Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Friday 12 December 2014

Aku Mencintaimu Kerana Agamamu Bab 26

Assalamualaikum semua pembaca Efdy. Alhamdulillah kini Efdy kembali setelah hampir setahun mendiamkan diri. Maafkan Efdy kerana membuatkan anda semua tertunggu. Dan terima kasih kerana masih setia membaca hasil nukilan saya yang tidak seberapa ni. Tinggalkan komen ya :)



Aisyah buntu. Puan Qariha tersenyum simpul.

" Macam mana Puan kenal Nazrul? Maksud saya, Doktor Nazrul?" tanya Aisyah.

" Dia..." kata-kata Puan Qariha terhenti apabila beberapa orang guru ingin bergambar dengannya.

Majlis perpisahan tersebut berlalu dengan begitu saja. Tanpa penjelasan daripada Puan Qariha. Siapa Nazrul pada Puan Qariha? Tak kanlah...

Aisyah memandu kereta Myvinya menyeberang jambatan Pulau Pinang yang pertama. Keadaan jalan agak sesak kerana sekarang waktu kemuncak. Jalan jem semua!

Aisyah termenung. Dia terfikir sejenak.

" Tak kan aku cemburu dengan kebahagian Abang Azhar? Ahh, tak mungkin!" bebel Aisyah. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.

" Kalau dia bahagia dengan isteri baru dia tu, buat apa aku nak kenangkan lagi kisah kami?"

" Aku dah penatlah! Abang Azhar, Abang Azhar Abang Azhar! Tak ada orang lain ke diorang nak kaitkan dengan aku. Past is past!" kata-kata Aisyah menimbulkan kemarahan di hatinya sendiri.

Kereta belakang mula menekan hon beberapa kali apabila Aisyah langsung tidak bergerak sejak tadi. Ralit bermain dengan perasaan. Sebab itulah kereta susah sangat nak bergerak. Biasalah perempuan, memang banyak perkara yang nak difikirkan. Aisyah terkejut. Dia terus menekan minyak dan bergerak dengan kelajuan sederhana. Jem mula beransur reda.

" Ya Allah, aku serabut. Betulkah apa yang aku buat ni? Atau memang betul sebenarnya aku sedang melarikan diri? Melarikan diri daripada realiti yang harus aku telan?" tanya Aisyah pada dirinya.

Radio yang menyanyikan lagu sejak tadi langsung tidak menarik perhatiannya. Yang pasti, dia sedang membawa keretanya menuju ke sebuah masjid berdekatan. Azan sudah berkemundang menandakan waktu Maghrib sudah tiba.

Dia memakirkan keretanya di tempat parking di perkarangan masjid. Langkah diatur dengan perlahan menuju dalam rumah Allah.

Setelah selesai solat, dia berdoa panjang. Banyak yang perlu dia adukan kepada Allah. Memohon agar diri diberikan petunjuk dan kekuatan untuk menjalani hari-hari yang mendatang.

Aisyah melangkah keluar daripada masjid. Dia melabuhkan punggung di atas bangku di sebelah masjid. Menunggu untuk beberapa minit bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Jalan ke rumahnya merupakan salah satu jalan utama, balik ketika waktu Maghrib ini memang menguji kesabaran. Jem teramatlah panjang! Penat.

Dia membelek telefon bimbitnya yang dibiarkan sejak pulang dari sekolah. Kebanyakan Whatapps daripada anak-anak muridnya yang berkongsi gambar yang mereka tangkap bersama-sama tadi sebelum berpisah.

'Belum sehari berpisah, aku sudah mula merindui mereka. Dua tahun aku mengajar di kelas yang sama. Murid-murid yang sama. Sudah tentu aku rapat dengan mereka,' getus hati Aisyah sambil membelek gambar tersebut.

" Assalamualaikum," suara garau seseorang memberi salam.

Aisyah terkejut. Alamak, ni hantu ke manusia. Waktu Maghrib macam ni memang banyak hantu jembalang. Tapi, agak-agak ah takkan dekat masjid pun ada hantu.

' Wait-wait, sejak bila hantu pandai bagi salam ni? Confirm manusia punya. Apa yang bodoh sangat kau ni Aisyah!' detik hati Aisyah. Mengumpul kekuatan dan...

" Waalaikumussalam," jawab Aisyah sambil memalingkan wajah ke arah suara memberi salam itu tadi. Dia terpana. Sungguh-sungguh terpana.

" Dok..dok..tor Nazrul!" Aisyah terkedu.

Penampilan Doktor Nazrul sangat berbeza. Sumpah! Berbeza. Mukanya nampak sangat bercahaya.
Jubah berwarna koko gelap itu menyerlahkan kulitnya yang putih kemerah-merahan itu. Serban di kepalanya dibalut dengan kemas. Membuatkan Aisyah tidak lepas daripada memandang wajah tersebut.

'MasyaAllah, indahnya ciptaanmu Ya Allah!' detik Aisyah. Mata Aisyah masih tidak dapat berpaling ke arah lain. Tiba-tiba dia tersedar. Aisyah cepat-cepat menundukkan pandangannya. Tangannya diletakkan di atas dada. Cuba menahan debar yang tiba-tiba merasuk hati.

" Aisyah buat apa kat sini?" tanya Doktor Nazrul sambil tersenyum. Masih mengekalkan jarak mereka.

" Doktor ni, soalan cepu emas betul!" jawab Aisyah sinis. Soalan apakah ini? Ni kan masjid.

" Maksud saya, kenapa Aisyah tak balik rumah lagi? Tak manis rasanya perempuan duduk di sini sendirian. Bahaya!" kata Doktor Nazrul.

" Saya nak elakkan jem.... So, saya tunggu kejaplah dekat sini lepas solat tadi!" jelas Aisyah.

" Oh... dah alang-alang kat sini, apa kata tunggu Isyak sekali? Pihak masjid adakan program ceramah selepas Isyak nanti. Memang confirm tak jem balik lepas Isyak nanti!" kata Doktor Nazrul bersungguh-sungguh.

" Tapi doktor, saya takut pula nak drive balik nanti. Dah lewat!" kata Aisyah. Em, Aisyah teringin sebenarnya. Sudah lama rasanya dia tidak menghadiri aktiviti keagamaan seperti ini. Ya Allah... Sesungguhnya aku lupa denganMu!

" Tak apa, nanti saya hantar awak balik," pelawa Doktor Nazrul.

" Han...han..tarr?" tanya Aisyah sekali lagi.

" Ni mestilah salah faham lagi, saya naik kereta saya, awak naik kereta awak. Nanti saya follow awak sampai awak selamat sampai rumah ok?" kata Doktor Nazrul. Senyuman tak pernah lekang daripada bibirnya. Aisyah tertawa sendiri. Memang sah, salah faham.

" Tak menyusahkan doktor ke?" tanya Aisyah. Dia tidak suka menyusahkan orang sebenarnya. Sejak kecil dia sudah diasuh agar tidak menyusahkan orang lain.

" Em.. Nope!" katanya selamba. Keputusan sudah dibuat. Aisyah tekad.

Aisyah masuk semula ke dalam masjid. Doktor Nazrul sudah meghilang ke bahagian lelaki. Aisyah duduk dan mengambil senaskhah Al-Quran. Dia memeluknya perlahan.

' Ya Allah, lindungilah hati aku daripada mencintai lelaki ini! Sedarkanlah aku, aku tidak layak dengannya!' doa Aisyah dalam hati. Cuba membina tembok antara hubungan mereka berdua.




2 comments: