Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Thursday 28 March 2013

Aku mencintaimu kerana agamamu bab 3

Alhamdulillah, mari kita teruskan ke bab 3 pula.. :)

" Dasar betina mandul! Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan anak aku kan? Dulu, kau tak boleh bagi anak! Sekarang nak kejutkan dia sembahyang subuh pun kau dah malas ya!" kata ibu mertuaku.

" Err..bukan macam tu ibu," aku mencantas kata-katanya.

" Macam mana lagi Aisyah oi, kau tu dah la mandul...Pemalas pula, kau dah melampau ya sekarang. Aku bagi betis kau nak peha ya?" jerkah ibu mertuaku di sebalik sana. Air mata yang sudah bertakung jatuh perlahan-lahan.

" Maafkan saya, ibu...Lain kali saya tak buat macam tu lagi," kataku sambil menahan suara. Aku tidak mahu ibu mertuaku itu tahu bahawa aku sudah mula mengalirkan air mata.

Hati wanita mana yang tidak terusik apabila mendengar seseorang mengelarnya betina sundal? Mandul? Aku tidak sangka...Selama tiga tahun usia perkahwinanku, ibu mertua yang aku panggil ibu itu sungguh baik denganku. Kenapakah beliau berubah? Berubah seperti Abang Azharku.

" Maaf, maaf, maaf! Tu saja yang kau tahu kan? Aku bagi kau masa sampai hujung tahun ni, kalau kau tak mengandung juga, aku suruh Azhar ceraikan saja perempuan tak guna macam kau ni," selepas berkata sedemikian, ibu mertuaku menghentikan perbualan tiba-tiba.

Aku yang menjawab panggilan ibuku di tepi tangga, melorot perlahan. Punggungku berlabuh di anak tangga yang terakhir. Muka ku sembamkan di lengan yang terletak di atas lutut. Aku tidak mampu menahan kesedihanku. Mujurlah sekarang waktu pertama, murid-murid diharamkan keluar dari kelas. Aku menangis teresak-esak.

' Ya Allah, begitu berat dugaanMu!' getus hatiku.

"Cikgu!" aku tersentak apabila salah seorang anak muridku memanggil. Aku segera mengelap air mataku.

" Ya ada apa?" tanyaku. Mujur aku berada di tempat sedikit tersorok. Sempat aku mengelap air mata dan air hidung.

" Kami sudah lama menunggu cikgu, boleh cikgu mula mengajar sekarang?" tanya Amimah, salah seorang murid kesayangku. Dia tidak banyak bertanya. Lalu membawa diri ke dalam kelasnya. Aku mengekorinya.


" Baiklah, hari ni cikgu mahu kamu tulis sebuah karangan mengenai cita-cita impian kamu. Pastikan lebih daripada tiga ratus lima puluh patah perkataan. Jelaskan mengapa kamu ingin menjadi seorang doktor contohnya. Selain itu, kamu juga boleh ceritakan, bagaimana cara untuk kamu menggapai cita-cita tersebut! Faham semua?" tanyaku setelah selesai menjelaskan tugasan yang harus dilakukan oleh mereka.

" Faham cikgu!" jawab mereka serentak.

Aku duduk di meja guru setelah memberi arahan. Kakiku seakan-akan tidak mampu berdiri lagi. Aku rungsing. Bukannya aku tidak berusaha untuk mendapatkan seorang anak. Namun, rezeki belum ada. Sabarlah. Anak bukannya seperti anak patung yang boleh dibeli di kedai. Kalau senang begitu, aku beli sahaja di kedai.

Ibu mertuaku mengarahkanku supaya mengandung sebelum hujung tahun ini...Apakah dia tidak percaya dengan kuasa Allah. Sekarang sudah bulan tujuh, berapa bulan sahaja lagi yang tinggal? Allah...

*****

Aku membuka pintu rumah perlahan-lahan. Aku perasan, Abang Azhar telah pulang lebih awal daripadaku. Setahuku, shiftnya dua belas jam. Dia cuma akan berada di rumah selepas jam tujuh malam. Kenapa hari ini pukul 5 petang sudah berada di rumah? Aku mula tak sedap hati.

' Bismillah ' getusku perlahan. Aku hanya mampu bertawakal. Apa nak jadi, jadilah!

" Kenapa kau lambat sangat balik? Kau tahu tak aku dah kebulur tunggu kau balik !" tengking Abang Azhar apabila aku sampai ke ruang tamu rumahku. Dia sedang duduk di atas sofa berwarna krim. Memandangku dengan mata yang tajam. Aku tersentap. Matanya terlalu tajam, tidak seperti selalu.

" Aisyah tak tahu hari ini abang balik awal," jelasku.

" Apa yang kau tahu?" tanyanya.

" Er.."

" Aku nak kau masak sekarang!" suruhnya.

" Baik abang, tapi tunggu sekejap ya. Aisyah nak solat asar sekejap," kataku.

" Aku dah kebulur ! Aku nak kau masak cepat, sembahyang tu nanti-nantilah!" kata Abang Azhar. Aku tersentap. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dituturnya sebentar tadi. Aku terlopong.

" Apa yang kau tunggu tu setan? Cepatlah bodoh!" tengkingnya tiba-tiba. Hatiku tersiat. Banyak kata-kata kesat yang ku terima hari ini. Perempuan sundal, pemalas, mandul, syaitan, bodoh dan banyak lagi. Sakit hati bagai tidak ada penghujungnya lagi.

Aku membawa diri ke dapur selepas meletakkan beg di atas meja. Tudung aku buka dan sangkut di penyangkut. Aku senteng lengan baju hingga ke siku, mula mengambil ayam di dalam peti ais.

Tiba- tiba telefon Abang Ahar berbunyi.

" Sekejap ya sayang," aku terkedu. aku yang salah dengar atau?

1 comment:

  1. blogwalking...best cite!!! jom lawat blog saya http://emptydecoration00.blogspot.com/

    ReplyDelete