Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Saturday 20 December 2014

Aku Mencintaimu Kerana Agamamu Bab 27

Assalamualaikum semua. Bab baru dah keluar. Jangan lupa tinggalkan komen ya :)
Sayang semuanya!


" Terima kasih Ustaz atas ilmu yang disampaikan, Semoga ilmu yang dikongsi boleh dijadikan tauladan dalam hidup kita, Insya Allah. Pihak Masjid Al-Raudhah mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi AJK masjid kita, Doktor Nazrul kerana sudi menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan lagi masjid kita. Walapun sibuk dengan tugas di hospital, beliau tetap meluangkan masa untuk bersama kita," kata seseorang setelah Ustaz Riduan selesai memberikan ceramahnya.

Aisyah terpaku. Pengerusi masjid? Zaman sekarang adakah pengerusi masjid yang muda macam tu? Selalunya, pengerusi masjid ni orang yang agak berumur.

" Doktor Nazrul ni kacak orangnya, sudahlah berbudi bahasa, perkerjaan pun terjamin. Aduh, memang sesuai untuk dijadikan menantu Limah oi!'' kata seorang mak cik yang sedang melipat kain telekungnya. Aisyah turut melipat telekung yang dipakainya tadi. Dimasukkan dengan perlahan ke dalam beg telekung.

" Memanglah Yah, tapi anak kita manalah padan dengan si Nazrul tu... Sempurna sangat! Anak kita tu, aurat pun payah nak jaga. Apatah lagi nak jaga laki yang sempurna macam tu. Malulah Yah oi!" kata mak cik yang seterusnya.

Aisyah mengiakan segalanya.

' Aku ni lagilah tak layak dengan Doktor Nazrul tu. Bagai langit dengan bumi! Aku ni dah la janda, mandul pula tu!'  detik Aisyah.

Aisyah keluar dari masjid dan membawa diri ke keretanya. Dia  memerhati sekeling. Kelibat Doktor Nazrul masih lagi belum kelihatan. Dia bersandar di tepi keretanya setelah memasukkan beg telekungnya ke dalam kereta Myvinya.

" Maaflah buat Aisyah tertunggu! Kejap saya pergi ambil kereta saya ya!" kata Doktor Nazrul.

" Em, doktor! Tak payahlah hantar saya, In sya Allah, saya boleh balik sendiri. Nampak gaya macam ramai lagi orang malam ni!" kata Aisyah.

" Tapi Aisyah, saya dah janji nak hantar awak kan? Janji harus ditepati! Dan, awak langsung tak menyusahkan saya!" kata Doktor Nazrul sebelum berpaling dan bergegas ke arah keretanya. Aisyah tidak sempat menghalang tindakan Doktor Nazrul.

Aisyah memandu keretanya perlahan dan keluar daripada perkarangan masjid. Dia memerhatikan Doktor Nazrul yang turut mengikut keretanya dari belakang. Setelah beberapa minit perjalanan, Aisyah sampai ke rumah Abah dan Mamanya.

Aisyah keluar dari kereta, begitu juga Doktor Nazrul. Aisyah mendekati kereta Doktor Nazrul. Serban dikepalanya sudah tiada. Hanya rambutnya yang kemas serta jubah kokonya yang menjadi tatapan Aisyah ketika itu.

" Err, terima kasih ya doktor sebab hantar saya sampai rumah... Menyusahkan doktor saja!" kata Aisyah sambil menundukkan pandangannya. Malu pula!

" Tak ada apalah Aisyah, lagipun saya memang kena lalu jalan ni. Tak sangka pula, rumah kita ni sehaluan ja," kata Doktor Nazrul sambil tersenyum.

Kebetulan ketika itu, abah membuka pintu setelah mendengar enjin kereta Aisyah.  Aisyah dan Doktor Nazrul berpaling ke arah muka pintu. Abah hanya tersenyum.

' Aik abah ni, tak pernahnya sambut aku balik, kalau tidak time-time macam ni confirm dah selamat masuk alam mimpi! Ni siap tersenyum bagai. Tolong buka pintu lagi! Baiknya abah aku hari ni!' detik hati Aisyah.

" Masuklah dulu Nazrul! Buat apa berdiri kat luar tu? Mai masuk!" ajak abah. Aisyah terlopong.

' Betulkah apa yang aku dengar ni?' Aisyah memandang abahnya.

" Ha'ah Doktor Nazrul, masuklah dulu..." kata Aisyah. Terpaksa bermanis muka. Abahnya sudah menjemput, takkanlah dia sebagai anak nak menghalang kot!

" Boleh juga tu, saya bertugas 12 pagi nanti!" kata Doktor Nazrul sambil melangkah ke arah pintu.

Aisyah membuka bonetnya dan mengeluarkan bagasi serta barang-barang yang diambil dari rumah sewanya. Mulai hari ini, dia akan tinggal terus di rumah abah dan mama jadi Aisyah mengambil keputusan untuk keluar dari rumah sewanya secepat mungkin.

" Biar saya tolong!" kata Doktor Nazrul sambil mengangkat beberapa buah kotak yang diisikan dengan buku-buku rujukan dan novel.

" Tak payah..." belum sempat Aisyah menghabiskan kata-katanya, Doktor Nazrul sudah menghilang daripada keretanya. Aduh. Malunya.

Aisyah menutup bonet kereta Myvinya dan menguncinya. Dia mengheret bagasinya yang sederhana besar menuju ke arah pintu rumahnya. Aisyah meletakkan bagasinya di tepi sebuah sofa yang ada di ruang tamu.

Aisyah kemudiannya melabuhkan punggungnya di sofa yang bertentangan dengan abahnya. Abah begitu rancak berbual. Mama kemudiannya menghidangkan secawan kopi kepada Doktor Nazrul bersama Kuih Cara Berlauk. Melihat Kuih Cara Berlauk tu menyedarkan Aisyah bahawa dia belum lagi menjamah makanan setelah pulang dari jamuan petang tadi. Lapar...

" Encik Awi, macam mana keadaan Encik sekarang," tanya Doktor Nazrul. Aisyah sudah membawa diri ke dapur. Membiarkan mereka berdua untuk berbual. Man to Manlah katakan. Eceh.

" Alhamdulillah, makin sihat rasanya. Dah tak lemah macam dulu. Aduh, tak payahlah ber'encik' dengan pak cik... Panggil pak cik saja," kata Encik Awi.

" Alhamdulillah pak cik.. Lega saya dengar," kata Doktor Nazrul sambil tersenyum. Aisyah masih memasang telinga di sebalik tirai yang memisahkan dapur dan ruang tamu rumahnya.

' Amboi abah, macam bagi 'greenlight' nampak'

" Macam mana kamu sekarang?" tanya Encik Awi.

" Alhamdulillah, macam ni lah pak cik,"

" Ceramah apa tadi yang kamu cakapkan? Pak cik jarang dengar masjid tu buat program..."

" Ceramah sempena Maal Hijrah pak cik. Ha'ah baru nak mula sikit-sikit... Masjid tu jarang adakan program sebab pengerusi sebelum ni jatuh sakit. Sekarang baru nak start balik. Nanti ada masa, pak cik datanglah. Ada banyak lagi program sepanjang bulan ni. Nanti saya Whatappskan program tersebut pada Aisyah ya,'' katanya lagi.

' Eh, bila masa pula aku bagitau abah aku dengar ceramah. Eh tapi bukan abah kata Nazrul ke yang cakap, eh bila masa pula dia cakap ni. Ehhh,' Aisyah membebel sendirian.

" Bagus juga tu, dah nak dekat cuti sekolah ni. Bolehlah ajak Si Aisyah semua pergi," kata Encik Awi.

" Lagi ramai lagi bagus pak cik. Boleh sama-sama kita kongsi ilmu, In sya Allah,'' kata Doktor Nazrul sambil menghirup kopi panas yang dihidangkan tadi.

" Macam kamu dengan Aisyah?" tanya Encik Awi tiba-tiba. Aisyah yang masih memasang telinga terpana. Gila direct soalan abah.

" Em..." Doktor Nazrul berdehem perlahan sebelum menyambung kata-katanya.

" Saya..."

No comments:

Post a Comment