Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Thursday 5 November 2015

SURAT CINTA UNTUK KALIAN.

Assalamualaikum pembaca pembaca setia blog Efdy. Masya Allah. Dah lama rasanya Efdy tak update blog. Hampir setahun rasanya. Pelik rasanya bila update blog. Yelah, ada lagi ke pembaca blog ni and lepas update dua hari lepas. Memang blog ni masih ada pembaca nya. Allahurabi. Terima kasih kerana masih mengikuti blog Efdy. Maaf ya pembaca yang setia mengikut Mencintaimu kerana agamamu. Biar betul Efdy ni! Setahun sekali update haha. 😂Maaf ya semua. Maaf sangat2. Lepas habis exam tahun lepas, terus fokus untuk bisness Efdy. Bisness apa? Alhamdulillah bisness kecil-kecilan saja. Doakan saya ya. In sya Allah, lepas ni saya akan cuba sedaya upaya utk update Mencintaimu kerana agamamu. Masih ada ke orang yang baca kisah Aisyah dengan Nazrul ni? Ataupun patutkah Efdy buat e-novel baru dan update setahun sekali lagi? 😂 maafkan Efdy lagi sekali. Semoga berjumpa lagi.

Wednesday 4 November 2015

Aku Mencintaimu Kerana Agamamu Bab 28

                                                                                   
  " Saya dengan Aisyah macam tulah pak cik,
tak ada apa yang menarik. Saya cuba nak berkenalan dengan dia tapi dia macam membina tembok antara kami. Bukan kerana ikhtilat pak cik, tapi lebih kepada menutup pintu hati dia," jelas Doktor Nazrul. Aisyah di dapur memberi respon dengan menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju..

' Saya ni jandalah Doktor oi! Awak tahu tak kenapa saya diceraikan? Saya diceraikan kerana saya mandul! Memang sudah terbukti yang saya ni mandul... Abang Azhar dah ada isteri baru! Siap dengan mengandung lagi. Terang lagi bersuluh, memang tepat keputusan Abang Azhar untuk menceraikan saya kerana saya mandul! Tolonglah Nazrul, saya tak mahu beri awak harapan... Saya takut!' detik hati Aisyah. Air mata mula bertakung menandakan sebak mula menguasai hati.

Tiba-tiba bahu Aisyah dipeluk dari belakang. Air mata yang ditahan sebentar tadi mula menitis satu persatu. Aisyah tahu, mamanya mahu memberi sedikit kekuatan. Kekuatan yang kadang-kadang membuatkan Aisyah rasa bersalah kerana menconteng arang ke muka mereka dengan diceraikan.

" Aisyah, mama rasa Aisyah patut terus terang dengan Nazrul. Jangan biarkan Nazrul berharap dengan kamu," kata Mama

" Tapi ma, Aisyah tak pernah bagi harapan pada Doktor Nazrul ma. Bagi Aisyah ma, dia terlalu sempurna ma. Everything about him is to perfect for me ma,"
Kataku.

Mama memalingkan wajahku ke arahnya. Kami bertentang mata. Aku lihat wajah suci mama juga sebak.

" Aisyah, lupakan kisah lama. Buka buku baru. Jangan biar buku lama pengaruhi hidup kamu." Kata mama sambil mengelap air mataku. Namun, sebak masih menguasai diri. Aku tak kuat ma.

" Aisyah!" Laung Encik Awi.

" Ya bah." Sahutku sambil mengelap sisa air mata dan membetulkan tudungku.

" Nazrul dah nak pergi kerja ni, tolong hantar dia sampai kereta dia. Abah dah mengantuk ni," kata abah.

' Alamak abah ni, anak abah ni dah la segan dengan dia. Abah suruh macam-macam pula. Aduh'

" Tak apalah pak cik, tak payah susah-susah," kata Nazrul sambil menuju ke pintu keluar selepas bersalam dengan abah. Nazrul mengucapkan terima kasih pada Mama sambil mengutuskan senyum. Kalaulah, kalaulah aku bukan janda.

" Doktor Nazrul, saya temankan sampai kereta ya," kataku. Mengalah setelah Abah menjelingku.

Aku menghantarnya betul-betul depan keretanya. Alah dekat pintu pagar saja. Bukannya jauh 4 kilometer.

" Um, doktor. Terima kasih sebab hantar saya balik. Walaupun, yalah sebenarnya saya boleh balik sendri." Kataku sambil memerhatikan wajahya. Amboi.

" Sama-sama kasih. Aisyah, saya ada satu permintaan. Saya harap sangat awak boleh tunaikan permintaan saya," kata Doktor Nazrul.

" Permintaan apa?" Tanyaku.

" Tolong..."