Aku melangkah masuk ke bilik yang menempatkan abah. Aku takut
untuk bertentang mata dengan abah. Takut sangat. Namun aku lebih takut
kehilangan abah.
Mama dan adik pulang ke rumah untuk mengambil pakaian dan sedikit
makanan. Kini hanya tinggal aku dan abah. Aku duduk di atas sofa bertentangan
dengan abah. Dari sini aku boleh melihat abah dengan jelas.
Aku mengeluarkan sebuah novel bertajuk I Am Number Four. Sudah
lama aku membelinya namun tiada kesempatan untuk membaca.
“ Syah…” Aku tersentak
apabila mendengar suara lemah abah memanggil perlahan. Aku bergegas ke arah
abah.
“ Ya abah, Aisyah kat sini!” kataku sambil menggenggam tangan
abah.
“ Abah…ta..hu..se..gala..nya…” kata abah dengan suara yang
tersekat-sekat.
“ Aisyah minta maaf abah,” ucapku. Air mata sudah mengalir
perlahan.
“ Tak…apa..mung..kin..bukan..jodoh kamu…” kata abah lagi.
“ Abah, rehat dulu nanti kita berbual lagi. Sekarang yang penting
abah kena sihat sepenuhnya. Abah tahu kan Aisyah perlukan abah!” kataku sambil
mengelap air mata. Abah tersenyum lesu sambil mengganguk.
Aku membetulkan bantal abah. Abah melelapkan mata sekali lagi. Aku
hanya memerhati keadaan abah.
‘ Abah, cepat sembuh ya! Aisyah ada banyak cerita nak beritahu
abah,’ desis hatiku.
Aku duduk di sofa tadi. Aku meneruskan pembacaanku. Tiba-tiba telefon
bimbitku berbunyi.
Cepat-cepat aku keluar dari bilik abah kerana bimbang mengganggu
lena abah.
“ Assalamualaikum,” ucapku ketika menekan butang hijau.
“ Ha, kau dah dapat apa yang aku nak tu?” tanya sesorang.
“ Apa maksud…ibu?” tanyaku. Blur.
“ Aku dah beritahu bapa kau pasal hal ni! Tak kan kau tak tahu
kot,” kata ibu lagi.
“ Hal apa ni ibu? Saya tak faham…” balasku.
“ Apalah bodoh sangat kau ni ha?!” bentaknya.
“ Ibu, saya betul-betul tak faham apa yang ibu maksudkan…” aku
menguatkan suara. Ish ibu ni, aku yang bodoh ke dia yang bodoh sekarang ni.
“ Aku nak semua duit yang ada dalam akaun kau dan Azhar!” katanya.
“ Apa ibu?!” Aku terkejut. Gila apa? Yang tu duit aku dan Abang
Azhar. Suka-suka hati dia saja nak.. Lagipun itu merupakan harta sepencarian
aku dan Abang Azhar.
“ Kau ni pekak ke?” tanya ibu.
“ Tu duit saya dan Abang Azhar! Kenapa saya mesti serahkan pada
ibu? Ini tak masuk akal!” kataku.
“ Hei bodoh, aku kata bagi kau bagi sajalah! Banyak tanya pula…”
bentak ibu.
“ Itu duit saya, harta sepencarian saya dengan Abang Azhar! Ibu
tak boleh ambil!” balasku. Geram!
“ Aku dah suruh Azhar keluarkan duit tu, tapi dia kata dia
perlukan tandatangan kau juga! Kalau tak aku tak hingin nak telefon kau la!”
marah ibu.
“ Duit tu harus dibahagi dua! Bukan mudah saya hendak berikan pada
ibu !” bentakku lagi.
“ Duit tu bukannya banyak mana pun! Sepuluh ribu saja kan? Itu pun
nak berkira ke ?” ucap ibu. Kata-kata ibu membuatkan hati aku semakin panas.
Tak lama lagi bakal meletup!
“ Tak banyak? Kalau saya minta pada ibu, sampai mati pun ibu tak
akan bagi kan ?
Begitu juga saya! Dan saya tetap dengan prinsip saya. Suka-suka
hati saja nak duit saya, ibu ingat ibu tu siapa?!”
“ Kau memang kurang a…” belum sempat ibu meneruskan kata-katanya,
aku matikan panggilan telefon tersebut. Makin lama aku bersembang dengan ibu,
aku boleh kena serangan strok terus!
‘ Mungkin…Ini yang menjadi penyebab abah terkena serangan jantung?
Allahurabbi!’ desis hatiku.
Sebelum masuk ke bilik abah kembali, aku lihat mama datang membawa
sebuah beg bersaiz sederhana dan beberapa bungkus plastik.
Aku membantu mama membawa barang-barang yang dibawanya.
“ Mana adik ma?” tanyaku apabila kelibat Amina.
“ Dia sibuk nak bersiap untuk esok. Esok dia ada kem dekat
sekolah, itu yang mama tak bagi dia ikut. Cukuplah kita berdua di sini, lagipun
abah dah stabil kan…” kata mama sambil beriringan masuk ke dalam bilik abah.
“ Ma...” panggilku perlahan. Aku rasa sudah tiba masanya aku
ceritakan segalanya pada mama.
Aku tidak sanggup lagi berdiam diri. Aku sudah boleh menerima
takdir Allah. Aku tahu, Allah telah menetapkan yang terbaik untuk aku. Kini,
masanya untuk mama dan ahli keluargaku turut menerima takdir yang ditetapkan
untukku.
“ Mana Azhar?” tanya mama.
“ Aisyah nak cakap sikit…” kataku sambil menarik tangan mama ke
arah sofa. Aku berdua melabuhkan punggung di sofa itu.
“ Apa dia sayang, cakaplah?” tanya mama. Tenang.
“ Sebenarnya…” aku berjeda. Mengumpul sedikit kekuatan untuk
meluahkan segalanya pada mama.
“ Sebenarnya apa? Aisyah jangan buat mama tertunggu-tunggu,”
“ Aisyah dan Abang Azhar dah…bercerai!” kataku.
“ Astagfirullahalazim! Aisyah tahu kan, bercerai itu perkara yang
paling dibenci Allah? Kan mama dah kata, kalau ada masalah bincang dulu. Jangan
ambil langkah terburu-buru!” kata mama setelah mendengar ceritaku. Nada suara
mama aku sudah mengerti. Dia berada dalam keadaan marah.
“ Mama, bukan Aisyah yang mahukan penceraian ini! Tapi, abang
Azhar sendiri!” tambahku. Aku ingin mama tahu perkara sebenarnya.
“ Jadi?” tanya mama perlahan. Mungkin mama sudah boleh bertenang
dan berfikiran rasional.
“ Abang Azhar ceraikan Aisyah kerana Aisyah mandul ma!” ucapku
perlahan. Air mata sudah mengalir deras.
“ Ya Allah!” Mama terjerit namun dia lantas menutup mulutnya.
Bimbang abah terjaga.
“ Aisyah yang salah ma, Aisyah tak mampu nak mengandungkan anak
Abang Azhar,” aku mula teresak-esak.
Mama memelukku dan menggosok belakangku. Memberi sedikit kekuatan.
“ Tak sayang, rezeki anak itu Allah yang tentukan! Mungkin Azhar
bukan jodoh Aisyah. In sha Allah…Mama dan abah akan mendoakan yang terbaik
untuk Aisyah!” mama membisikkan kata-kata yang menaikkan semangatku. Kata-kata
yang sama oleh mama dan abah. Mungkin Azhar bukan jodohku. Ya, Aku redha…
Tiba-tiba aku terdengar suara abah.
“ Aisyah…”
Sebenarnya selalu jadi SR jer... cerita ni best.... teruskan berkarya.....
ReplyDeleteAisyah, move on dgn kehidupan masa depan dan tinggalkan masa silam yg dicemari oleh tindakan biadap Azhar...
Go for the handsome doctor....Hihihi....
terima kasih sudi baca. walaupun jadi SR ja. hihi.. ye ke kena pergi kepada doktor ? ada laki lain kot....
Deleteteruskn usaha...chaiyokk
ReplyDeleteterima kasih. yeay! Chaiyokk~
Deletealahai dik...jgn sedih dik...pengkomen2 tgh syiok berlibur dik...skrg ni kan cuti sekolah dik...itu yg sunyi aje... tak pe kaka ada n ramai lg yg SR tuh...
ReplyDeletehuhhh...muka tak malu betul mak si azhar nih... mak ngan anak prangai sama sgt azab meloyakan smpai nak muntah ijau kaka ngan org tua tak sedor diri nih...bagus aisyah jgn kasi muka lagi kat dorang...sila lawan bermati-matian biar hanya tinggal spender sehelai saja kat azhar keparat tuh...
alahai kak nora, tinggal spender je? Kejam sangatlahhh..
DeleteAnother sr ..... fighting aisyah....
ReplyDeletethanks dear :)
Deletebest best best
ReplyDeleteye ke best ? tak tipu kan ni ? Haha, thanks dear :)
Deleteendbie : (Y)
ReplyDelete( Peace )
Deletebest..cepat2x sambung ye...
ReplyDeleteSabo ya..dah ada bab baru ni. cuma tak upload ja lagi.
DeleteGo Aisyah pertahankan hak anda. Senang2 dia aje nak duit orang.
ReplyDeletetulah. nak duit orang je tau..
DeleteNak lagi.
ReplyDeleteTeruskan hidup Aisyah .... pertahankan hak dan harta sepencarian... terus panvdang kehadapan... mungkin sinar bahagia menanti....
ReplyDelete