Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Thursday 30 May 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu Bab 18

Assalamualaikum.. Alahai, Efdy tengok semua panas hati saja dengan mak Azhar tu. Ha... Hari ni kita akan berkenalan dengan beberapa watak baru. Siapa yang bakal menjadi pilihan Aisyah untuk kali kedua? Azhar ? Habib atau doktor hensem, Nazrul? Haaaa... Enjoy!

Tiga bulan berlalu…

“ Assalamualaikum murid-murid! Apa khabar?” tanyaku apabila menapak masuk ke kelas 5 Amanah. Aku sudah boleh menerima hakikat. Hakikat yang aku sudah pun bergelar janda.

“ Waalaikumussalam cikgu Aisyah! Khabar baik,” jawab mereka serentak. Amboi, semuanya bersemangat!

“ Macam mana? Sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menentukan masa depan kamu?” tanyaku pada anak muridku. Aku berdiri di hadapan mereka.

“ Takutlah cikgu!” kata seorang muridku, Anis.

“ Jangan takut, kamu pasti boleh lakukannya. Siapa yang dapat A untuk subjek Bahasa Melayu, cikgu belanja kamu makan ya!” janjiku. Bukan janji kosong tapi bagi menaikkan semangat mereka untuk berjaya.

“ Yeayyy!” jerit mereka serentak.

“ Amboi, seronok ya bila cikgu nak belanja!” kataku.

“ Mestilah cikgu, saya suka banyak oo!” kata seorang muridku, Chia. Bahasanya…

“ Baiklah, keluarkan buku latihan Tatabahasa kamu! Cikgu nak kamu buat latihan untuk meningkatkan tahap penggunaan Tatabahasa kamu dalam karangan nanti,” arahku.

“ Baik cikgu!”


Aku berjalan menuju ke bilik guru setelah selesai mengajar di 5 Amanah. Selamat nanti aku sudah lapang. Dah tak ada kelas selepas ni!

“ Ehem…Hai cikgu! Berseri-seri nampak!” tegur Cikgu Wani setelah aku melabuhkan punggung di mejaku. Mejanya dan mejaku bertentangan. Mahu tak mahu aku terpaksa berhadapan dengannya.

Aku bukannya tidak suka dengan Cikgu Wani, cuma mulutnya semenjak dua menjak ni berbisa sangat. Bergegar hati dengar kata-katanya!

“ Tak adalah cikgu Wani, biasa saja!” jawabku lembut. Selagi boleh berlembut, berlembut sajalah. Kang, terlepas marah perang dingin pula!

“ Ingatkan dah ada pengganti!” katanya sinis.

“ Pengganti apanya cikgu Wani oi…” sampuk Cikgu Rogayah. Hah sudah, cikgu ni lagi menyakitkan hati. Tak ada kerja lain , kalau tak mengata aku tak boleh hidup kot!

“ Sekali ditalak tiga, mesti ada apa-apa yang tak kenalah tu! Lelaki yang dengar pun takut nak dekat!” sambungnya. Ha… kan aku dah kata.

Sabar Aisyah, sabar Aisyah. Aku cuma diam. Berpura-pura sibuk memeriksa buku latihan murid-muridku.

“ Alahai cikgu Rogayah hoi, saya dengarkan…Laki dia tu tangkap dia tengah berasmara dengan lelaki lain!” ucap cikgu Wani.

“ Itulah, aku pun dengar macam tu juga! Apalah nak jadi dengan anak muda zaman sekarang ni. Laki dah jaga elok-elok, bini pula buat hal…” tambah cikgu Rogayah lagi.

Aku tersentak! Amboi, penceraian versi ibu yang berleluasa! Macam mana mereka boleh tahu versi ibu pula ni! Oh, cikgu Rogayah tu kawan ibu…

‘ Sabar Aisyah, Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar,’ desis hatiku.

“ Cikgu Aisyah, ni borang kebenaran murid untuk kem Bina Islam dalam Diri tu,” kata Ustaz Habib sambil menghulurkan beberapa keping kertas.

“ Terima kasih Ustaz!” kataku sambil tersenyum.

“ Sama-sama kasih!” ucap Ustaz Habib sambil berlalu ke mejanya. Aik lain macam saja Ustaz Habib ni.

Sejak kes penceraian aku heboh di sekolah, Ustaz Habib layan aku lain macam! Aku tak pasti sama ada aku saja yang perasan sendiri atau dia memang sedang memikat aku sekarang?

Bagi aku Ustaz Habib tak adalah kacak sangat pun, namun mukanya manis. Sedap dipandang. Dengan janggut sejemputnya menaikkan lagi seri diwajahnya.

Ada sekali tu, dia ajak aku keluar makan! Berdua pula tu. Gila apa? Aku pun tolak secara baiklah. Tak mahulah nanti orang lagi sakan mengata aku. Keluar dengan Ustaz pula tu!

Dia kata nak bawa anak dia, sebagai peneman katanya. Anak dia dah dua orang, dari isteri pertama dialah. Kiranya dia memikat aku ni untuk dijadikan bini kedualah.

Bagi aku, aku tak kisah berpoligami kerana itu hukum Allah, tapi ini terlalu awal. Kes aku dengan Abang Azhar pun belum selesai lagi kerana Abang Azhar terlalu sibuk untuk menghadirkan diri ke mahkamah. Takutlah tu.

“ Cikgu Aisyah, boleh saya jumpa sekejap!” tanya Cikgu Rosni. Pengetua sekolah ini.

“ Eh, puan! Ada apa ya?” tanyaku sambil bangun mengikut langkah-langkahnya.

“ Saya nak tanya pasal Kem Bina Islam yang bakal diadakan minggu depan,” tanya Cikgu Rosni.

“ Lah, puan...Kalau pasal tu Puan boleh telefon saya saja, saya boleh datang jumpa Puan!” ujarku. Fuhh…Ingatkan apa tadi. Terkejut aku.

“ Tak apa, dah alang-alang saya lalu kat sini tadi!” katanya sambil tersenyum.

“ kalau puan mahu nanti saya bagi kertas kerja dekat pejabat puan!” kataku.

“ Baiklah, nanti letakkan di atas meja saya ya!” katanya sambil berlalu. Kemudian dia berpaling dan tersenyum ke arahku.

Lain macam saja cikgu ni! Ni yang buat aku saspen !


Tiba-tiba telefonku berbunyi.

‘ Eh abah!’

“ Assalamualaikum abah,” kataku setelah menekan butang hijau.

“ Waalaikumussalam Aisyah, abah nak minta tolong kamu sikit boleh?” tanya abah.

“ Eh, sikit saja ka? Banyak pun tak apa abah. Hehe!” ujarku. Apa abah ni, sikit sajakah nak minta tolong, mintalah tolong banyak-banyak sikit baru boleh dapat banyak pahala.

“ Yalah kamu ni, abah nak minta kamu bawa abah pergi hospital minggu depan…” tanya abah.

“ Boleh abah, hari apa ?” tanyaku sambil membelek buku diariku.

“ Hari Isnin,”

“ Okey, boleh abah ! Nanti Aisyah minta cuti ya…”

“ Terima kasih! Maafkan abah ya Aisyah sebab menyusahkan kamu!” suara abah dah berubah sedikit. Sebak la tu. Aduh abah, jangan buat Aisyah macam ni, kang Aisyah menangis sekali!

“ Ish abah ni, mana ada menyusahkan! Lagipun itu kan tanggungjawab Aisyah sebagai seorang anak!” kataku.

“ Alhamdulillah! Ni ha, mama kamu kirim salam. Dia suruh kamu beli jeruk mangga sebelum balik nanti,” kata abah.

“ Okey abah waalaikumussalam, ehem… Aisyah bakal dapat adik baru ke bah?” tanyaku sekadar mengusik.

“ Haish kamu ni! Merepek saja! Abah dah tak mampu ha..” ujar abah dengan nada pasrah. Aku tergelak.

“ Manalah nak tahu, rezeki abah!” kataku sambil menguntum senyuman.

“ Abah tunggu cucu daripada kamulah,”

Kata-kata abah membuatkan aku tersentap. Harapan abah terlalu tinggi…

“ Entahlah abah…Tak ada sapa yang nak kat Aisyah ni bah,” tadi kata abah buat ayat pasrah. Sekarang aku pun nak buat ayat pasrah juga.

“ Alah, jangan risau! Adalah tu nanti jodoh kamu…” itulah kata-kata abah saban hari jika hal ini dibangkitkan.

Aku tidak mahu lagi berharap. Perkahwinan dahulu menjadi aku wanita yang takut. Takut diceraikan lagi. Tak mahu dah…

“ Aisyah?” panggil abah dari sebelah sana.

“ Ya abah?” sahutku.

“ Berangan la tu! Baiklah Aisyah jumpa hari Isnin nanti ya sayang. Assalamualaikum,” kata abah

“ Alamak kantoi la pula. Baiklah abah, Waalaikumussalam..”

Adakah jodoh yang baik untuk diriku? Walaupun di hati kecilku masih berharap, aku takut.. Takut untuk berharap. Kerana harapan itu menyakitkan.



Wednesday 29 May 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu Bab 17

Assalamualaikum, setelah Efdy mengeluarkan ayat-ayat pasrah semalam ramai yang tampil memberi komen. Efdy rasa terharu sangat ! *lap air mata.
Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen. Apapun, enjoy this new entry okey ?!



“ Ya abah,” aku bingkas bangun. Abah membuat isyarat agar menaikkan sedikit katilnya. Aku hanya menurut. Abah kelihatan lebih sihat.

Muka tak pucat seperti tadi. Alhamdulillah…

“ Abang nak air?” tanya mama. Abah mengganguk. Mama menyuapkan abah air sedikit demi sedikit menggunakan sudu.

“ Abah nak makan?” tanyaku pula.

“ Kejap lagi lah,” Abah menjawab seraya menggeleng.

“ Aisyah, abah dengar segalanya!” kata abah.

“ Abah…” Aku terkedu. Aku tak mampu menzahirkan kata-kata lagi. Aku bersyukur kerana tidak perlu berahsia lagi.

“ Tapi, apa yang kamu ceritakan berbeza dengan Puan Zurina,” sambung abah.

“ Hah? Abah tahu daripada ibu?” tanyaku. Aik, lain macam…Kenapa ibu sibuk sangat mahu mencanangkan penceraianku ?

“ Ya..” abah berjeda.

“ Apa yang ibu ceritakan pada abah?” tanyaku. Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam hatiku.

“ Puan Zurina kata, kamu ditangkap ketika sedang berasmara dengan lelaki lain!” abah berkata.

“ Ya Allah!”Mama dengan aku terjerit serentak.

“ Sebab tu lah si Azhar tu ceraikan kamu dengan talak tiga, dia kata kamu tu makan ubat supaya tak mengandung sebab kamu takut termengandung anak teman lelaki kamu!” cerita abah lagi.

“ Ya Allah abah, demi Allah! Aisyah tak pernah buat macam tu. Sumpah abah!” kataku sambil mengangkat tanganku seakan bersumpah. Air mata sudah mengalir lebih laju. Namun, lebih kepada air mata marah.

Marah kerana diperlakukan seperti ini. Ini sudah keterlaluan. Melampau sangat. Apalah dosa aku kepada ibu sehingga dia menfitnah aku sebegitu rupa?

Aku terduduk. Allahurabbi.

“ Tapi…abah percaya kamu!” kata abah. Aku terharu. Terima kasih abah kerana percayakan anak abah ni.

“ Alhamdulillah,” mama mengucap syukur.

“ Sebab abah tahu kamu tak akan sesekali lakukan perkara terkutuk seperti itu. Abah didik kamu dengan agama sejak kecil. Tiada kurang sedikit pun. Lagipun, kamu anak abah. Waris abah. Abah sayang kamu! Cuma semalam abah terkejut, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba kamu bercerai. Rupa-rupanya kamu pun tak sangka akan jadi macam ni” kata-kata abah menusuk kalbu.

“ Terima kasih abah! Aisyah sayang abah juga!” kataku lalu memeluk abah.

Syukur Ya Allah, kerana memberi keluarga yang sangat menyokongku!

“ Abah dapat tahu ibu juga hendakkan duit kamu sebab mereka nak buat kenduri,” sambung abah.

“ Hah? Kenduri?” tanyaku blur. Tak akanlah kenduri kesyukuran sempena penceraian aku ni? Mustahil.

“ Kenduri kahwin Azhar!” Aku terkedu. Lupa pula aku. Si Erin tu kan tengah mengandung sekarang ni. Karang tak kahwin, malu pula.

“ Jadi, apa kena mengena dengan duit Aisyah!” aku membentak. Ini sudah lebih, takkan nak kahwin pun guna duit aku juga. Hasil titik peluh aku tu!

“ Azhar dah tak ada duit melainkan duit tu dan Puan Zurina tidak mahu kamu mendapat satu sen pun daripada duit tu. Dia kata kamu tidak layak, kamu perempuan kotor yang mencurangi suami sendiri,” jelas abah.

“ No..No..No way! Aisyah tak kan halalkan satu sen pun duit Aisyah untuk mereka! Tidak sesekali,” kataku tegas.

“ Aisyah…Tak baik kata macam tu,” tegur mama.

“ Mama, Aisyah dihalau bagai kucing kurap yang menagih makanan ma! Bahkan Abang Azhar langsung tidak mahu melihat muka Aisyah lagi! Then, dia nak pula duit Aisyah? Tak tahu malu betul!” kataku.

“ Kalau macam tu, kamu mesti uruskan penceraian kamu itu. Jangan biarkan mereka mengambil kesempatan terhadap kamu! Kamu kena bangkit melawan, jangan biarkan mereka sangka kamu seorang yang lemah dan mudah dipijak-pijak macam tu saja!” ucap abah.

“ Baik abah. In sha Allah, Aisyah akan cepatkan proses penceraian ini. Aisyah tidak mahu ada kena mengena dengan mereka lagi! Sampai hati ibu!” tekadku. Apapun, aku sudah mula rasa menyesal!

Menyesal kerana kahwin dengan Abang Azhar!

“ Aisyah, sabar ya sayang! Setiap yang berlaku ada hikmahnya…Mungkin ada lelaki di luar sana yang akan menerima Aisyah, segala kelebihan dan segala kekurangan kamu. Percaya dengan Allah ! Itulah kunci kehidupan,” ucap mama.

Aku tersenyum. 

“ Ya ma, doakan untuk Aisyah ya…” kataku.

“ Kami akan doakan yang terbaik untuk kamu, anakku!” ucap abah.

“ Terima kasih abah, mama! Terima kasih kerana sudi percaya Aisyah!” ucapku sambil mengelap air mata.

“ Sama-sama sayang!” Abah dan mama berkata serentak.

“ Ma…Abah lapar!” kata abah sambil mengusap perutnya. Manjanya abah!

‘ Ya Allah, kekalkan hubungan kekeluarga kami,’ desis hatiku.

Tuesday 28 May 2013

Aku Mencintaimu Kerana Agamamu Bab 16

Assalamualaikum , okeylah Efdy mengalah. Efdy tak mampu nak dapat 5 komen pun, 10 apatah lagi kan. Tapi disebabkan perasaan ingin mengupdate itu membuak-buak menyebabkan Efdy terupload juga hari ni. Terupload okey. kfineee, blog Efdy ni bukan blog peymess pun nak dapat 10 komen kan? Well, ukur baju di badan sendiri. Ahaks. Okey, Enjoy!

Aku melangkah masuk ke bilik yang menempatkan abah. Aku takut untuk bertentang mata dengan abah. Takut sangat. Namun aku lebih takut kehilangan abah.

Mama dan adik pulang ke rumah untuk mengambil pakaian dan sedikit makanan. Kini hanya tinggal aku dan abah. Aku duduk di atas sofa bertentangan dengan abah. Dari sini aku boleh melihat abah dengan jelas.

Aku mengeluarkan sebuah novel bertajuk I Am Number Four. Sudah lama aku membelinya namun tiada kesempatan untuk membaca.

“ Syah…”  Aku tersentak apabila mendengar suara lemah abah memanggil perlahan. Aku bergegas ke arah abah.

“ Ya abah, Aisyah kat sini!” kataku sambil menggenggam tangan abah.

“ Abah…ta..hu..se..gala..nya…” kata abah dengan suara yang tersekat-sekat.

“ Aisyah minta maaf abah,” ucapku. Air mata sudah mengalir perlahan.

“ Tak…apa..mung..kin..bukan..jodoh kamu…” kata abah lagi.

“ Abah, rehat dulu nanti kita berbual lagi. Sekarang yang penting abah kena sihat sepenuhnya. Abah tahu kan Aisyah perlukan abah!” kataku sambil mengelap air mata. Abah tersenyum lesu sambil mengganguk.

Aku membetulkan bantal abah. Abah melelapkan mata sekali lagi. Aku hanya memerhati keadaan abah.

‘ Abah, cepat sembuh ya! Aisyah ada banyak cerita nak beritahu abah,’ desis hatiku.

Aku duduk di sofa tadi. Aku meneruskan pembacaanku. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.

Cepat-cepat aku keluar dari bilik abah kerana bimbang mengganggu lena abah.

“ Assalamualaikum,” ucapku ketika menekan butang hijau.

“ Ha, kau dah dapat apa yang aku nak tu?” tanya sesorang.

“ Apa maksud…ibu?” tanyaku. Blur.
“ Aku dah beritahu bapa kau pasal hal ni! Tak kan kau tak tahu kot,”  kata ibu lagi.

“ Hal apa ni ibu? Saya tak faham…” balasku.

“ Apalah bodoh sangat kau ni ha?!” bentaknya.

“ Ibu, saya betul-betul tak faham apa yang ibu maksudkan…” aku menguatkan suara. Ish ibu ni, aku yang bodoh ke dia yang bodoh sekarang ni.

“ Aku nak semua duit yang ada dalam akaun kau dan Azhar!” katanya.

“ Apa ibu?!” Aku terkejut. Gila apa? Yang tu duit aku dan Abang Azhar. Suka-suka hati dia saja nak.. Lagipun itu merupakan harta sepencarian aku dan Abang Azhar.

“ Kau ni pekak ke?” tanya ibu.

“ Tu duit saya dan Abang Azhar! Kenapa saya mesti serahkan pada ibu? Ini tak masuk akal!” kataku.

“ Hei bodoh, aku kata bagi kau bagi sajalah! Banyak tanya pula…” bentak ibu.

“ Itu duit saya, harta sepencarian saya dengan Abang Azhar! Ibu tak boleh ambil!” balasku. Geram!

“ Aku dah suruh Azhar keluarkan duit tu, tapi dia kata dia perlukan tandatangan kau juga! Kalau tak aku tak hingin nak telefon kau la!” marah ibu.

“ Duit tu harus dibahagi dua! Bukan mudah saya hendak berikan pada ibu !” bentakku lagi.

“ Duit tu bukannya banyak mana pun! Sepuluh ribu saja kan? Itu pun nak berkira ke ?” ucap ibu. Kata-kata ibu membuatkan hati aku semakin panas. Tak lama lagi bakal meletup!

“ Tak banyak? Kalau saya minta pada ibu, sampai mati pun ibu tak akan bagi kan ?
Begitu juga saya! Dan saya tetap dengan prinsip saya. Suka-suka hati saja nak duit saya, ibu ingat ibu tu siapa?!”

“ Kau memang kurang a…” belum sempat ibu meneruskan kata-katanya, aku matikan panggilan telefon tersebut. Makin lama aku bersembang dengan ibu, aku boleh kena serangan strok terus!

‘ Mungkin…Ini yang menjadi penyebab abah terkena serangan jantung? Allahurabbi!’ desis hatiku.

Sebelum masuk ke bilik abah kembali, aku lihat mama datang membawa sebuah beg bersaiz sederhana dan beberapa bungkus plastik.

Aku membantu mama membawa barang-barang yang dibawanya.

“ Mana adik ma?” tanyaku apabila kelibat Amina.

“ Dia sibuk nak bersiap untuk esok. Esok dia ada kem dekat sekolah, itu yang mama tak bagi dia ikut. Cukuplah kita berdua di sini, lagipun abah dah stabil kan…” kata mama sambil beriringan masuk ke dalam bilik abah.

“ Ma...” panggilku perlahan. Aku rasa sudah tiba masanya aku ceritakan segalanya pada mama.

Aku tidak sanggup lagi berdiam diri. Aku sudah boleh menerima takdir Allah. Aku tahu, Allah telah menetapkan yang terbaik untuk aku. Kini, masanya untuk mama dan ahli keluargaku turut menerima takdir yang ditetapkan untukku.

“ Mana Azhar?” tanya mama.

“ Aisyah nak cakap sikit…” kataku sambil menarik tangan mama ke arah sofa. Aku berdua melabuhkan punggung di sofa itu.

“ Apa dia sayang, cakaplah?” tanya mama. Tenang.

“ Sebenarnya…” aku berjeda. Mengumpul sedikit kekuatan untuk meluahkan segalanya pada mama.

“ Sebenarnya apa? Aisyah jangan buat mama tertunggu-tunggu,”

“ Aisyah dan Abang Azhar dah…bercerai!” kataku.

“ Astagfirullahalazim! Aisyah tahu kan, bercerai itu perkara yang paling dibenci Allah? Kan mama dah kata, kalau ada masalah bincang dulu. Jangan ambil langkah terburu-buru!” kata mama setelah mendengar ceritaku. Nada suara mama aku sudah mengerti. Dia berada dalam keadaan marah.

“ Mama, bukan Aisyah yang mahukan penceraian ini! Tapi, abang Azhar sendiri!” tambahku. Aku ingin mama tahu perkara sebenarnya.


“ Jadi?” tanya mama perlahan. Mungkin mama sudah boleh bertenang dan berfikiran rasional.

“ Abang Azhar ceraikan Aisyah kerana Aisyah mandul ma!” ucapku perlahan. Air mata sudah mengalir deras.

“ Ya Allah!” Mama terjerit namun dia lantas menutup mulutnya. Bimbang abah terjaga.

“ Aisyah yang salah ma, Aisyah tak mampu nak mengandungkan anak Abang Azhar,” aku mula teresak-esak.

Mama memelukku dan menggosok belakangku. Memberi sedikit kekuatan.

“ Tak sayang, rezeki anak itu Allah yang tentukan! Mungkin Azhar bukan jodoh Aisyah. In sha Allah…Mama dan abah akan mendoakan yang terbaik untuk Aisyah!” mama membisikkan kata-kata yang menaikkan semangatku. Kata-kata yang sama oleh mama dan abah. Mungkin Azhar bukan jodohku. Ya, Aku redha…

Tiba-tiba aku terdengar suara abah.


“ Aisyah…” 

Monday 27 May 2013

Aku Mencintaimu Kerana Agamamu Bab 15

Perhatian - Efdy terget 10 komen sebelum post entry seterusnya. Kalau tak dapat 10, Efdy upload next week. Kejam tak ? Haha...Cepat-cepat, tawaran terhad nieh :)

Selepas bersarapan kami berpisah. Aku berjalan ke wad yang menempatkan abah. Badan abah penuh dengan wayar-wayar membuatkan aku berasa sebak.

Mama sedang membacakan surah Yasin. Aku masuk perlahan-lahan dan duduk di sebelah abah. Perlahan aku menggenggam tangan abah yang dicucuk dengan jarum.

“ Maafkan Aisyah, abah!” kataku perlahan.

“ Maafkan Aisyah jika Aisyah merupakan penyebab abah jadi macam ni,” sambungku lagi.

“ Aisyah tak sanggup nak lihat abah macam ni, bangunlah abah! Aisyah rindu dengan usikan abah. Rindu sangat. Aisyah dah tak ada sesiapa lagi melainkan kita sekeluarga abah,” kataku perlahan. Aku yakin abah mendengarnya kerana air mata abah mengalir dan jatuh ke atas bantal. Aku teresak kecil.

Mama masuk ke bilik air yang disediakan di wad abah setelah selesai membaca Yassin. VVIP, memudahkan kami.

“ Abah, Aisyah cuba untuk menjadi isteri yang terbaik untuk Abang Azhar. Tapi Abang Azhar tetap…” Aku tak mampu untuk menyebut kalimah tersebut. Kalimah yang merobek hatiku.

“ Abah, apa salah Aisyah? Betul ke Aisyah ni sebenarnya mandul?” tanyaku. Abah membalas genggaman tanganku.

Aku segera menekan butang kecemasan untuk memanggil doktor. Abah mula member respon. Ya Allah…



“ Encik Awi sudah sedar tetapi keadaan jantungnya masih lemah. Jangan bebankannya dengan perkara-perkara yang berat,” kata seorang doktor berbaju kurung merah hati setelah keluar dari bilik abah. Pesanan yang sama seperti Doktor Nazrul.

“ Terima kasih.” Ucapku.

Mama dan Aina masuk ke dalam bilik abah. Aku memilih untuk duduk di luar. Tak sanggup rasanya untuk bertentang mata dengan abah.

Air mata yang mengalir ku usap perlahan. Allah…

Aku mencari kekuatan. Entah ke mana hilangnya segala kekuatanku.
Aku rasa sungguh lemah.

“ Encik Awi dah okey?” tanya seseorang. Aku melihat kelibat seorang lelaki melabuhkan punggungnya di atas kerusi selang dua kerusi dari kerusiku.

Aku toleh setelah mengelap sisa air mata yang masih berbaki.

“ Eh doktor! Alhamdulillah, dah sedar…” jawabku.

“ Then, kenapa menangis?” tanya Doktor Nazrul sambil menghulurkan sepeket tisu kepadaku. Amboi, buat bekal ke doktor ni. Aku ambil perlahan.

“ Saya rasa bersalah sangat. Sayalah punca abah jadi macam ni! Kalaulah jadi apa-apa pada abah, saya rasa saya tak mampu maafkan diri sendiri,” kataku.

“ Jangan fikir macam tu! Setiap ujian yang Allah berikan untuk kita, adalah untuk menguatkan iman kita. Fikir positif, mungkin dengan kejadian ini menjadikan awak lebih bersyukur dan lebih tabah,” kata Doktor Nazrul.

“ Hmm…” aku hanya mampu berdehem. Tiada apa yang mampu aku tuturkan saat ini.

“ Kadang-kadang kesakitan dan kesedihan yang kita alami merupakan kifarah dosa. Mungkin selama ini kita ada melakukan perkara yang menyakitkan orang lain, dan Allah beri peluang ini untuk kita tebus kembali.” Katanya lagi.

“ Tapi doktor, saya tak pernah…” aku cuba membalas. Namun dia cepat-cepat memintasnya.

“ Allah beri awak peluang untuk menjaga abah awak. Mungkin sebelum ni awak terlalu sibuk sehingga melupakan kewajipan awak terhadap kedua-dua ibu bapa awak. Ya, saya tahu awak perlu taat kepada suami awak. Namun sebagai seorang anak kita harus menjaga hati ibu bapa kita,” sambungnya lagi.

Dush! Tembakan yang mengena ke tangkai hati. Hari itu mama menelefon aku setelah beberapa minggu tidak menelefon. Rasa bersalah mula menyerbu.

“ Terima kasih untuk nasihat itu,” kataku. Terima kasih kerana hadir ketika aku memerlukan pertolongan.

“ Tak perlu, nasihat itu juga sebagai peringatan untuk diri saya!” kata Doktor Nazrul sambil bangun.

“ Awak nak ikut?” soalnya.

“ Ke mana?”

“ Ke hati saya,” Aku tersentak! Gila berani kau! Aku baru saja jadi janda semalam tau.

“ Saya bergurau saja, lagipun saya tahu awak sudah bersuami!” katanya perlahan. Wajahnya muram. Macam orang kecewa saja.

“ Ish!” bentakku tanda tak suka.

“ Mari, saya tunjukkan kawasan hospital,” pelawanya.

“ Awak ni, saya datang bukan untuk lawatan sambil belajar,” protesku.

“ Jum sajalah! Temankan saya…Lagipun, awak tak kuat lagi untuk berhadapan dengan abah awak kan? So…” katanya.

“ Yelah, saya ikut! Tapi sekejap saja.” Kataku.

Dia membawa aku ke satu persatu bilik khas. Tapi kami tak masuk pun. Cuma lalu. Sesampainya di sebuah bilik yang hanya berdindingkan kaca aku terpaku.

“ Ya Allah…”

“ Comelkan?” tanyanya.

Mataku tidak lepas memandang bayi-bayi yang sedang nyenyak tidur  itu. Sesetengahnya dibalut dengan kain berwarna merah jambu dan yang selebihnya berwarna biru.

“ MasyaAllah, comel sangat!” kataku teruja.

“ Bau bayi yang wangi tu merupakan haruman syurga,” beritahunya.

“ Tengok tu, ada seorang yang tengah mengeliat,” kataku sambil menunjukkan seorang bayi yang berbalut kain berwarna biru.

“ Dah nak menangis lah tu,” katanya.

“ Memang betullah,” Bayi itu menangis kuat. Kami hanya mendengar perlahan. Terkocoh-kocoh jururawat datang dan mendukungnya perlahan. Dia memberikan susu badan yang diperah ke dalam botol. Itulah yang diberitahu oleh Doktor Nazrul tadi.

Malu pula mendengarnya.

 Setelah hampir 15 minit menjamu mata di situ, kami dikejutkan dengan bunyi panggilan telefon daripada poket Doktor Nazrul.

“ Maaf ya, saya terpaksa jawab panggilan ni!” katanya sambil mengambil telefon tersebut dan menekan butang hijau.

“ Ya sayang,”

Aku tersentak. Amboi, pagi tadi mengaku single. Lelaki! Semuanya sama saja.


Aku harus kuat. Aku tidak boleh lemah. Aku akan buktikan kepada Azhar yang aku boleh hidup tanpa dia. Dan…tanpa anak.

Saturday 25 May 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu bab 14

Assalamualaikum. Waa, dah lama rasanya tak update bab baru. Mari kita baca ya. Jengjengjengg... 

Aku bergegas ke hospital. Aku pecut kereta secepat mungkin. Sampai hospital sudah pukul 5.30 pagi. Dari Penang ke Sungai Petani. 

" Mana abah, ma?" tanyaku apabila sampai di hadapan Emergency Room. 

Mama bingkas bangun dan memelukku. Adik perempuanku turut melakukan perkara yang sama. Ya Allah. Aku tak sanggup mendengarnya.

" Doktor kata jantung abah dah tak stabil. 50-50. Doktor suruh kita banyakkan berdoa," kata mama.

" Tapi macam mana boleh tiba-tiba ni?" tanyaku sambil menyeka air mata.

“ Abah dapat panggilan telefon daripada ibu…” kata mama.

“ Kenapa ibu telefon abah?” tanyaku kembali.

“ Mama tak tahu…Lepas cakap dengan ibu terus abah pengsan,” jelas mama.

Aku duduk di bangku yang disediakan.

“ Ya Allah…Selamatkan abah. Aku tak sanggup lagi menghadapi kehilangan. Cukuplah aku kehilangan Abang Azhar. Aku tidak sanggup kehilangan abah,” doaku perlahan. Bimbang jika mama terdengar. Biarlah mama tidak mengetahuinya.

“ Aisyah…” panggil mama sambil melabuhkan punggung di sebelahku.

“ Aisyah ada masalah dengan Azhar ya?” tanya mama sambil mengusap belakangku.

“ Mana ada mama,” nafiku. Aku tak sanggup. Tak sanggup untuk menceritakan segalanya pada mama.

Aku diceraikan talak tiga mama. Anakmu diceraikan. Allah..

“ Apapun yang berlaku, bincang elok-elok. Jangan buat keputusan terburu-buru ya,” kata mama. Menasihatiku.

Aku rasa seperti ingin menjerit dan memberitahu satu dunia bahawa aku, ya aku. Aisyah diceraikan. Diceraikan dengan talak tiga! Bukan satu tapi tiga. Kerana apa? Kerana aku tidak boleh mengandung. Aku mandul!
“ Ya mama, Aisyah tahu.” Kataku sambil mengelap air mata yang mula menitis lagi.

Kata-kata mama membuatkan aku sebak. Aku ingin menceritakan segalanya kepada mama. Tapi aku tak mampu. Aku tak kuat.

“ Aisyah…Kalau ada masalah, jangan malu untuk ceritakan pada mama. Mama sedia mendengarnya,  In sha Allah kalau mama boleh tolong mama akan cuba,” kata mama lagi. Mama menggengam jari jemariku.

“ Terima kasih mama!” kataku sambil memeluk mama. Aku teresak perlahan.

Biarlah rahsia mama…

Tiba-tiba doktor keluar dari bilik kecemasan. Topeng di wajahnya di buka perlahan.

‘ Ya Allah, kacaknya!’ desis hatiku.

‘ Astagfirullahalazim! Aisyah, jaga mata! Kau tu baru saja diceraikan kau tau tak,’ bisik hatiku.

“ Macam mana suami saya doktor?” pertanyaan mama menyedarkan aku. Apalah aku ni!

Dalam keadaan macam ni pun aku ada masa lagi nak tengok muka doktor kacak tu.

“ Alhamdulillah, berkat doa puan dan anak-anak puan Encik Awi sudah stabil. Jantungnya sudah boleh berjalan dengan sendiri tanpa bantuan mesin,” kata doktor tersebut.

Masing-masing mengucap Alhamdulillah tanda syukur.

‘ Ya Allah. Terima kasih untuk peluang ini,’

“ Oh, boleh saya jumpa puan sekejap? Ada perkara yang perlu saya bincangkan,” tanya doktor.

“ Hmm, saya nak berada di sisi suami saya sehingga beliau sedar. Kalau saya wakilkan anak saya boleh?” tanya mama.

“ Boleh…” kata doktor tersebut sambil berlalu. Sempat dia memberikan senyuman. Lesung pipitnya begitu menggoda. Ya Allah…

“ Aisyah, pergilah ikut doktor tu!”  suruh mama.

“ Apa pula Aisyah mama? Suruh la adik!” protesku. Malu kot!

“ Isy! Adik kamu tu SPM pun tak ambik lagi. Manalah dia tahu apa-apa. Kalau doktor beritahu perkara penting macam mana?”  kata mama.

“ Eh taka pa mama, doktor handsome macam tu mama tak payah suruh pergi, adik rela mengikutnya,” kata adikku sambil melangkah perlahan. Amboi gatal!

Aku capai tangan adikku. Dia terhenti.

“ Akak pergi!” kataku sambil berlari-lari anak mengikut doktor tersebut.

Aku terkocoh-kocoh mencari kelibat doktor tersebut. Semput wei!

Tiba-tiba aku ternampak kelibatnya di sebuah mesin peruncitan automatik. Sempat lagi beli air tu.

Aku menghampirinya. Dia berpaling dan tersenyum. Dia menunjukkan secawan air milo yang masih berasap sambil menggangukkan kepalanya?

Aduh, doktor ni! Aku angguk sajalah.

Dia belanja aku secawan air milo panas. Kami melabuhkan punggung di kerusi berhampiran. Dia masih diam. Aku lagilah!

Air milo dihirup perlahan. Tenang rasanya. Keadaan hospital kelihatan lenggang.
Maklumlah masih awal pagi. Sekali-sekala kelihatan beberapa orang jururawat yang lalu lalang.

“ Better?” tanya doktor itu tiba-tiba.

“ Yes, thanks.” Sahutku kembali.

“ Mata awak merah, banyak menangis ya?” tanyanya.

“ Banyak perkara yang berlaku pada saya hari ini,” kataku.

“ Apapun yang berlaku, anggap saja itu merupakan dugaan Allah untuk menguji sejauh mana keimanan kita…” katanya tegas. Aku berpaling ke arahnya. Dia masih tenang.

“ Tapi kenapa doktor? Perkara yang berlaku pada saya, terlalu berat. Saya tak sanggup nak tanggung,” kataku.

“ Allah tak akan pernah uji hambanya melebihi apa yang kita mampu tanggung,” katanya lagi.

“ Percayalah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma kita yang tak belum nampak,’’ sambungnya lagi.

Aku terdiam. Kata-katanya menyedarkan aku. Ya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“ Oh ya doktor, kenapa doktor nak jumpa saya?” tanyaku. Hampir terlupa pula.

“ Saya cuma nak pesan, awak mesti jaga kesihatan bapa awak baik-baik. Serangan jantung boleh datang bila-bila masa saja. Jadi saya harap, awak tidak membebankan bapa awak dengan perkara-perkara yang berat,” jelasnya.

“ Baiklah, saya cuba!” kataku.

“ Hmm..Ini kad saya, kalau ada pertanyaan atau masalah boleh call atau mesej,” kata doktor kacak itu sambil menghulurkan sekeping kad. Aku capai perlahan.

“ Terima kasih doktor kerana selamatkan nyawa bapa saya,” kataku sebelum bangun perlahan-lahan.

“ Bukan saya yang selamatkan nyawa bapa awak, tapi Allah. Allah mendengar doa kamu,” katanya tegas.

“ Tapi…”

“ Baiklah, saya nak pergi surau kejap. Dah masuk subuh ni,” katanya sambil bangun.

“ Dah subuh? Boleh saya ikut…” tanyaku. Aku perlu tenangkan diri. Ya, dengan berdoa padaNya.

“ Sudah tentu!”

Kami berjalan beriringan. Masih adakah sinar bahagia untuk aku? Ya Allah…


Wednesday 22 May 2013

Review Novel - Teduhan Kasih : Marissa





Assalamualaikum, apa khabar semua! Alahai dah lama rasanya Efdy tak update blog kan? Ha, hari ni Efdy nak update sikit. Review novel Teduhan Kasih : Marissa. Tak pernah dengar? Tipulahh! Sapa yang minat novel mesti tahu pasal novel. Siapa yang minat drama bersiri pun mesti tahu pasal drama ni. Al-maklumlah, drama tengah meletup sekarang ni. Meh kita baca sinopsis dulu ya :)

Credit goes to : Photo Owner :)


"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Komennya :)

Bagi Efdy cerita ini sangat menarik sebab tak macam novel lain yang asyik ketengahkan kahwin paksa. Memang best. Dan bagi Efdy banyak pengajaran yang boleh Efdy ambil. Contohnya, kita tidak boleh terlalu percayakan orang walaupun kawan baik kita. Kedua, setiap orang mempunyai masa lalu. Oleh itu, kita tidak pernah terlambat untuk bertaubat. Ingat! Pintu taubat sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja. Ketiga, Allah menurunkan ujian kepada kita untuk menguji sejauh mana kita mampu bertahan. Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Ceh. Macam karangan pula. Eh eh? Haha.
Gaya bahasa sempoi ja. Kadang-kadang boleh tergelak sendiri bila baca. Kadang-kadang memang bengkak mata. Hingus meleleh punya. Sedih betul ceritanya. Well, kita kena menghayati lah kan?
Harganya :
Semenanjung Malaysia - RM 22.00
Sabah/Sarawak - 25.00

Nak tahu lebih banyak lagi ? Kena lah beli novel ni. Kalau tak nak? tengoklah drama dia. Ohh Adi Putra yang kacak bergaya tu. Hahaha.
Antara babak sweet antara Iffa dan Ehsan : 
Ehsan bawa aku ke meja makan. Kek diletakkan di atas meja. 
"Dan ini hadiah untuk Iffa, istimewa daripada abang." Ehsan menghulurkan sampul surat berwarna putih kepadaku. Aku keluarkan isi di dalamnya. Aku baca kertas pertama. 

