Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Tuesday 19 March 2013

Aku mencintaimu kerana agamamu Bab 1

" Abang, Aishah sudah buatkan air untuk abang, minumlah," ujarku sambil meletakkan secawan air milo di atas meja kopi berhadapan televisyen.

" Hmm.." wajah Abang Azhar masih memandang televisyen. Langsung tidak memandangku. Apa salahku lagi kali ni?

" Abang marah Aishah?" tanyaku. Aku tak mampu berdiam diri lagi. Jiwa dan ragaku terseksa apabila suami yang ku cintai berdiam diri. Tambahan pula, tanpa memandang wajahku langsung hari ini. Salaman aku ketika dia pulang dari kilang juga tidak bersambut. Hancur luluh perasaanku ketika itu.

" Eh, kau diam boleh? Aku nak tengok televisyen ni!" nada Abang Azhar meninggi tiba-tiba. Aku tidak tahan lagi. Aku bawa diri ke bilik kami dan duduk di birai katil. Air mataku menitis perlahan. Aku langsung tidak mampu untuk menahan sebab di hati. Aku wanita lemah!

Abang Azhar masuk ke bilik apabila selesai menonton televisyen. Aku yang sudah berbaring di katil berpura-pura tidur. Dia merebahkan diri di sebelahku. Aku terkaku apabila menerima pelukan hangatnya. Ditambah pula dengan kucupan bibirnya di bibirku. Muka aku terasa panas. Begitulah caranya memujukku. Namun aku tak boleh mengalah. Aku memalingkan wajah tanda protes.

" Sayang, abang minta maaf ya pasal tadi...Sayang tahukan, tidur membelakangi suami ketika marah berdosa?" Abang Azhar berkata padaku. Aku sedar tindakanku ini berdosa namun hatiku benar-benar sakit.

"Sayang..." panggil Abang Azhar lembut. Aku kalah dengan godaannya. Godaan daripada suamiku sendiri. Aku memalingkan wajah mengadapnya namun mataku ku pejam rapat. Tak ingin memandang wajahnya.

" Maafkan abang,'' katanya seraya memelukku. Aku tewas kerana aku benar-benar mencintainya.



****

Aku tersedar apabila jam locengku berbunyi. Jam tersebut telah ku setkan tepat jam 5.45 pagi. Mudah untuk ku bangun dan menunaikan solat subuh. Pelukan Abang Azhar yang kemas di pinggangku, cuba ku relaikan perlahan-lahan. Bimbang dia terbangun pula. Lagipun sekarang masih awal. Aku ke dapur dan menjerang air. Sambil itu aku terfikir-fikir sama ada ingin memasak nasi lemak atau mi goreng.

Bahan-bahannya sudah pun tersedia. Rasanya minggu lepas aku sudah memasak mi goreng, hari ini apakata aku cuba masak nasi lemak pula. Dua pot beras diceduk ke dalam mangkuk dan beras itu dibasuh dengan sebersihnya. Tidak lupa juga, selawat ke atas nabi. Itu tipsnya untuk menjadikan masakan kita lebih enak!

Setelah selesai menanak nasi, ku bersihkan dua genggam ikan bilis dan goreng sehingga garing. Tak lama selepas itu, azan berkumandang! Selesai satu kerja. Tinggal hendak memasak sambal tumis saja. Sembahyang harus diutamakan !

Aku masuk ke bilik. Abang Azhar masih lagi tidur.  Aku pelik. Selama ini dialah yang selalu paling awal bangun. Dia akan melakukan sembahyang sunat sebelum masuk waktu subuh. Kini dia tidur, seperti lupa kewajipannya kepada Ilahi. Aku berfikiran positif. Mungkin dia penat!

Aku merapat dan menyentuh bahunya perlahan. Aku goncang sedikit.

" Abang, bangun...Dah masuk waktu subuh!" kataku. Dia bergerak sedikit. Matanya masih terpejam. Bibirnya terkumat-kamit.

" Nanti abang sembahyanglah! Sayang pergi sembahyang dulu," katanya sambil membetulkan selimut.
Aku hanya menuruti arahannya. Bilik air ku tuju. Setelah mandi, aku mengambil wudhuk dan segera menunaikan solat subuh.

Ketika aku sudah selesai menunaikan solat subuh, aku lihat Abang Azhar masih diam tidak berkutik. Masih juga belum berganjak daripada tempat asalnya. Jam sudah menunjukkan hampir 6.45 pagi. Sebentar lagi, syuruk akan tiba.

Aku mencuba sekali lagi. Langkah sebentar tadi ku ulangi.

"Abang...waktu subuh dah nak habis ni, cepatlah bangun!" panggilku.

" Emm..." Hanya itu yang aku dengar daripada bibir merahnya. Aku mula hilang sabar. Mengapa dia seperti ambil mudah dan ingkar arahan Allah?

" Abang!  Cepatlah bangun!" suaraku agak tinggi berbanding tadi. Perlahan-lahan Abang Azhar bangun dan menegakkan badannya. Dia memandang wajahku yang berada di tepinya. Seraya itu tangan sasanya hinggap di bahuku. Kasar. Peritnya tidak terkata.

" Kau ni memang menyusahkan aku kan? Aku penat, nak tidurlah bodoh?! Yang kau memekak kat tepi telinga aku ni kenapa?" tanya Abang Azhar kasar. Aku terpempan. Bodoh ? Memekak? Sakitnya hatiku mendengar kata-kata caciannya. Allahurabbi...Aku benar-benar terasa.

"Aishah...Cuma nak kejutkan abang," jelasku.

" Kejutkan sekali sudahlah! Kalau aku tak bangun tu biarkan! Yang kau nak sibuk tu apasal? Hish!" Abang Azhar bangin dan menuju ke bilik air. Tak lama kemudian dia keluar dari bilik air tanpa mandi atau mengambil wudhuk. Pintu bilik dihempas kuat. Aku terkesima.

Terkesima dengan perbuatannya. Kenapa dia jauh sangat berubah? Tanpa ku sedari, air mata menitis di pipi...Perlahan-lahan.

No comments:

Post a Comment