Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Saturday 14 December 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu bab 23

Assalamualaikum. Ni entry terakhir dari Efdy. 

Eh..Eh.. bukan dah berakhir. Cuma berakhir untuk minggu ini. 

Esok Ahad, so kena balik kampung. Kita jumpa lagi minggu depan ya. 

Jangan lupa komen. Oh kalau pendek., saya dah tahu nak panjangkan macam mana lagi. 

Selamat Malam.




Aku pening. Nak jawab ke tak nak ni ha ?

Tak jawab, takut ada perkara penting...

Nak jawab, tapi malulah pulak! Aduh..

Jawab ke tidak?

Tak payahlah. Biarlah.

Akhirnya telefonku senyap. Haaa.. Lega!

Tiba-tiba telefonku berbunyi lagi tanda ada mesej yang masuk. Ish..

Assalamualaikum, ini sayalah Dr. Nazrul! Angkatlah fon. - Doktor Nazrul.

Aku tahulah. Hm... nak balas ke tidak ni? Balas je lah...

Waalaikumussalam, ada apa ya Dr. Nazrul? 

Tak sampai seminit mesejku di balas kembali. Amboi lajunya balas, kalah orang tengah bercintalah pulak!

Saya nak cakap dengan awak! - Doktor Nazrul

Aku terkedu. Apa hal pula nak cakap-cakap bagai ni!

Ada hal penting ke yang perlu saya tahu? Kesihatan abah saya ok kan? - balasku.

Tapi kali ini si dia tidak membalas. Tapi dia tetap mencuba. Mencuba untuk kali yang kedua.

Kali ini, aku terpaksa angkat.

" Assalamualaikum," sebagai pembuka bicara dari sebelah sana. Ya Allah. Kenapa suara Doktor Nazrul ni lembut semacam ni. Kuatkan imanku Ya Rabbi.

" Waalaikumussalam Doktor, ada apa ya?" tanyaku.

" Em.. maaflah sebab saya minta nombor awak dari abah awak," katanya berterus-terang.

" Tak apa, mungkin ada perkara penting yang awak nak beritahu saya," sambungku.

" Sebenarnya Cik Aisyah, saya..." dia berjeda seketika.

" Saya apa doktor? Jangan la buat saya tertunggu macam ni," kataku. Buat saspens je lah doktor ni.

" Saya nak berkenalan dengan awak," jelasnya.

" Apa?!" aku terjerit perlahan. Biar betul. Pertama kali aku jumpa lelaki yang berterus terang macam ni.

" Cik Aisyah, saya betul-betul ikhlas nak kenal dengan Cik Aisyah!" sambungnya lagi.

" Tapi..." kataku...

" Saya tahu kisah awak, tapi tak salahkan kalau awak buka pintu hati awak untuk lelaki lain?" tanyanya lagi.

" Saya belum bersedia untuk terima mana-mana lelaki dalam hidup saya buat masa sekarang," kataku.

" Ambil masa awak Cik Aisyah, saya sanggup tunggu!"

Aku terkedu. Biar betul Doktor ni ! Aku tengah bermimpi di siang hari ke?

" err, Cik Aisyah..Saya ada patient, nanti kita sembang lagi ya. Fikirkan dulu ya, Assalamualaikum,"

" Waalaikumussalam," jawabku.

Telefonku ku letak di tepi katil. Aku rebahkan kepala di atas bantal. Sakit kepala mula menyerang kembali.

Kenapa dia hadir saat macam ni? Kenapa dia membuatkan hatiku meronta-ronta begini. Aku tak mungkin bersama dengannya, aku janda. Ya janda mandul!

" Ya Allah....!" jeritku perlahan. Serabut betul lah!

Tapi , patutkah aku buka pintu hatiku untuknya? Atau teruskan hidupku tanpa lelaki? Hmm....

" Kakak ! Mama panggil makan woi!" jerit Amani dari luar bilik.

Kacau betullah budak kecil ni! Aku nak layan perasaan sekejap pun tak boleh. Tudung aku buka perlahan dan letakkan di atas rak. Aku buka pintu dan melihat wajah Amani yang tersengih-sengih.

" Macam mana akak?" tanyanya. Aku tahu dah perangai budak ni ! Nak kepoh la tu! Adik siapa lah ni.

" Macam mana apa kau ni ?" aku balas dengan pertanyaan kembali. Pura-pura tidak tahu.

" Doktor kata apa?" tanyanya lagi.

" Tak ada apa, dia cakap pasal abah je," kataku sambil duduk di meja makan. Mama tengah bancuh air sirap. Bagusnya anak perempuan beliau. Seorang pun tak tolong. Hihihi..

Amani duduk di hadapanku. Dia merenungku tajam. Eleh macamlah akak takut dengan pandangan kamu tu adik oi!

" Tipu!" katanya.

" Sudah-sudah! Makan nasi tu!" arah mama. Abah pun dah basuh tangan. Apa lagi. Jum makan!

******

Setelah selesai makan tengah hari, aku membasuh pinggan yang digunakan sebentar tadi. Mama tengah mengemas dapur.

" Kakak, abah ada beritahu mama tadi," kata mama.

" beritahu apa mama?" tanyaku.

" Abah kata Doktor Nazrul minta izin abah," kata mama. Hah? Izin apa pula ni...

" Izin nak sunting kamu sebagai isteri dia," kata mama.

Pinggan hampir terlepas dari pegangan aku. Apa? Sunting?


Friday 13 December 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu Bab 22

Assalamualaikum! Apa khabar pembaca? Dah lama rasanya Efdy tak update. Biasalah sibuk sikit lately. but I try my best to keep updating my blog ok. Have fun and don't forget to comment !


Setelah selesai bersarapan, aku bersiap-siap untuk ke hospital. Baju kurung berwarna biru putih dipadankan bersama tudung akel berwarna putih. Stokin dah pakai , handsock dah. Okey , jum kita bertolak.

Sampainya di hospital aku terus mengambil nombor untuk abah. Kami kemudian tunggu di kawasan menunggu.

Pesakit lain mula memenuhi hospital. Jam mnunjukkan baru 8.30 pagi. Masih awal namun ramai yang sudah menunggu. Aku lihat beberapa orang doktor yang baru tiba. Bergayanya bukan main. Handsome pun ada juga. Tipulah , kalau korang tak pernah terpikat dengan doktor kan. Hihihi.

Tiba-tiba aku terlihat susuk tubuh yang aku kenali. Ehem, kenal ke? Tergopoh-gopoh doktor itu masuk ke biliknya. Mungkin baginya sudah lambat kot kerana ramai pesakit yang sedang menunggu di luar.

" Aisyah!" panggil abah.

" Ya abah," sahutku.

" Kamu dengar tak apa yang Amani cakap tu?" tanya abah.

Aku mempamerkan muka blur. Mana nak dengar abah, sibuk mengintai wajah kacak Doktor Nazrul tu abah.

" Amani nak kerja," kata Amani lagi.

" Hm...habis siapa nak jaga abah kalau abah sakit?" tanyaku kembali.

" Abah okey dah. Dah makin sihat," kata abah lantas tersenyum. Aku tahu, abah cuba menyembunyikan kesakitannya. Mana mungkin dia menghancurkan harapan anak kesayangan dia ni.

" Bolehla akak!" Amani memujuk lagi.

" Tanya abah, kakak tak mahu masuk campur," kataku.

" Abah..." Amani melunakkan suara. Bukan main lagi.

" Ikut kamulah Amani, kamu dah besar. Abah tak boleh nak kawal kamu sangat," kata abah.

" Yeay, terima kasih abah!" Amani memeluk abah.

" Seronok eh kau!" Aku cuma tersenyum melihat gelagat si Amani. Kami dua beradik saja. Mestilah apa yang kami ada, kami akan berkongsi.

" Abah, nombor abah la..." kata Amani apabila mendengar bunyi tintong.

Kami bertiga berjalan menuju ke bilik doktor yang telah ditetapkan. Aku memilih untuk menunggu di luar. Biar Amani saja yang menemani abah. Bukannya apa, aku terlihat Doktor Nazrul yang akan merawat abah.
Malu...

Amani menjengukkan kepalanya sedikit dari pintu dan menggamit aku ke arahnya. Aku hanya mengangkat kepala sedikit sebagai isyarat kenapa.

" Doktor nak jumpa kakak!" kata Amani sambil meloloskan diri ke dalam bilik itu kembali.

Eh? Kenapa doktor nak jumpa aku pula... Kesihatan abah tak okey ke?

Aku segera bangkit dan menuju ke bilik doktor. Pintu ku tolak perlahan-lahan. Akhirnya, aku terlihat jua.

Terlihat senyumannya yang menggoda itu. Aku lantas menundukkan wajah.

" Silakan duduk Cik Aisyah," pelawa Doktor Nazrul.

" Terima kasih," ucapku.

" Em...seperti yang saya lihat nampaknya kesihatan abah Cik Aisyah sudah semakin pulih. Namun saya nasihatkan jangan terlalu banyak memberikan tekanan kepada beliau. Saya bimbang serangan jantung akan kembali jika beliau terus menerima tekanan," kata Doktor Nazrul sambil memeriksa fail-fail abah.

" Baik, terima kasih doktor!" kataku.

" Satu lagi, pastikan beliau makan ubat mengikut apa yang telah ditetapkan dan datang lagi untuk pemeriksaan tiga bulan yang akan datang ya," sambungnya.

" Saya faham doktor,'' kataku lagi. Baru aku perasan. Abah dan Amani langsung tidak bersuara. Aku memerhati sekeliling. Eh, cuma ada aku dan Doktor Nazrul.

" Kalau tak ada apa-apa saya keluar dululah doktor. Terima kasih atas jasa baik doktor,'' kataku sebelum melangkah keluar.

" Nanti Cik Aisyah!" kata Doktor Nazrul. Aku berpaling.

" Boleh saya dapatkan nombor telefon Cik Aisyah, manalah tahu kalau Cik Aisyah ada apa hal...Boleh hubungi saya bila-bila masa!" kata Doktor Nazrul.

Eh dia yang minta nombor aku, tapi aku yang kena hubungi dia? Pelik.

" Err, tak payah la doktor. In sha Allah, tak ada apa-apa hal ya!" kataku. Gila kau nak bagi nombor lelaki yang tak kenal. Tapi...

" Kalau macam tu tak apalah Cik Aisyah, terima kasih," katanya. Aku pun keluar dari biliknya dengan selamba. Kononnya tak ada apa yang berlaku lah. Kang kena perli denga Amani pula.

" Jum balik!" ajakku.

******

Sesampainya di rumah aku merebahkan diriku di atas sofa berhadapan televisyen. Tudung pun tak sempat buka lagi. Kononnya penat sangat la kan.

" Akak , tepi sikit! Adik nak tengok The Heirs ni..." kata Amani sambil menolak badanku. Amboi main kasar nampak.

Love is the moment. 

Lagu tema The Heirs mula kedengaran apabila Amani membuka televisyen. Lee Min Ho?

" Lee Min Ho ke yang berlakon?" tanyaku apabila melihat wajah tampan itu di televisyen.

Amani cuma menggangguk.

" Tak kan kakak tak tahu? Kakak ni ketinggalan zaman betullah!" kata Amani.

" Kau ingat akak ni tak ada kerja ke lain ke?" Aku membidas. Layanlah sekali. Macam best je, macam syok je. Hihihi.

" Hah akak , Amani baru teringat! Tadikan Doktor yang kacak-comel-gebu-tinggi tu minta nombor akak dekat abah!" kata Amani sambil menonton The Heirs.

Aku yang terpesona dengan ketampanan Lee Min Ho itu hanya membiarkan saja apa yang diberitahu oleh Amani.

Wait.

" Doktor yang kacak-comel-gebu-tinggi buat apa?" tanyaku kembali.

" Dia minta nombor akak lah!" kata Amani.

" What!" aku terkejut betul ni. Bukan main-main dah ni!

" Yelah!" Amani menjawab selamba. Wajahnya tetap di kaca televisyen.

" Dah tu abah bagi tak?" tanyaku. Tapi tak ada respon. Ah, sejak bila Amani dah pandai mendera perasan aku ni?!

" Amani! Akak tanya ni!" aku mendesak lagi.

Amani akhirnya...mengangguk.

" Apa!" Aku terjerit perlahan. Tak mungkin... tak mungkin!

" Amani, baik kau bagitahu kakak betul-betul. Tak kan lah abah bagi nombor fon akak?" tanyaku untuk mendapatkan kepastian.

" Betullah!" kata Amani. Macam betul je.

Tiba-tiba telefon aku berdering. Eh, Doktor Nazrul?

Sejak bila aku ada nombor Doktor Nazrul? Sejak bila aku save nombor dia? Aku menjeling Amani. Amani tersengih.

Aku bangun dan berpura-pura ingin mencekik Amani. Budak ni melampau tau!

" Jawablah akak!" Amani berkata sambil memperlahankan suara televisyen. Amboi, apa kau ingat aku nak cakap depan kau. Sorry sikit. Haha!

Aku angkat punggung dan berlari masuk ke bilikku. Amani tersentak!

" Akak ! Amani pun nak dengar jugak!" jerit Amani dari luar bilik.

" Alah, kau tu budak-budak lagi! Tolong jangan kepoh boleh!" ayat aku sudah tunggang langgang.

Aku tarik nafas , lepas... Patut ke tidak aku angkat ni? Hmm...




Thursday 12 December 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu Bab 21





Aku sudah tekad. Tekad-setekadnya. Nyalakan azam membumbung, padukan tekad nan waja , sosongi ombak menggunung ! Menuju ke pulau cita ! Eh.. silap pula. Serius laa Aisyah oi ! Sejak bila kau jadi childish gila ni. Sedar sikit diri tu dah jadi janda okey.

" Assalamualaikum semua," aku memberikan salam setelah melabuhkan punggungku di sebelah abah. Aku macam nak berpidato pula ni. Siap bagi salam macam perempuan Melayu terakhir pula. Hihi...

" Waalaikumussalam..." balas tetamu yang memenuhi ruang tamu rumahku hari ini. Alamak nervouslah pula. Bukannya apa, aku bukannya nak terima pinangan Ustaz Habib tetapi nak reject. Aduh...

" Pertama sekali, saya harap semua orang tahu yang saya sebenarnya pernah berkahwin sebelum ini," aku menarik nafas. Cuba mencari kekuatan untuk menceritakan kepahitan yang pernah aku lalui.

" Apa?" Aku pandang wajah ibu Ustaz Habib yang terpingga-pingga. Mungkin keliru.


" Ya betul mak cik. Saya pernah berkahwin tiga tahun yang lalu. Saya sebenarnya malu untuk menceritakan mengenai aib saya sendiri namun untuk menggelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku, saya harus membuka aib saya sendiri." Aku berhenti sebentar. Menarik nafas sebentar dan cuba meneruskan kata.

" Saya seorang janda yang ditalak tiga beberapa bulan lepas.'' Akhirnya keluar juga. Alhamdulillah.

" Apa semua ini Habib?'' Bapa Ustaz Habib pula yang bertanya.