Kupon mandi berdua untuk seumur hidup.

Aku tersenyum bila membacanya. Kertas kedua pula.

Kupon urut badan untuk seumur hidup.

" Amboi, larat ke nak urut seumur hidup?" soalku sambil menjeling Ehsan. Ehsan hanya senyum. Aku baca pula kupon ketiga. 

Harus malam Ahad, malam Selasa dan malam Khamis, Wajib malam Jumaat.
P/S kecuali bendera merah.

Tergelak aku jadinya.

"Melampau ni."
Tapi Ehsan senyum sahaja. Dan aku baca kupon terakhir.
Menjadi teman untuk seumur hidup.
Amacam ? Sweet tak ? Haaa.. wajib beli tau! Haha. 
sekian :)

Eh eh, jangan lupa tunggu entry seterusnya tau. E-novel Aku mencintaimu kerana Agamamu akan diupdate nanti. 

Stay tune ya dear. Assalamualaikum.


Saturday 18 May 2013

Bab baru :)

Bab baru tunda boleh ? Efdy dah start sekolah balik. Penat oooo balik sekolah.  Nanti efdy upload bab baru ya. Thank you for your attention :)

Thursday 16 May 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu Bab 13


Assalamualaikum. Maaf ya kerana post bab yang tak habis semalam. Sedih. Jadi inilah bab yang sebetul betulnya. Aci tak kalau bab 14 Efdy post esok malam ? Hehe. Stay tuneee :)


" Nanti dulu," Abang Azhar memanggilku. Aku tersenyum. Masih adakah sinar bahagia dalam hidupku?

" Mulai hari ini, saat ini dan detik ini... Aku dah tak nak tengok muka kau lagi.  Kita jumpa di mahkamah nanti. Kau faham ?" kata Abang Azhar. 

" Baiklah, kalau itu yang awak mahukan. Saya tak akan muncul dihadapan awak lagi! " kataku tanpa berpaling seinci pun kepada Abang Azhar.  Atau sepatutnya aku buang gelaran abang itu.

" Bagus! Memang itu yang aku mahukan daripada kau selama ini!" kata Abang Azhar sungguh angkuh.

Entah apa yang merasuk aku hingga aku berani berpaling ke arah Abang Azhar dan bertentang mata dengannya.

" Kalau selama ini abang mahukan ini daripada saya, baik abang ceraikan saya daripada dulu lagi. Abang tak perlu nak bazirkan masa saya selama tiga tahun dengan abang !" kataku sedikit kuat.

Abang Azhar menggangkat tangan kanannya. Asyik hendak menampar orang saja kerjanya.

" Kalau abang sentuh saya, saya akan buat aduan di mahkamah ya. Oh lupa, abang yang kata nak jumpa saya di makamah kan? Abang tunggu ya, saya akan tuntut apa yang menjadi hak saya," kataku lagi.

Abang Azhar terkedu. Dia berdiam diri. Tangannya digegengam kuat.

" Saya pergi dulu, terima kasih atas penderitaan yang sangat sangat menyakitkan. Ingat, balasan Allah tu maha Adil..." kata ku lagi. Menambah minyak kepada api yang sedang marak.

Aku membawa diri. Aku tidak tahu ke mana hala tujuku lagi selepas ini. Allah..

Jalan raya hanya diterangi dengan lampu jalan. Sesekali ada dua tiga buah kereta yang lalu. Jam sudah hampir berginjak ke 4.30 pagi. Tak sangka. Aku diceraikan pada jam 4.00 pagi.

Sadisnya...

Kemana harus aku bawa diri aku yang dibuang ini? Kemana ?

 " Ya Allah, berilah petunjukmu pada hambaMu yang benar-benar memerlukan bantuanMu..." doaku sambil masuk ke dalam keretaku.

Aku memasang radio untuk menghilangkan kesusutan hatiku.

Bagaimana aku hendak menghadapi masyarakat sekeliling? Aku diceraikan bukan dengan talak satu, bukan juga talak tiga tapi aku diceraikan dengan talak tiga sekaligus! Seperti aku yang membuat onar dalam perhubungan kami...

Aku dibuang seperti sampah! Aku rasa sungguh terhina. Bagaikan langsung tiada peluang untuk aku lagi. Apa salahku ? Di mana salahku?

Tiba-tiba radio memainkan sebuah lagu yang menarik minatku. Bait-bait liriknya seperti memahami isi hatiku sekarang.


Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Menbuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu

Telefon aku berdering agak kuat menandakan ada panggilan masuk. Aku jeling perlahan telefon bimbit yang aku letak di atas dashboard ketika masuk ke dalam kereta tadi.

'Mama?'

Kenapa mama telefon pagi-pagi macam ini? Aku segera mengambil telefon bimbit lalu menekan butang hijau. Telefon dibawa ke telinga.

" Assalamualaikum mama,"

" Apa?!" Aku menekan break kerana terlalu terkejut. Allah, selamat tiada kereta di belakang. Kalau tak...Nauzubillah.

" Ya Allah, dugaan apa lagi ni!" rintihku sayu.