimu kerana agamamu Bab 4

Assalamualaikum, alhamdulillah ! Sekarang kita akan teruskan bacaan ke bab 4 pula. Jangan lupa tinggalkan komen anda ya. Terima kasih!

" Aisyah!" laung Abang Azhar. Aku yang ketika itu sedang membasuh ayam tersentak.

" Ya abang!" sahutku kembali. Tak nak Abang Azhar menunggu sahutan aku terlalu lama.

Semenjak dua menjak ni garangnya bukan main. Silap sikit aku dijerkahnya. Sudah dijerkah pasti ditamparnya. Selamatlah badanku tidak lebam kesan daripada tamparannya.

Masalahnya, tamparannya tidaklah begitu menyakitkan. Namun, pedih di hati itu masih terasa. Semakin lama semakin sakit dengan tingkah laku Abang Azhar.

" Aku nak keluar! Kau tak payah masak untuk aku!" laung Abang Azhar. Serentak itu aku terdengar pintu rumah dibuka dan tidak sampai beberapa saat, pintu itu ditutup kembali. Menandakan Abang Azhar sudah selamat keluar!


Aku teresak di singki. Telahan aku selama ini benar belaka. Abang Azhar memang sudah punya perempuan lain. Oleh sebab itulah dia kian berubah. Panggilan sayang yang aku dengar tadi memang benar. Bukan khayalan aku semata-mata.

Langkah ku atur perlahan menuju ke bilik tidurku. Perlahan-lahan ku pulas tombol bilik yang pernah menjadi saksi kebahagian aku dan Abang Azhar. Kini, bilik tidur itu juga yang menjadi saksi hubungan kami yang kian retak menanti belah.

Sisa air mata yang masih ada di tubir mata aku lap perlahan. Aku bawa diri ke bilik mandi. Air yang menderu membasahi badanku. Tenang sekali walaupun sebenarnya hariku dilanda ombak yang sukar aku kawal.

Air mata juga menitis seiring dengan deruan air. Aku tidak mengerti. Apa dosaku sehingga aku diuji sebegini?

Setelah selesai solat Asar, aku membaca Al Quran sambil menanti masuknya waktu Maghrib. Indahnya kalam suci Allah. Tiba-tiba aku berasa sungguh tenang dan aku berasa reda. Reda dengan ujian daripada Allah. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi !

*******

" Aisyah! Aisyah!" aku dikejutkan oleh Abang Azhar. Setelah selesai solat Isyak sebentar tadi aku terus melelapkan mata. Aku sudah penat. Penat berfikir dan penat menangis. Sekarang aku perlukan rehat yang secukupnya.

Tambahan pula, esok bakal diadakan Hari Sukan di sekolahku. Aku harus kelihatan bertenaga! Masalah peribadi tidak harus ditonjolkan pada umum! Itulah prinsipku.

" Ya abang, ada apa?" tanyaku sambil menenyeh mata yang terasa perit dengan cahaya lampu yang terang.

" Aku lapar! Masakkan aku maggi!" suruh abang Azhar. Aduhai suamiku ini! Tadi tidak perlu memasak, sekarang perlu pula. Aku penatlah!

" Saya penatlah abang, abang boleh masak sendiri kan?" kataku sambil menarik selimut.

Kain selimutku direntap kasar. Pipiku ditampar oleh Abang Azhar. Pedihnya sudah tidak terkata. Bibirku luka sedikit. Air mata tidak dapat dibendung lagi.

" Aku suruh kau masak, masak sajalah! Jangan nak banyak songeh la sial!" kata Abang Azhar sambil keluar daripada bilik.

Aku bangun dan menuju ke dapur. Maggi Kari Cap Cintan itu aku masak dalam periuk kecil. Air aku jerang dan aku bancuh air kopi panas. Aku bawakan maggi kari yang sudah siap dimasak kepada abang Azhar. Aku sempat merenung ke arah jam, sudah pukul tiga pagi. Keluar tadi tidak sempat makankah?

" Nah abang," kata aku sambil menghulurkan semangkuk maggi kari dan secawan kopi panas.

" Hmm..." Abang Azhar berdehem. Matanya tertancap pada telefon bimbitnya. Jari-jemari pantas menekan nombor-nombor yang terdepat pada telefon bimbitnya. Bermesejlah tu!

" Saya tidur dulu ya bang, assalamualaikum!" kataku sebelum menjejakkan kaki ke bilik.

" Esok mak abang nak datang rumah dua tiga hari! Siapkan bilik tetamu!" laung abang Azhar sebelum aku masuk ke bilik.

' Ya Allah, dugaan apa lagi yang bakal menimpaku?' getusku.

No comments:

Post a Comment