Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Monday 6 May 2013

Aku mencintaimu kerana Agamamu bab 8

"Assalamualaikum, mama!" Aku memulakan bicara. Air mata yang bergenang di tubir mata cuba aku tahan. Hidung yang tersumbat aku sembunyikan dengan bernafas melalui mulut.

"Waalaikumussalam sayang, apa khabar?  Aisyah dah lama kan tak telefon mama, sampainya hati.." mama bersuara manja.

Aku tersenyum. Rindunya pada mama sukar digambarkan dengan kata-kata.

Aku memang sangat perlukan pelukan daripada mama. Kata-kata semangatnya dan yang paling penting,  senyumannya.

"Maaf ya mama, Aisyah sibuk sikit kebelakangan ini," jelasku supaya mama tidak risau lagi akan diriku.

" Alhamdulillah, lega mama mendengarnya. Mama bukannya apa, dua tiga hari ni mama rasa macam tak sedap hati pula. Sebab itulah mama telefon kamu, tapi bila tahu kamu okey lega sikit hati mama ni," kata mama.

Kata-kata mama menyentap tangkai hatiku.  Begitu kuat naluri keibuan mama. Adakah aku patut menceritakan segalanya atau terus berdiam diri dan menanggug keperitan ini seorang diri?
 Allahurabbi...

" Mama, Aisyah okey saja. Mama jangan bimbang ya," kataku sambil menahan sebak.

 Perbualan kami berlanjutan hingga satu jam lamanya. Pelbagai cerita kami kongsikan sehingga rasa lapar yang ada hilang menjadi kenyang.

Kenyang kerana kasih sayang seorang ibu. Sesungguhnya Ya Allah,  aku mencintai mama.

******

Aku yang sedang menyemak buku latihan anak muridku terhenti apabila terdengar pintu terkuak. Suara ibu dan abang Azhar kedengaran. Hilang sudah ketenangan yang sebentar tadi ada di sisiku.

Aku bangun dan menuju ke arah mereka. Aku lihat ibu membawa banyak beg-beg yang tertulis jenama yang terkenal seperti Vicci dan sebagainya. Abang Azhar bawa ibu membeli-belah rupanya.

"Hah, tunggu apa lagi tu! Tolonglah ibu angkat barang ke biliknya. Kami dah penat ni. Nak tidur," kata Abang Azhar sambil menuju ke bilik.

Aku hanya mampu menurut. Setelah meletakkan barang ibu di dalam biliknya, aku mencuri pandang ke dalam ke dalam beg plastik yang dibelinya tadi. Amboi, kasut sepasang! Beg punyalah berkilat. Mesti mahal ni.

Aku terkenangkan diri sendiri. Selama tiga tahun aku berkahwin dengan Abang Azhar,  tidak pernah dia membelikan barang-barang mewah padaku.

Aku tahu dia tidak mampu. Tapi sekarang aku pelik.  Dari mana Abang Azhar dapat duit yang sebegitu banyak untuk membelanja ibu barang-barang mahal ?

Aku masih ingat pada malam pertama kami.  Abang Azhar pernah berkata,

"Abang tidak punya harta bahkan lagi rupa yang boleh Aisyah banggakan. Abang cuma ada sedikit ilmu agama untuk dibekalkan kepada Aisyah. Moga kita dapat bersama berusaha untuk meraih Jannah Allah,"
Aku redha. Redha dengan segala ketentuan Ilahi.

Lamunanku terhenti apabila aku ditegur.

"Hah, yang kau tak berambus dari bilik aku ni kenapa?"tanya ibu sedikit kuat.

"Maaf ibu, saya keluar dulu ya," kataku sambil berjalan keluar dari bilik ibu.

"Dengkilah tu, anak aku belanja aku," gumam ibu perlahan. Walaupun perlahan, aku mampu mendengarnya. 
Air mata cuba kutahan. Mengapa? Mengapa? Mengapa sukar untuk aku menahan air mata ini?

Aku melabuhkan diri di atas sofa berhadapan televisyen. Air mata perlahan lahan jatuh di pipiku.

'Ya Allah,  begitu berat dugaanMu. Tabahkan hatiku Ya Allah.  Sesungguhnya kini, aku hanya punya kamu,'

Tiba-tiba aku dipeluk daripada belakang. Cepat-cepat aku lap air mataku.

"Sayang..." bisik Abang Azhar.  Tangannya menarik tanganku untuk bangun.

"Jum kita tidur ya sayang..."kata Abang Azhar sambil memeluk pinggangku. Aku tahu apa yang dia mahukan.
Bibirku dikucup perlahan.

Aku terpaksa bersamanya walaupun hatiku tidak rela. Dia berubah dalam sekelip mata. Seperti orang yang punya dua identiti berbeza. Sebelah tidak menginginkan aku, dan sebelah lagi menginginkan aku.

'Ya Allah, tabahkan hatiku...'

1 comment: