Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Friday 5 December 2014

Aku Mencintaimu Kerana Agamamu Bab 25

Aku tertanya sendiri. Perlukah aku menjawab panggilan yang langsung tak terduga ini? Ya Allah, kuatkah aku untuk menghadapi kata-katanya lagi ? Aku sudah penat nak melayan karenah Abang Azhar yang langsung, aku tak mengerti. Ah.. Perangainya sudah berubah sejak dia bertemua wanita lain. Kenapa aku perlu ingat pada dia? Ingat kepada orang yang langsung tidak menggingati aku.

Bismillahirahmanirahim.

" Assalamualaikum," ucapku setelah mengumpul sedikit kekuatan. Ya, aku perlu berani!

" Engkau ni memang degil kan ? Aku dah cakap, pasal duit tu tak payah bawa ke mahkamah. Selesaikan di luar saja! Menyusahkan betullah kau ni! Aku nak pakai duit tu sekarang. Bini aku nak bersalin. Aku perlukan duit tu!" kata Abang Azhar. Aku terkedu. Serangannya yang bertubi-tubi membuatkan aku lemah. Allahurabbi.

" Sekurang-kurangnya awak jawablah salam saya dulu,'' bidasku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan bangun serta membawa diri ke dalam bilik. Abah dan adikku ditinggalkan di ruang tamu. Aku tudak mahu abah mendengar perbualan kami. Nanti makin bimbanglah abah.

" Aku tak ada masa nak jawab salam kau tu, jawab salam tu tak penting! Yang penting sekarang aku nak duit tu!" ucapnya hampir menjerit di telingaku.

" Sudah terlambat awak. Kita tunggu saja keputusan mahkamah nanti. Biar saja mahkamah tentukan segalanya!" kataku. Tekad. Semuanya harus diselesaikan di mahkamah. Aku takut. Abang Azhar boleh lakukan apa sahaja untuk buat hajatnya tercapai. Tambah-tambah pula hal yang berkaitan dengan wang ringgit! Betullah kata orang, demi duit manusia sanggup buat apa sahaja.

" Kau ni mema,,," sebelum Abang Azhar sempat memakiku , aku segera memutuskan talian.Tak sanggup mendengarnya lebih lama. Cukuplah ibu dan abang Azhar memakiku selama ini. Aku tidak sanggup menerimanya lagi. Aku sudah penat dengan kata-kata kesat mereka dan fitnah yang ditaburkan oleh mereka selepas penceraianku itu.

Aku keluar daripada bilik dan terus ke ruang tamu dan menyiapkan tugasan yang diberi. Abah sudah masuk ke bilik. Adik pun. Yang penting aku harus menyiapkan kerjaku yang tergendala tadi. Biarlah Abang Azhar dan masalah-masalah yang berlaku di sekelilingku.

*******

Para pengawas mula mengedarkan kertas peperiksaan kepada murid-murid yang bakal mengambil SPM di sekolah Aisyah. Aisyah memerhatikan anak-anak muridnya dari luar dewan.

" Ya Allah, permudahkan mereka menjawab soalan.." sempat Aisyah berdoa.

" Pelajar tidak dibenarkan keluar dari dewan 30 minit pertama dan 30 minit terakhir," kata Ketua Pengawas.

" Baiklah, kamu dibenarkan membuka kertas soalan dan mula menjawab sekarang," arah Ketua Pengawas lagi.

Kertas SPM Bahasa Melayu menjadi kertas pertama bagi calon SPM tahun ini. Sebagai guru Bahasa Melayu, Aisyah turut merasai getarnya. Setiap tahun begini. Tapi tahun ini sedikit berlainan. Aisyah akan bertukar ke sekolah lain tahun depan. Jadi, hari ini merupakan hari terakhir dia bertemu dengan murid-muridnya dan rakan-rakan sekerjanya.

Murid-murid mula beransur keluar dari dewan setelah kertas peperiksaan selesai dikutip dan pelajar dibenarkan keluar. Mereka berkumpul di tepi dewan. Ya, untuk bertemu dengan guru Bahasa Melayu mereka. Puan Aisyah.

" Cikgu, soalan tadi senang sangat cikgu! Pejam mata pun boleh buat," kata Mei Li sampil tersenyum. Senyumnya tampak menyakinkan. Mungkin ini merupakan salah satu petunjuk bahawa tahun ini ramai pelajar yang akan lulus dengan cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu...

" Baguslah kalau kamu rasa soalan itu senang! Lega hati cikgu. Cikgu doakan semua dapat keputusan yang cemerlang ya!" kata Aisyah. Air mata mula bergenang. Rasa berat hati pula ingin meninggalkan pelajar-pelajarnya.

" Amin... Terima kasih cikgu!" sahut pelajar-pelajarnya sambil mengaminkan doa cikgu mereka.

" Baiklah, cikgu nak beritahu kamu sesuatu. Hari ini merupakan hari terakhir kamu bertemu dengan cikgu. In sya Allah, cikgu akan berpindah ke Sungai Petani mulai tahun depan." kata Aisyah.

" Ala... cikgu! Nanti kami tak boleh jumpa cikgu dah la ya ? tanya Imran. Ketua pengawas.

" Kamu pun, lepas SPM ni  mesti dah ada hala tuju masing-masing! Ada yang nak kerja... Ada yang nak sambung belajar... Ada yang nak kahwin kan?" kata Aisyah sambil tersenyum simpul.

" Tapi cikgu, kalau kami rindu macam mana?" tanya Mei Li. Dia merangkul tangan Aisyah sambil mengedipkan matanya.

" Kalau kamu semua rindu cikgu, kamu boleh Whatapps cikgu. Tak pun kamu telefon saja cikgu! In sya Allah kalau tak ada apa, cikgu mesti layan kamu punyalah!" balas Aisyah. Mula menahan sebak yang mula merantai hati.

" Yeayyy!"

Semua pelajar-pelajar perempuannya memberi pelukan terakhir kepada Aisyah. Aisyah menahan diri daripada menangis. Dia terlalu banyak menangis tahun ini. Moga tahun depan dia akan menemui kebahagian yang dia inginkan. In sya Allah. Semuanya dengan izin Allah.

" Cikgu doakan yang terbaik ya!" kata Aisyah sebelum meninggalkan anak-anak muridnya.

*******

Suasana di bilik guru agak meriah. Jamuan perpisahan untuk beberapa orang guru yang bakal berpindah diadakan. Semua guru berkumpul di bilik guru tersebut termasuklah pengetua.

Setelah pengetua memberi ucapan perpisahan Aisyah dan guru-guru lain mula mengambil makanan. Sejak pagi tadi Aisyah belum menjamah sebarang makanan. Perutnya mula berbunyi.

Dia mengambil tempat di mejanya. Cikgu Rogayah dan Cikgu Wani turut mengambil tempat mereka.  Setelah selesai membaca doa makan, Aisyah mula menjamah bihun goreng yang diambilnya tadi.

" Aisyah, awak pindah pergi mana?" tanya Cikgu Rogayah sambil mengunyah karipap.

" In sya Allah, kalau tak ada aral saya akan pindah ke Sungai Petani," jawab Aisyah.

" Melarikan diri ke?" tanya Cikgu Wani pula.

Aisyah mengerutkan mukanya. Mulutnya berhenti mengunyah. Cuba menghadam kata-kata Cikgu Wani tadi. Melarikan diri ? Daripada siapa pula ni!

" Apa maksud cikgu Wani ni?'' tanya Aisyah.

" Yelah, suami awak kan opps bekas suami awak tu kan dah kawin lain! Isteri dia yang baru ni dah mengandung... Subur betul! Mestilah awak cemburu kan... Sebab tu awak nak balik Sungai Petani! Awak tak boleh terima hakikat yang bekas suami awak tu dah bahagia," kata Cikgu Wani selamba.

" MasyaAllah Cikgu Wani, tak pernah terdetik pun di hati saya nak cemburu dengan kebahagian Abang Azhar. Saya bersyukur sangat sebab dia bahagia sekarang ni! Tak ada maknanya saya nak larikan diri..!" tegas Aisyah. Marah mula meluap dalam hatinya.

" Eleh boleh percaya ke?" tanya Cikgu Wani sambil mencebikkan bibirnya.

" Saya tak perlu nak jelaskan apa-apa pada Cikgu Wani!" Aisyah bangun dari tempat duduknya dan menuju ke meja lain. Aisyah duduk di tepi pengetua.

" Aisyah, kenal Doktor Nazrul?" tanya Puan Qariha selaku pengetua di sekolahnya. Mujurlah cikgu lain masih mengambil makanan. Hanya Puan Qariha dan Aisyah saja yang berada di meja berkenaan.

" Mestilah kenal, Puan! Dialah doktor yang menyelamatkan abah saya hari tu," jelas Aisyah.

' Hah? Doktor Nazrul? Macam mana Puan Qariha kenal Nazrul? Macam mana Puan Qariha tahu aku kenal Nazrul...' bentak hati Aisyah. Apa yang cuba Puan Qariha sampaikan?

Aisyah buntu.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa tinggalkan komen ya ! Luv yaaa :)

1 comment: