Perhatian - Efdy terget 10 komen sebelum post entry seterusnya. Kalau tak dapat 10, Efdy upload next week. Kejam tak ? Haha...Cepat-cepat, tawaran terhad nieh :)
Selepas bersarapan kami berpisah. Aku berjalan ke wad yang menempatkan abah. Badan abah penuh dengan wayar-wayar membuatkan aku berasa sebak.
Selepas bersarapan kami berpisah. Aku berjalan ke wad yang menempatkan abah. Badan abah penuh dengan wayar-wayar membuatkan aku berasa sebak.
Mama sedang membacakan surah Yasin. Aku masuk perlahan-lahan dan
duduk di sebelah abah. Perlahan aku menggenggam tangan abah yang dicucuk dengan
jarum.
“ Maafkan Aisyah, abah!” kataku perlahan.
“ Maafkan Aisyah jika Aisyah merupakan penyebab abah jadi macam
ni,” sambungku lagi.
“ Aisyah tak sanggup nak lihat abah macam ni, bangunlah abah!
Aisyah rindu dengan usikan abah. Rindu sangat. Aisyah dah tak ada sesiapa lagi
melainkan kita sekeluarga abah,” kataku perlahan. Aku yakin abah mendengarnya
kerana air mata abah mengalir dan jatuh ke atas bantal. Aku teresak kecil.
Mama masuk ke bilik air yang disediakan di wad abah setelah
selesai membaca Yassin. VVIP, memudahkan kami.
“ Abah, Aisyah cuba untuk menjadi isteri yang terbaik untuk Abang
Azhar. Tapi Abang Azhar tetap…” Aku tak mampu untuk menyebut kalimah tersebut.
Kalimah yang merobek hatiku.
“ Abah, apa salah Aisyah? Betul ke Aisyah ni sebenarnya mandul?”
tanyaku. Abah membalas genggaman tanganku.
Aku segera menekan butang kecemasan untuk memanggil doktor. Abah
mula member respon. Ya Allah…
“ Encik Awi sudah sedar tetapi keadaan jantungnya masih lemah.
Jangan bebankannya dengan perkara-perkara yang berat,” kata seorang doktor
berbaju kurung merah hati setelah keluar dari bilik abah. Pesanan yang sama
seperti Doktor Nazrul.
“ Terima kasih.” Ucapku.
Mama dan Aina masuk ke dalam bilik abah. Aku memilih untuk duduk
di luar. Tak sanggup rasanya untuk bertentang mata dengan abah.
Air mata yang mengalir ku usap perlahan. Allah…
Aku mencari kekuatan. Entah ke mana hilangnya segala kekuatanku.
Aku rasa sungguh lemah.
“ Encik Awi dah okey?” tanya seseorang. Aku melihat kelibat
seorang lelaki melabuhkan punggungnya di atas kerusi selang dua kerusi dari
kerusiku.
Aku toleh setelah mengelap sisa air mata yang masih berbaki.
“ Eh doktor! Alhamdulillah, dah sedar…” jawabku.
“ Then, kenapa menangis?” tanya Doktor Nazrul sambil menghulurkan
sepeket tisu kepadaku. Amboi, buat bekal ke doktor ni. Aku ambil perlahan.
“ Saya rasa bersalah sangat. Sayalah punca abah jadi macam ni!
Kalaulah jadi apa-apa pada abah, saya rasa saya tak mampu maafkan diri
sendiri,” kataku.
“ Jangan fikir macam tu! Setiap ujian yang Allah berikan untuk
kita, adalah untuk menguatkan iman kita. Fikir positif, mungkin dengan kejadian
ini menjadikan awak lebih bersyukur dan lebih tabah,” kata Doktor Nazrul.
“ Hmm…” aku hanya mampu berdehem. Tiada apa yang mampu aku
tuturkan saat ini.
“ Kadang-kadang kesakitan dan kesedihan yang kita alami merupakan
kifarah dosa. Mungkin selama ini kita ada melakukan perkara yang menyakitkan
orang lain, dan Allah beri peluang ini untuk kita tebus kembali.” Katanya lagi.
“ Tapi doktor, saya tak pernah…” aku cuba membalas. Namun dia
cepat-cepat memintasnya.
“ Allah beri awak peluang untuk menjaga abah awak. Mungkin sebelum
ni awak terlalu sibuk sehingga melupakan kewajipan awak terhadap kedua-dua ibu
bapa awak. Ya, saya tahu awak perlu taat kepada suami awak. Namun sebagai
seorang anak kita harus menjaga hati ibu bapa kita,” sambungnya lagi.
Dush! Tembakan yang mengena ke tangkai hati. Hari itu mama
menelefon aku setelah beberapa minggu tidak menelefon. Rasa bersalah mula
menyerbu.
“ Terima kasih untuk nasihat itu,” kataku. Terima kasih kerana hadir
ketika aku memerlukan pertolongan.
“ Tak perlu, nasihat itu juga sebagai peringatan untuk diri saya!”
kata Doktor Nazrul sambil bangun.
“ Awak nak ikut?” soalnya.
“ Ke mana?”
“ Ke hati saya,” Aku tersentak! Gila berani kau! Aku baru saja
jadi janda semalam tau.
“ Saya bergurau saja, lagipun saya tahu awak sudah bersuami!”
katanya perlahan. Wajahnya muram. Macam orang kecewa saja.
“ Ish!” bentakku tanda tak suka.
“ Mari, saya tunjukkan kawasan hospital,” pelawanya.
“ Awak ni, saya datang bukan untuk lawatan sambil belajar,”
protesku.
“ Jum sajalah! Temankan saya…Lagipun, awak tak kuat lagi untuk
berhadapan dengan abah awak kan? So…” katanya.
“ Yelah, saya ikut! Tapi sekejap saja.” Kataku.
Dia membawa aku ke satu persatu bilik khas. Tapi kami tak masuk
pun. Cuma lalu. Sesampainya di sebuah bilik yang hanya berdindingkan kaca aku
terpaku.
“ Ya Allah…”
“ Comelkan?” tanyanya.
Mataku tidak lepas memandang bayi-bayi yang sedang nyenyak
tidur itu. Sesetengahnya dibalut dengan
kain berwarna merah jambu dan yang selebihnya berwarna biru.
“ MasyaAllah, comel sangat!” kataku teruja.
“ Bau bayi yang wangi tu merupakan haruman syurga,” beritahunya.
“ Tengok tu, ada seorang yang tengah mengeliat,” kataku sambil
menunjukkan seorang bayi yang berbalut kain berwarna biru.
“ Dah nak menangis lah tu,” katanya.
“ Memang betullah,” Bayi itu menangis kuat. Kami hanya mendengar
perlahan. Terkocoh-kocoh jururawat datang dan mendukungnya perlahan. Dia
memberikan susu badan yang diperah ke dalam botol. Itulah yang diberitahu oleh
Doktor Nazrul tadi.
Malu pula mendengarnya.
Setelah hampir 15 minit
menjamu mata di situ, kami dikejutkan dengan bunyi panggilan telefon daripada
poket Doktor Nazrul.
“ Maaf ya, saya terpaksa jawab panggilan ni!” katanya sambil
mengambil telefon tersebut dan menekan butang hijau.
“ Ya sayang,”
Aku tersentak. Amboi, pagi tadi mengaku single. Lelaki! Semuanya sama saja.
Aku harus kuat. Aku tidak boleh lemah. Aku akan buktikan kepada
Azhar yang aku boleh hidup tanpa dia. Dan…tanpa anak.
cepat2 adik kaka semua... bagi komen... kalo boleh dlm masa 1 jam nih kita cukupkan 10 komen.. cepat la kite dpt n3 baru...ehehehh...kaka nak teka dr nazrul ni duda kot...yg dipanggil syg tu mesti anak dia...aishah cpt la konfes kt dr tuh...wat pe nak sorok2 status tu lagik...mulakan hidup baru...cari yg 1000 kali lagi baik dr azhar keparat tuh...
ReplyDeleteBEST LA KAK NAK LAGI HEHE....
ReplyDeleteMARAH NAMPAK.
ReplyDelete.. single... tapi mungkin juga duda... sayang untuk anak dia.... hehehe... marah ke???
ReplyDelete