Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Sunday 12 May 2013

Aku mencintaimu kerana Agamamu Bab 11

Assalamualaikum, Efdy nak tanya sedikit! Boleh tak Efdy berhentikan cerita ini untuk sementara waktu? Terima kasih :)

Tidurku terganggu apabila mendengar seseorang bercakap. Namun aku tetap tidak membuka mata. Aku kenal suara itu. Mustahil aku tidak mengenali suara suamiku sendiri. Ya, Abang Azhar.

" Apa?! Erin datang rumah B? Erin dah gila ke?" suaranya tegas. B? Naik loya aku mendengarnya.

Rupa-rupanya Erin nama gadis yang datang membuat onar pagi tadi. Tahniah Erin, kau telah berjaya.
Aku reda. Kau ambillah Abang Azhar. Aku sudah penat!

" Berapa kali B dah cakap, jangan sesekali datang rumah B!" suaranya kedengaran lagi.

" Ya, B tahu B dah lama tak balik rumah Erin. Sabarlah sayang...Nanti B balik," lembut suaranya menuturkan bicara.

Air mata hampir menitis. Ya Allah. Tabahkan hatiku..

" Erin, Erin tak jumpa dengan Kak Aisyah kan?" tanyanya tiba-tiba. Takutlah tu. Takut aku tahu akan kebenarannya. Abang, Aisyah sudah tahu segalanya. Segalanya!

" Apa! Erin mengaku Erin mengandung?!" jerkahnya sedikit tertahan. Barannya tetap ada.

" Pastu Kak Aisyah kata apa?" tanya lagi.

" Tak, Kak Aisyah tak tanya apa-apa pun," kata Abang Azhar.

" Biarkan B uruskan semuanya, okey bye, I love you too sayang!" kata Abang Azhar menamatkan perbualan.

Aku harus, tak aku mesti selesaikan semua ini. Apa nak jadi pun jadilah. Abang Azhar merebahkan dirinya disisiku. Aku berpura-pura mengeliat lantas berpaling ke arahnya.

Aku buka mata perlahan-lahan. Aku lihat wajahnya. Wajah yang pernah bertahta di hatiku. Pernah...

" Siapa Erin tu abang?" tanyaku perlahan. Matanya tiba-tiba terbuka luas. Mungkin terkejut dengan pertanyaanku.

Aku bingkas bangun dan bersila di tepinya. Lampu meja yang sedikit malap menjadi saksi.

" Kau tak payah tahu!" katanya sambil membelakangi aku.

" Tak payah tahu? Abang ingat Aisyah ni apa? Aisyah ini isteri abang yang sah tau !" kataku sedikit kuat.

" Kau jangan banyak cakap boleh tak ! Aku nak tidur, aku penatlah bodoh!" balas Abang Azhar sedikit kuat.

" Si bodoh ni mahukan penjelasan daripada suaminya sendiri! Itupun susah sangat ke?" tanyaku lagi. Aku belum puas selagi aku tidak dapatkan penjelasan daripadanya.

Abang Azhar bangun dan berjalan menuju ke pintu. Aku pantas mengekorinya dan menarik tangannya.

" Abang, cukuplah abang seksa Aisyah macam ni! Aisyah dah penat dengan semua ni! Abang dah banyak berubah," kataku sambil mengenggam tangannya erat.

" Lepaskan tangan aku," kata abang Azhar lalu merentap tangannya.

" Kalau macam tu, ceraikan Aisyah!" aku berkata lantang.

" Apa kau cakap ni?" tanya Abang Azhar sambil memandang wajah aku tajam. Oh baru nak pandang muka aku ya?

" Abang usah berpura-pura bertanya!" kataku.

" Kau cabar aku ya Aisyah?!" tengking Abang Azhar.

" Ya, Aisyah cabar abang!" kataku sambil membalas pandangan tajamnya.

Aku sudah tidak peduli lagi! Apa yang akan terjadi selepas ini biarlah Allah sahaja yang tentukan.
Aku reda.

2 comments:

  1. Yes... pls move on Aisyah.... Dah dipersia2kan, tak usah pandang belakang lagi... Dan Azhar, sila lepaskan Aisyah secara mulia...

    ReplyDelete
  2. yes saya setuju .
    nak lg tq.

    ReplyDelete