" Umi , abi...Habib betul-betul ikhlas hendak memperisterikan Aisyah," kata Ustaz Habib. Dush. Rasa tamparan hebat ke mukaku. Ikhlas? Huh...

" Maafkan saya Ustaz, mak cik dan pak cik... Rasanya saya terpaksa menolak pinangan ini. Ini semua adalah demi kebaikan semua." Aku berterus-terang.

" Tapi Aisyah, saya benar-benar ikhlas!" Ustaz Habib masih terus menerus mendesak,

" Maaf, saya tekad dengan keputusan saya kali ini. Masih terlalu awal untuk saya mulakan sesuatu perhubungan setelah bercerai ni," kataku lagi. Mengharap pengertian mereka.

" Baiklah, tapi awak akan menyesal kerana menolak pinangan saya !" Ustaz Habib cuba memberi amaran.

Semua tetamu pulang jua akhirnya. Aku masuk ke dalam bilik. Merebahkan diriku di atas katil.

Sudahlah penat memandu , sampai-sampai ja ada pulak habuan menanti. Dugaan betul.

Aku penat, penat dengan permainan lelaki-lelaki di sekelilingku. Amaran demi amaran aku terima,

Cubaan demi cubaan aku terpaksa lalui.

Akhirnya aku terlelap sendiri.


********

Setelah selesai solat subuh , aku menjenguk ke dapur. Mama tengah masak sarapan. Nak kacau rasa malas pula. Mama ni bukannya boleh orang kacau dia masak. Nanti dia berleter benda bukan-bukan.

" Aisyahhhhh ! Aminaaaa ! Haish ! Anak-anak dara aku ni, kalau aku tak menjerit memekak pagi-pagi buta ni memang tak bangun la..." Mama berleter sambil memasak nasi goreng. Haa kan aku dah kata, Mesti punya.

" Selamat pagi mama , Aisyah dah bangun la ma," kataku sambil melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan.

" Ha , kamu tu pun satu.. Kenapa lambat sangat keluar dari bilik tu, nak menggelak daripada tolong mama la tu !"

" Eh tak adalah mama, Aisyah bangun lambat tadi ma. Dengar azan baru terbangun mama," jelasku.

" Yalah mama percaya, tapi esok kamu masak sarapan pula. Mama nak rehat pula," kata mama sambil menghidangkan nasi goreng di atas meja.

" Baiklah mama. Air bagi Aisyah bancuh ya mama... Mama duduk sini!" kataku sambil menepuk-nepuk kerusi di sebelahku.

" Hmm... Kejap, mama nak pergi panggil Amani sekejap. Dah bangun ke belum budak ni," kata mama sambil menuju ke bilik Amani.

Aku segera mengambil satu jag kosong dan menuang air panas ke dalamnya, Tiga sudu besar milo dan tiga sudu besar susu turut ku bubuh. Hmm...tak payah manis sangatlah.

" Assalamualaikum..." Abah memberi salam lantas menuju ke dapur. Baru balik dari surau. Alhamdulillah, sejak pencen abah banyak menghabiskan masanya di surau. Dengan tak sihatnya tu, semua aktiviti yang dijalankan oleh pihak surau semua dia sertai.

" Waalaikumussalam abah, duduk dulu abah. Aisyah nak bancuh milo ni sekejap," kataku lantas mengacau air miloku.

Setelah selesai, aku menghidangkan di atas meja. Amani yang berjalan seiringan bersama mama turut menyertai kami.

Amani menggosok matanya , menahan kantuk.

" Kau solat tak?" tanyaku sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.

" Tak boleh solatlah akak," jawab Amani. Aku hanya menggangguk. Berpuas hati dengan jawapannya.

" Nanti teman kakak ngan abah pergi hospital sekejap," kataku. Amani hanya mengganguk.

" Sudah , makan dulu. Nanti kita sembang lain. Bacakan doa Amani," arah abah.

Aku mengerling raut tua abah. Begitulah ajarannya sejak kami kecil. Tapi aku sudah malukan abah.

' Maafkan Aisyah abah,' desis hatiku sambil menundukkan kepala dan berpura-pura menikmati hidangan. Aku menahan sebak di dada.

' Ya Allah, kuatkan aku!'


Sunday 13 October 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu Bab 20

Rasa macam nak pengsan saja sekarang ni. Wait-wait apa kata aku pura-pura pengsan macam mana? Aci tak macam tu? Aipppp ! Aisyah, behave. Behave. Tenang...

" Mama..." panggilku sayu apabila selesai aku meloloskan diri daripada rombongan tersebut. Biasalah anak dara..eh bukan anak dara dah!

" Ya sayang, kenapa? " Mama bertanya sambil aku menyalami tangannya. Ciuman di pipi tidak lupa juga diberikan.

Aku tunjukkan muka risau pada mama. Berharap agar mama mengerti apa yang aku cuba hendak sampaikan.

" Bila diorang sampai ma?" tanyaku sambil melabuhkan punggung di salah satu kerusi meja makan. Penat dah satu hal, ni pulak satu hal. Kiranya memang hari ni memang banyak hal lah! Pening.

" Baru je kejap tadi...Kenapa?" tanya mama. Mama ni tanya soalan bukan main rileks lagi. Anak dia macam dah nak tercabut jantung tengok lelaki tadi ada di rumahnya. Aduh. Tolong ! Tolong...

" Ma...Aisyah tak nak lah!" kataku tiba-tiba. Lebih baik berterus-terang. Sebelum timbul sebarang kontroversi atau sebarang spekulasi. 

" Eh... Kalau kamu tak mahu, kenapa dia datang meminang juga? " mama bertanya. Siap dengan berkerut-kerut lagi dahi tu haa.

" Sumpah ma! Aisyah tak suka dia ma. Aisyah dah kata beri Aisyah waktu..." 

" Aisyah , tak baik main dengan sumpah-sumpah nak. Tapi mama rasa dia pun okey apa. Tadi mama sempatlah bersembang dengan mak dia. Katanya kamu rakan sekerja" kata mama sambil memasukkan gula di dalam jag untuk membancuh kopi panas. 

Aku hanya mampu menggangguk. 

" Mak dia kata, dia ustaz di sekolah kamu. Alhamdulillah, kalau kamu jadi dengan dia mama bersyukur sangat. Bolehlah dia jaga kamu elok-elok. Jangan jadi macam yang dulu dah!" sambung mama lagi.

Aku segera menggeleng. Tak nak aku! Jadi isteri nombor dua. Bukannya apa. Aku bukan menentang poligami tapi aku rasa macam tak ada sebab saja dia nak kahwin dengan aku. Yelah. Well. Umm..

Aku bangun dari kerusi. Aku menarik mama perlahan. Mengambil posisi di sebelah pintu yang memisahkan ruang dapur dan ruang tamu. Aku letakkan jari telunjuk di bibirku , memberi isyarat diam kepada mama.

" Mama nampak tak perempuan berpurdah yang sedang memangku anak kecil tu?" tanyaku. Mama mengangguk tanpa mengeluarkan suara.

" Itu isteri pertama dia ma!" jelasku. Mama mengangguk lagi.

" Apa?! " mama terjerit perlahan. Aku cepat cepat tarik mama dari situ.

" kamu ni biar betul Aisyah! Tak kan lah laki orang pun kamu nak !!!! " mama memandangku. Tajam. 

" Mana ada ma! Kan tadi Aisyah dah kata , Aisyah tak nak!" Kataku.

" Astaghfirullahalazim..." mama mengosok dadanya.

" Boleh saya jumpa dengan kak Aisyah sebentar? " tiba-tiba perbualan kami  dicelah oleh suara lembut seseorang.

" Em..mak cik hantar air ini ke depan dulu ya. Kamu berdua bersembanglah." Kata mama sebelum berlalu.

" Duduklah dik." Kataku sambil mempelawa dia duduk di kerusi meja makan. Kami duduk bertentangan agar lebih mudah aku berbicara.

" Kak Aisyah, sebelum saya mulakan bicara saya. Saya minta maaf ya." Kata isteri Ustaz Habib itu.

" Eh...kenapa pula minta maaf ni. Adik tak ada buat salah apa pun dengan kak Aisyah," kataku.

" Kak Aisyah, sebenarnya saya cuba. Cuba untuk menerima permintaan Abang Habib untuk beristeri lagi. Tapi saya tak mampu," katanya lagi.

" Maksud adik?" tanyaku.

" Saya tidak redha Abang Habib menikahi Kak Aisyah. Maafkan saya, " katanya sambil bertentang mata denganku. Matanya sudah basah. Aku faham dengan perasaan yang sedang dialaminya sekarang.

" tak apa adik, kak Aisyah faham." Kataku sambil mengenggam tangannya. Bagaimana Ustaz Habib sanggup melakukannya. Oh aku lupa. Lelaki bila mahukan sesuatu pasti dia akan dapatkan juga. Seperti Abang Azhar. Ahh. Kenangan lalu.

Air matanya sudah menitis. Membasahi niqabnya. Dia membuka niqabnya dan mengelap air matanya perlahan. Aku terpana. Sesungguh begitu indah ciptaan Allah. Dia sungguh cantik. Bahkan lebih cantik daripada aku. Tapi kenapa dia sanggup....

Aku sudah membuat keputusan. Ya , aku akan 
menolak pinangan ini. Inilah lelaki. Sudah dapat yang cantik pun masih hendak yang lain. 
 
Allah...andainya ini adalah petunjukMu.

Saturday 31 August 2013

Aku Mencintaimu Kerana Agamamu Bab 19

Assalamualaikum, selamat Hari merdeka. Sempena hari merdeka ini Efdy bawakan kembali Aisyah. Terima kasih kerana sudi menunggu. Ehem-ehem, rasanya dah sampai kemuncak ke ? adakah Aisyah akan memilih lelaki ini sebagai suaminya? Hm...apa pendapat korang?

Jum baca dulu...

Hari Ahad tiba lagi.  Alhamdulillah Ya Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk menghirup udara lagi. Hmm.. Nak buat apa ya hari ini?

Rumah yang baru ku sewa ini dipandang sayu. Masih kosong. Cuma ada dua bantal dan tilam kecil untuk aku melepaskan penat. Barang dapur pun tak ada.

Lepas balik dari rumah abah lah beli barang-barang dapur. Malas pula. Hmm.. bosannya. Aku membelek telefon bimbitku.

Wallpaper aku berbaju pengantin itu mengamit kenangan lalu. Aku masih ingat. Selepas aku dan Abang Azhar sah menjadi suami isteri, dia pernah berjanji untuk menjadi yang terbaik untuk aku. Tapi semuanya hancur dalam sekelip mata sahaja.

Aku masih ingat senyuman manis yang telah berganti dengan senyuman sinis beberapa bulan yang lalu. Senyuman yang merubah segalanya.

Aku rasa berdosa dengan mama dan abah. Berdosa, terlalu berdosa. Aku dahulu merupakan anak yang selalu dibangga mereka. Kini, aku ialah seorang anak yang telah memalukan mereka.

Berkahwin dan bercerai bukanlah suatu perkara yang mudah. Berhadapan dengan masyarakat merupakan perkara yang sukar bagiku. Apabila perceraian aku dikatakan semua berpunca daripada aku! Aku!

Yang lebih menyakitkan hati, Abang Azhar boleh terlepas daripada segala tuduhan yang masyarakat lemparkan untuk aku. Apa yang Abang Azhar buat, semua menuduh aku yang melakukannya. Penat juga melayan mulut orang yang tidak habis-habis mengata aku seperti mereka tidak pernah melakukan dosa.

Aku sedar, hidup harus diteruskan. Ya, aku redha. Aku tahu aku punya Allah. Allah sedang menguji aku. Dan aku tahu, yang Maha Esa telah menetapkan segala yang terbaik untuk aku. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ialah bersabar dan sentiasa berdoa. Sesungguhnya masa itu akan tiba juga.

Aku segera memadam gambar-gambar yang akan mengingatkan aku kepada Abang Azhar! Aku ingin lupakan dia untuk selama-lamanya. Aku akan jadi lebih baik daripada sebelum ini. Percayalah!

Semangatku kini kembali. Biasalah, sekejap down…sekejap okey… nama pun perempuan kan?


“Bosannyaaaaaaaaaaa!” jeritku perlahan. Hah! Tiba-tiba aku sedar sesuatu.

“ balik rumah mama dengan abahlah!”

Setelah selesai mengemas barangku, aku mengunci pintu dan menaiki kereta. Destinasi pertama aku hari ini ialah…

“ Jeruk Pak Ali !”

Dengan lafaz Bismillah, aku memulakan perjalananku.

Apabila sampai di Astaka yang menjual Jeruk Pak Ali, aku melangkah keluar dari kereta. Kedai jeruk tersebut aku tuju.

“ Wah, banyaknya jeruk!” aku bercakap sendiri.

“ Ya kak, nak jeruk apa?” tanya seorang lelaki dengan loghat Penang. Aku memikir-mikir.

“ Kalau akak nak campuq ( campur ) semua pun boleh! Boleh rasa semua jeruk!” kata lelaki itu lagi.

“ hmm.. bagi akak jeruk mangga sekilo ya! Pastu akak nak jeruk campur sekilo juga!” kataku setelah yakin.

“ Kami ada jeruk ceri, kelubi, salak, mempelam, bawang putih, anggur dan yang paling femes sekali jeruk buah pala !’’ jelas lelaki tadi.

“ eh, saya tak nak bawang putih ya!” kataku. Eii, tak lalu pula dengar bawang putih dibuat jeruk. Hihi..

“ baiklah akak, semuanya dua puluh empat ringgit ya!’’ katanya sambil menghulur plastic kepadaku. Sebagai tukaran aku menghulurkan duit kepadanya.

“ saya jual ya kak” katanya sambil tersenyum.

“ ya akak beli!” sambutku sebagai akad jual beli kami. Sekadar berbasa-basi.

Setelah selesai memborong jeruk aku memandu pulang ke Sungai Petani. Setibanya di perkarangan rumahku, aku perasan ada sebuah kereta asing di halaman rumah.

Aku turun dan membawa barang-barangku. Sampai di hadapan pintu aku terpaku.

“ biar betul?!’’ hatiku menjerit sendiri. Allah…

Aku menghembuskan nafas perlahan. Tenang Aisyah…tenang…

“ Assalamualaikum !” ucapku sambil membuka kasut. Ruang tamu yang dipenuhi orang itu menjadi senyap apabila mendengar salamku.

 “ Waalaikumussalam,” jawab mereka serentak.

Aku sebenar rasa macam nak pengsan apabila melihat wajah itu. Firasat aku selama ini tidak pernah salah!

Melihat dulang-dulang hantaran yang memenuhi ruang tamu itu menyentak dadaku. Tak kan lah mereka datang untuk meminang adikku yang tak lepas SPM tu!

Aku sudah dapat mengagak semua ini! Apabila melihat wajahnya lelaki itu tersengih-sengih malu. Hish! Tak  hinggin aku nak membalas senyumannya.

Aku baru sahaja beberapa bulan menjanda! Tak kan lah nak kahwin lagi? Bala-bala. Aku terpaku di situ.

“ mungkinkah…dia memang jodohku?” hatiku mengeluh untuk sekian kalinya.


Sunday 25 August 2013

Sekian lama menyepi.

Assalamualaikum semua. Rasanya masih belum terlambat untuk Efdy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Alhamdulillah. Sebenarnya Efdy ingin memohon maaf kerana sudah lama menyepikan diri. Efdy sedang sambung balajar di Pra-u. Jadi masa yang ada itu tidaklah cukup untuk mengupdate. Masa tak cukup la.. aduh dengan homework. Dengan assignment yang berlambak. Presentation pun usah cakap lah kan. Berderet tunggu masa nak present saja. Penat beh. Tapi tak apa .. nanti bila ada rezeki Efdy bawakan kembali Aisyah dan Azhar ya. Efdy janji! tunggu ya. Sekian. Salam sayang. Muah!

Thursday 30 May 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu Bab 18

Assalamualaikum.. Alahai, Efdy tengok semua panas hati saja dengan mak Azhar tu. Ha... Hari ni kita akan berkenalan dengan beberapa watak baru. Siapa yang bakal menjadi pilihan Aisyah untuk kali kedua? Azhar ? Habib atau doktor hensem, Nazrul? Haaaa... Enjoy!

Tiga bulan berlalu…

“ Assalamualaikum murid-murid! Apa khabar?” tanyaku apabila menapak masuk ke kelas 5 Amanah. Aku sudah boleh menerima hakikat. Hakikat yang aku sudah pun bergelar janda.

“ Waalaikumussalam cikgu Aisyah! Khabar baik,” jawab mereka serentak. Amboi, semuanya bersemangat!

“ Macam mana? Sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menentukan masa depan kamu?” tanyaku pada anak muridku. Aku berdiri di hadapan mereka.

“ Takutlah cikgu!” kata seorang muridku, Anis.

“ Jangan takut, kamu pasti boleh lakukannya. Siapa yang dapat A untuk subjek Bahasa Melayu, cikgu belanja kamu makan ya!” janjiku. Bukan janji kosong tapi bagi menaikkan semangat mereka untuk berjaya.

“ Yeayyy!” jerit mereka serentak.

“ Amboi, seronok ya bila cikgu nak belanja!” kataku.

“ Mestilah cikgu, saya suka banyak oo!” kata seorang muridku, Chia. Bahasanya…

“ Baiklah, keluarkan buku latihan Tatabahasa kamu! Cikgu nak kamu buat latihan untuk meningkatkan tahap penggunaan Tatabahasa kamu dalam karangan nanti,” arahku.

“ Baik cikgu!”


Aku berjalan menuju ke bilik guru setelah selesai mengajar di 5 Amanah. Selamat nanti aku sudah lapang. Dah tak ada kelas selepas ni!

“ Ehem…Hai cikgu! Berseri-seri nampak!” tegur Cikgu Wani setelah aku melabuhkan punggung di mejaku. Mejanya dan mejaku bertentangan. Mahu tak mahu aku terpaksa berhadapan dengannya.

Aku bukannya tidak suka dengan Cikgu Wani, cuma mulutnya semenjak dua menjak ni berbisa sangat. Bergegar hati dengar kata-katanya!

“ Tak adalah cikgu Wani, biasa saja!” jawabku lembut. Selagi boleh berlembut, berlembut sajalah. Kang, terlepas marah perang dingin pula!

“ Ingatkan dah ada pengganti!” katanya sinis.

“ Pengganti apanya cikgu Wani oi…” sampuk Cikgu Rogayah. Hah sudah, cikgu ni lagi menyakitkan hati. Tak ada kerja lain , kalau tak mengata aku tak boleh hidup kot!

“ Sekali ditalak tiga, mesti ada apa-apa yang tak kenalah tu! Lelaki yang dengar pun takut nak dekat!” sambungnya. Ha… kan aku dah kata.

Sabar Aisyah, sabar Aisyah. Aku cuma diam. Berpura-pura sibuk memeriksa buku latihan murid-muridku.

“ Alahai cikgu Rogayah hoi, saya dengarkan…Laki dia tu tangkap dia tengah berasmara dengan lelaki lain!” ucap cikgu Wani.

“ Itulah, aku pun dengar macam tu juga! Apalah nak jadi dengan anak muda zaman sekarang ni. Laki dah jaga elok-elok, bini pula buat hal…” tambah cikgu Rogayah lagi.

Aku tersentak! Amboi, penceraian versi ibu yang berleluasa! Macam mana mereka boleh tahu versi ibu pula ni! Oh, cikgu Rogayah tu kawan ibu…

‘ Sabar Aisyah, Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar,’ desis hatiku.

“ Cikgu Aisyah, ni borang kebenaran murid untuk kem Bina Islam dalam Diri tu,” kata Ustaz Habib sambil menghulurkan beberapa keping kertas.

“ Terima kasih Ustaz!” kataku sambil tersenyum.

“ Sama-sama kasih!” ucap Ustaz Habib sambil berlalu ke mejanya. Aik lain macam saja Ustaz Habib ni.

Sejak kes penceraian aku heboh di sekolah, Ustaz Habib layan aku lain macam! Aku tak pasti sama ada aku saja yang perasan sendiri atau dia memang sedang memikat aku sekarang?

Bagi aku Ustaz Habib tak adalah kacak sangat pun, namun mukanya manis. Sedap dipandang. Dengan janggut sejemputnya menaikkan lagi seri diwajahnya.

Ada sekali tu, dia ajak aku keluar makan! Berdua pula tu. Gila apa? Aku pun tolak secara baiklah. Tak mahulah nanti orang lagi sakan mengata aku. Keluar dengan Ustaz pula tu!

Dia kata nak bawa anak dia, sebagai peneman katanya. Anak dia dah dua orang, dari isteri pertama dialah. Kiranya dia memikat aku ni untuk dijadikan bini kedualah.

Bagi aku, aku tak kisah berpoligami kerana itu hukum Allah, tapi ini terlalu awal. Kes aku dengan Abang Azhar pun belum selesai lagi kerana Abang Azhar terlalu sibuk untuk menghadirkan diri ke mahkamah. Takutlah tu.

“ Cikgu Aisyah, boleh saya jumpa sekejap!” tanya Cikgu Rosni. Pengetua sekolah ini.

“ Eh, puan! Ada apa ya?” tanyaku sambil bangun mengikut langkah-langkahnya.

“ Saya nak tanya pasal Kem Bina Islam yang bakal diadakan minggu depan,” tanya Cikgu Rosni.

“ Lah, puan...Kalau pasal tu Puan boleh telefon saya saja, saya boleh datang jumpa Puan!” ujarku. Fuhh…Ingatkan apa tadi. Terkejut aku.

“ Tak apa, dah alang-alang saya lalu kat sini tadi!” katanya sambil tersenyum.

“ kalau puan mahu nanti saya bagi kertas kerja dekat pejabat puan!” kataku.

“ Baiklah, nanti letakkan di atas meja saya ya!” katanya sambil berlalu. Kemudian dia berpaling dan tersenyum ke arahku.

Lain macam saja cikgu ni! Ni yang buat aku saspen !


Tiba-tiba telefonku berbunyi.

‘ Eh abah!’

“ Assalamualaikum abah,” kataku setelah menekan butang hijau.

“ Waalaikumussalam Aisyah, abah nak minta tolong kamu sikit boleh?” tanya abah.

“ Eh, sikit saja ka? Banyak pun tak apa abah. Hehe!” ujarku. Apa abah ni, sikit sajakah nak minta tolong, mintalah tolong banyak-banyak sikit baru boleh dapat banyak pahala.

“ Yalah kamu ni, abah nak minta kamu bawa abah pergi hospital minggu depan…” tanya abah.

“ Boleh abah, hari apa ?” tanyaku sambil membelek buku diariku.

“ Hari Isnin,”

“ Okey, boleh abah ! Nanti Aisyah minta cuti ya…”

“ Terima kasih! Maafkan abah ya Aisyah sebab menyusahkan kamu!” suara abah dah berubah sedikit. Sebak la tu. Aduh abah, jangan buat Aisyah macam ni, kang Aisyah menangis sekali!

“ Ish abah ni, mana ada menyusahkan! Lagipun itu kan tanggungjawab Aisyah sebagai seorang anak!” kataku.

“ Alhamdulillah! Ni ha, mama kamu kirim salam. Dia suruh kamu beli jeruk mangga sebelum balik nanti,” kata abah.

“ Okey abah waalaikumussalam, ehem… Aisyah bakal dapat adik baru ke bah?” tanyaku sekadar mengusik.

“ Haish kamu ni! Merepek saja! Abah dah tak mampu ha..” ujar abah dengan nada pasrah. Aku tergelak.

“ Manalah nak tahu, rezeki abah!” kataku sambil menguntum senyuman.

“ Abah tunggu cucu daripada kamulah,”

Kata-kata abah membuatkan aku tersentap. Harapan abah terlalu tinggi…

“ Entahlah abah…Tak ada sapa yang nak kat Aisyah ni bah,” tadi kata abah buat ayat pasrah. Sekarang aku pun nak buat ayat pasrah juga.

“ Alah, jangan risau! Adalah tu nanti jodoh kamu…” itulah kata-kata abah saban hari jika hal ini dibangkitkan.

Aku tidak mahu lagi berharap. Perkahwinan dahulu menjadi aku wanita yang takut. Takut diceraikan lagi. Tak mahu dah…

“ Aisyah?” panggil abah dari sebelah sana.

“ Ya abah?” sahutku.

“ Berangan la tu! Baiklah Aisyah jumpa hari Isnin nanti ya sayang. Assalamualaikum,” kata abah

“ Alamak kantoi la pula. Baiklah abah, Waalaikumussalam..”

Adakah jodoh yang baik untuk diriku? Walaupun di hati kecilku masih berharap, aku takut.. Takut untuk berharap. Kerana harapan itu menyakitkan.



Wednesday 29 May 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu Bab 17

Assalamualaikum, setelah Efdy mengeluarkan ayat-ayat pasrah semalam ramai yang tampil memberi komen. Efdy rasa terharu sangat ! *lap air mata.
Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen. Apapun, enjoy this new entry okey ?!



“ Ya abah,” aku bingkas bangun. Abah membuat isyarat agar menaikkan sedikit katilnya. Aku hanya menurut. Abah kelihatan lebih sihat.

Muka tak pucat seperti tadi. Alhamdulillah…

“ Abang nak air?” tanya mama. Abah mengganguk. Mama menyuapkan abah air sedikit demi sedikit menggunakan sudu.

“ Abah nak makan?” tanyaku pula.

“ Kejap lagi lah,” Abah menjawab seraya menggeleng.

“ Aisyah, abah dengar segalanya!” kata abah.

“ Abah…” Aku terkedu. Aku tak mampu menzahirkan kata-kata lagi. Aku bersyukur kerana tidak perlu berahsia lagi.

“ Tapi, apa yang kamu ceritakan berbeza dengan Puan Zurina,” sambung abah.

“ Hah? Abah tahu daripada ibu?” tanyaku. Aik, lain macam…Kenapa ibu sibuk sangat mahu mencanangkan penceraianku ?

“ Ya..” abah berjeda.

“ Apa yang ibu ceritakan pada abah?” tanyaku. Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam hatiku.

“ Puan Zurina kata, kamu ditangkap ketika sedang berasmara dengan lelaki lain!” abah berkata.

“ Ya Allah!”Mama dengan aku terjerit serentak.

“ Sebab tu lah si Azhar tu ceraikan kamu dengan talak tiga, dia kata kamu tu makan ubat supaya tak mengandung sebab kamu takut termengandung anak teman lelaki kamu!” cerita abah lagi.

“ Ya Allah abah, demi Allah! Aisyah tak pernah buat macam tu. Sumpah abah!” kataku sambil mengangkat tanganku seakan bersumpah. Air mata sudah mengalir lebih laju. Namun, lebih kepada air mata marah.

Marah kerana diperlakukan seperti ini. Ini sudah keterlaluan. Melampau sangat. Apalah dosa aku kepada ibu sehingga dia menfitnah aku sebegitu rupa?

Aku terduduk. Allahurabbi.

“ Tapi…abah percaya kamu!” kata abah. Aku terharu. Terima kasih abah kerana percayakan anak abah ni.

“ Alhamdulillah,” mama mengucap syukur.

“ Sebab abah tahu kamu tak akan sesekali lakukan perkara terkutuk seperti itu. Abah didik kamu dengan agama sejak kecil. Tiada kurang sedikit pun. Lagipun, kamu anak abah. Waris abah. Abah sayang kamu! Cuma semalam abah terkejut, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba kamu bercerai. Rupa-rupanya kamu pun tak sangka akan jadi macam ni” kata-kata abah menusuk kalbu.

“ Terima kasih abah! Aisyah sayang abah juga!” kataku lalu memeluk abah.

Syukur Ya Allah, kerana memberi keluarga yang sangat menyokongku!

“ Abah dapat tahu ibu juga hendakkan duit kamu sebab mereka nak buat kenduri,” sambung abah.

“ Hah? Kenduri?” tanyaku blur. Tak akanlah kenduri kesyukuran sempena penceraian aku ni? Mustahil.

“ Kenduri kahwin Azhar!” Aku terkedu. Lupa pula aku. Si Erin tu kan tengah mengandung sekarang ni. Karang tak kahwin, malu pula.

“ Jadi, apa kena mengena dengan duit Aisyah!” aku membentak. Ini sudah lebih, takkan nak kahwin pun guna duit aku juga. Hasil titik peluh aku tu!

“ Azhar dah tak ada duit melainkan duit tu dan Puan Zurina tidak mahu kamu mendapat satu sen pun daripada duit tu. Dia kata kamu tidak layak, kamu perempuan kotor yang mencurangi suami sendiri,” jelas abah.

“ No..No..No way! Aisyah tak kan halalkan satu sen pun duit Aisyah untuk mereka! Tidak sesekali,” kataku tegas.

“ Aisyah…Tak baik kata macam tu,” tegur mama.

“ Mama, Aisyah dihalau bagai kucing kurap yang menagih makanan ma! Bahkan Abang Azhar langsung tidak mahu melihat muka Aisyah lagi! Then, dia nak pula duit Aisyah? Tak tahu malu betul!” kataku.

“ Kalau macam tu, kamu mesti uruskan penceraian kamu itu. Jangan biarkan mereka mengambil kesempatan terhadap kamu! Kamu kena bangkit melawan, jangan biarkan mereka sangka kamu seorang yang lemah dan mudah dipijak-pijak macam tu saja!” ucap abah.

“ Baik abah. In sha Allah, Aisyah akan cepatkan proses penceraian ini. Aisyah tidak mahu ada kena mengena dengan mereka lagi! Sampai hati ibu!” tekadku. Apapun, aku sudah mula rasa menyesal!

Menyesal kerana kahwin dengan Abang Azhar!

“ Aisyah, sabar ya sayang! Setiap yang berlaku ada hikmahnya…Mungkin ada lelaki di luar sana yang akan menerima Aisyah, segala kelebihan dan segala kekurangan kamu. Percaya dengan Allah ! Itulah kunci kehidupan,” ucap mama.

Aku tersenyum. 

“ Ya ma, doakan untuk Aisyah ya…” kataku.

“ Kami akan doakan yang terbaik untuk kamu, anakku!” ucap abah.

“ Terima kasih abah, mama! Terima kasih kerana sudi percaya Aisyah!” ucapku sambil mengelap air mata.

“ Sama-sama sayang!” Abah dan mama berkata serentak.

“ Ma…Abah lapar!” kata abah sambil mengusap perutnya. Manjanya abah!

‘ Ya Allah, kekalkan hubungan kekeluarga kami,’ desis hatiku.

Tuesday 28 May 2013

Aku Mencintaimu Kerana Agamamu Bab 16

Assalamualaikum , okeylah Efdy mengalah. Efdy tak mampu nak dapat 5 komen pun, 10 apatah lagi kan. Tapi disebabkan perasaan ingin mengupdate itu membuak-buak menyebabkan Efdy terupload juga hari ni. Terupload okey. kfineee, blog Efdy ni bukan blog peymess pun nak dapat 10 komen kan? Well, ukur baju di badan sendiri. Ahaks. Okey, Enjoy!

Aku melangkah masuk ke bilik yang menempatkan abah. Aku takut untuk bertentang mata dengan abah. Takut sangat. Namun aku lebih takut kehilangan abah.

Mama dan adik pulang ke rumah untuk mengambil pakaian dan sedikit makanan. Kini hanya tinggal aku dan abah. Aku duduk di atas sofa bertentangan dengan abah. Dari sini aku boleh melihat abah dengan jelas.

Aku mengeluarkan sebuah novel bertajuk I Am Number Four. Sudah lama aku membelinya namun tiada kesempatan untuk membaca.

“ Syah…”  Aku tersentak apabila mendengar suara lemah abah memanggil perlahan. Aku bergegas ke arah abah.

“ Ya abah, Aisyah kat sini!” kataku sambil menggenggam tangan abah.

“ Abah…ta..hu..se..gala..nya…” kata abah dengan suara yang tersekat-sekat.

“ Aisyah minta maaf abah,” ucapku. Air mata sudah mengalir perlahan.

“ Tak…apa..mung..kin..bukan..jodoh kamu…” kata abah lagi.

“ Abah, rehat dulu nanti kita berbual lagi. Sekarang yang penting abah kena sihat sepenuhnya. Abah tahu kan Aisyah perlukan abah!” kataku sambil mengelap air mata. Abah tersenyum lesu sambil mengganguk.

Aku membetulkan bantal abah. Abah melelapkan mata sekali lagi. Aku hanya memerhati keadaan abah.

‘ Abah, cepat sembuh ya! Aisyah ada banyak cerita nak beritahu abah,’ desis hatiku.

Aku duduk di sofa tadi. Aku meneruskan pembacaanku. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.

Cepat-cepat aku keluar dari bilik abah kerana bimbang mengganggu lena abah.

“ Assalamualaikum,” ucapku ketika menekan butang hijau.

“ Ha, kau dah dapat apa yang aku nak tu?” tanya sesorang.

“ Apa maksud…ibu?” tanyaku. Blur.
“ Aku dah beritahu bapa kau pasal hal ni! Tak kan kau tak tahu kot,”  kata ibu lagi.

“ Hal apa ni ibu? Saya tak faham…” balasku.

“ Apalah bodoh sangat kau ni ha?!” bentaknya.

“ Ibu, saya betul-betul tak faham apa yang ibu maksudkan…” aku menguatkan suara. Ish ibu ni, aku yang bodoh ke dia yang bodoh sekarang ni.

“ Aku nak semua duit yang ada dalam akaun kau dan Azhar!” katanya.

“ Apa ibu?!” Aku terkejut. Gila apa? Yang tu duit aku dan Abang Azhar. Suka-suka hati dia saja nak.. Lagipun itu merupakan harta sepencarian aku dan Abang Azhar.

“ Kau ni pekak ke?” tanya ibu.

“ Tu duit saya dan Abang Azhar! Kenapa saya mesti serahkan pada ibu? Ini tak masuk akal!” kataku.

“ Hei bodoh, aku kata bagi kau bagi sajalah! Banyak tanya pula…” bentak ibu.

“ Itu duit saya, harta sepencarian saya dengan Abang Azhar! Ibu tak boleh ambil!” balasku. Geram!

“ Aku dah suruh Azhar keluarkan duit tu, tapi dia kata dia perlukan tandatangan kau juga! Kalau tak aku tak hingin nak telefon kau la!” marah ibu.

“ Duit tu harus dibahagi dua! Bukan mudah saya hendak berikan pada ibu !” bentakku lagi.

“ Duit tu bukannya banyak mana pun! Sepuluh ribu saja kan? Itu pun nak berkira ke ?” ucap ibu. Kata-kata ibu membuatkan hati aku semakin panas. Tak lama lagi bakal meletup!

“ Tak banyak? Kalau saya minta pada ibu, sampai mati pun ibu tak akan bagi kan ?
Begitu juga saya! Dan saya tetap dengan prinsip saya. Suka-suka hati saja nak duit saya, ibu ingat ibu tu siapa?!”

“ Kau memang kurang a…” belum sempat ibu meneruskan kata-katanya, aku matikan panggilan telefon tersebut. Makin lama aku bersembang dengan ibu, aku boleh kena serangan strok terus!

‘ Mungkin…Ini yang menjadi penyebab abah terkena serangan jantung? Allahurabbi!’ desis hatiku.

Sebelum masuk ke bilik abah kembali, aku lihat mama datang membawa sebuah beg bersaiz sederhana dan beberapa bungkus plastik.

Aku membantu mama membawa barang-barang yang dibawanya.

“ Mana adik ma?” tanyaku apabila kelibat Amina.

“ Dia sibuk nak bersiap untuk esok. Esok dia ada kem dekat sekolah, itu yang mama tak bagi dia ikut. Cukuplah kita berdua di sini, lagipun abah dah stabil kan…” kata mama sambil beriringan masuk ke dalam bilik abah.

“ Ma...” panggilku perlahan. Aku rasa sudah tiba masanya aku ceritakan segalanya pada mama.

Aku tidak sanggup lagi berdiam diri. Aku sudah boleh menerima takdir Allah. Aku tahu, Allah telah menetapkan yang terbaik untuk aku. Kini, masanya untuk mama dan ahli keluargaku turut menerima takdir yang ditetapkan untukku.

“ Mana Azhar?” tanya mama.

“ Aisyah nak cakap sikit…” kataku sambil menarik tangan mama ke arah sofa. Aku berdua melabuhkan punggung di sofa itu.

“ Apa dia sayang, cakaplah?” tanya mama. Tenang.

“ Sebenarnya…” aku berjeda. Mengumpul sedikit kekuatan untuk meluahkan segalanya pada mama.

“ Sebenarnya apa? Aisyah jangan buat mama tertunggu-tunggu,”

“ Aisyah dan Abang Azhar dah…bercerai!” kataku.

“ Astagfirullahalazim! Aisyah tahu kan, bercerai itu perkara yang paling dibenci Allah? Kan mama dah kata, kalau ada masalah bincang dulu. Jangan ambil langkah terburu-buru!” kata mama setelah mendengar ceritaku. Nada suara mama aku sudah mengerti. Dia berada dalam keadaan marah.

“ Mama, bukan Aisyah yang mahukan penceraian ini! Tapi, abang Azhar sendiri!” tambahku. Aku ingin mama tahu perkara sebenarnya.


“ Jadi?” tanya mama perlahan. Mungkin mama sudah boleh bertenang dan berfikiran rasional.

“ Abang Azhar ceraikan Aisyah kerana Aisyah mandul ma!” ucapku perlahan. Air mata sudah mengalir deras.

“ Ya Allah!” Mama terjerit namun dia lantas menutup mulutnya. Bimbang abah terjaga.

“ Aisyah yang salah ma, Aisyah tak mampu nak mengandungkan anak Abang Azhar,” aku mula teresak-esak.

Mama memelukku dan menggosok belakangku. Memberi sedikit kekuatan.

“ Tak sayang, rezeki anak itu Allah yang tentukan! Mungkin Azhar bukan jodoh Aisyah. In sha Allah…Mama dan abah akan mendoakan yang terbaik untuk Aisyah!” mama membisikkan kata-kata yang menaikkan semangatku. Kata-kata yang sama oleh mama dan abah. Mungkin Azhar bukan jodohku. Ya, Aku redha…

Tiba-tiba aku terdengar suara abah.


“ Aisyah…” 

Monday 27 May 2013

Aku Mencintaimu Kerana Agamamu Bab 15

Perhatian - Efdy terget 10 komen sebelum post entry seterusnya. Kalau tak dapat 10, Efdy upload next week. Kejam tak ? Haha...Cepat-cepat, tawaran terhad nieh :)

Selepas bersarapan kami berpisah. Aku berjalan ke wad yang menempatkan abah. Badan abah penuh dengan wayar-wayar membuatkan aku berasa sebak.

Mama sedang membacakan surah Yasin. Aku masuk perlahan-lahan dan duduk di sebelah abah. Perlahan aku menggenggam tangan abah yang dicucuk dengan jarum.

“ Maafkan Aisyah, abah!” kataku perlahan.

“ Maafkan Aisyah jika Aisyah merupakan penyebab abah jadi macam ni,” sambungku lagi.

“ Aisyah tak sanggup nak lihat abah macam ni, bangunlah abah! Aisyah rindu dengan usikan abah. Rindu sangat. Aisyah dah tak ada sesiapa lagi melainkan kita sekeluarga abah,” kataku perlahan. Aku yakin abah mendengarnya kerana air mata abah mengalir dan jatuh ke atas bantal. Aku teresak kecil.

Mama masuk ke bilik air yang disediakan di wad abah setelah selesai membaca Yassin. VVIP, memudahkan kami.

“ Abah, Aisyah cuba untuk menjadi isteri yang terbaik untuk Abang Azhar. Tapi Abang Azhar tetap…” Aku tak mampu untuk menyebut kalimah tersebut. Kalimah yang merobek hatiku.

“ Abah, apa salah Aisyah? Betul ke Aisyah ni sebenarnya mandul?” tanyaku. Abah membalas genggaman tanganku.

Aku segera menekan butang kecemasan untuk memanggil doktor. Abah mula member respon. Ya Allah…



“ Encik Awi sudah sedar tetapi keadaan jantungnya masih lemah. Jangan bebankannya dengan perkara-perkara yang berat,” kata seorang doktor berbaju kurung merah hati setelah keluar dari bilik abah. Pesanan yang sama seperti Doktor Nazrul.

“ Terima kasih.” Ucapku.

Mama dan Aina masuk ke dalam bilik abah. Aku memilih untuk duduk di luar. Tak sanggup rasanya untuk bertentang mata dengan abah.

Air mata yang mengalir ku usap perlahan. Allah…

Aku mencari kekuatan. Entah ke mana hilangnya segala kekuatanku.
Aku rasa sungguh lemah.

“ Encik Awi dah okey?” tanya seseorang. Aku melihat kelibat seorang lelaki melabuhkan punggungnya di atas kerusi selang dua kerusi dari kerusiku.

Aku toleh setelah mengelap sisa air mata yang masih berbaki.

“ Eh doktor! Alhamdulillah, dah sedar…” jawabku.

“ Then, kenapa menangis?” tanya Doktor Nazrul sambil menghulurkan sepeket tisu kepadaku. Amboi, buat bekal ke doktor ni. Aku ambil perlahan.

“ Saya rasa bersalah sangat. Sayalah punca abah jadi macam ni! Kalaulah jadi apa-apa pada abah, saya rasa saya tak mampu maafkan diri sendiri,” kataku.

“ Jangan fikir macam tu! Setiap ujian yang Allah berikan untuk kita, adalah untuk menguatkan iman kita. Fikir positif, mungkin dengan kejadian ini menjadikan awak lebih bersyukur dan lebih tabah,” kata Doktor Nazrul.

“ Hmm…” aku hanya mampu berdehem. Tiada apa yang mampu aku tuturkan saat ini.

“ Kadang-kadang kesakitan dan kesedihan yang kita alami merupakan kifarah dosa. Mungkin selama ini kita ada melakukan perkara yang menyakitkan orang lain, dan Allah beri peluang ini untuk kita tebus kembali.” Katanya lagi.

“ Tapi doktor, saya tak pernah…” aku cuba membalas. Namun dia cepat-cepat memintasnya.

“ Allah beri awak peluang untuk menjaga abah awak. Mungkin sebelum ni awak terlalu sibuk sehingga melupakan kewajipan awak terhadap kedua-dua ibu bapa awak. Ya, saya tahu awak perlu taat kepada suami awak. Namun sebagai seorang anak kita harus menjaga hati ibu bapa kita,” sambungnya lagi.

Dush! Tembakan yang mengena ke tangkai hati. Hari itu mama menelefon aku setelah beberapa minggu tidak menelefon. Rasa bersalah mula menyerbu.

“ Terima kasih untuk nasihat itu,” kataku. Terima kasih kerana hadir ketika aku memerlukan pertolongan.

“ Tak perlu, nasihat itu juga sebagai peringatan untuk diri saya!” kata Doktor Nazrul sambil bangun.

“ Awak nak ikut?” soalnya.

“ Ke mana?”

“ Ke hati saya,” Aku tersentak! Gila berani kau! Aku baru saja jadi janda semalam tau.

“ Saya bergurau saja, lagipun saya tahu awak sudah bersuami!” katanya perlahan. Wajahnya muram. Macam orang kecewa saja.

“ Ish!” bentakku tanda tak suka.

“ Mari, saya tunjukkan kawasan hospital,” pelawanya.

“ Awak ni, saya datang bukan untuk lawatan sambil belajar,” protesku.

“ Jum sajalah! Temankan saya…Lagipun, awak tak kuat lagi untuk berhadapan dengan abah awak kan? So…” katanya.

“ Yelah, saya ikut! Tapi sekejap saja.” Kataku.

Dia membawa aku ke satu persatu bilik khas. Tapi kami tak masuk pun. Cuma lalu. Sesampainya di sebuah bilik yang hanya berdindingkan kaca aku terpaku.

“ Ya Allah…”

“ Comelkan?” tanyanya.

Mataku tidak lepas memandang bayi-bayi yang sedang nyenyak tidur  itu. Sesetengahnya dibalut dengan kain berwarna merah jambu dan yang selebihnya berwarna biru.

“ MasyaAllah, comel sangat!” kataku teruja.

“ Bau bayi yang wangi tu merupakan haruman syurga,” beritahunya.

“ Tengok tu, ada seorang yang tengah mengeliat,” kataku sambil menunjukkan seorang bayi yang berbalut kain berwarna biru.

“ Dah nak menangis lah tu,” katanya.

“ Memang betullah,” Bayi itu menangis kuat. Kami hanya mendengar perlahan. Terkocoh-kocoh jururawat datang dan mendukungnya perlahan. Dia memberikan susu badan yang diperah ke dalam botol. Itulah yang diberitahu oleh Doktor Nazrul tadi.

Malu pula mendengarnya.

 Setelah hampir 15 minit menjamu mata di situ, kami dikejutkan dengan bunyi panggilan telefon daripada poket Doktor Nazrul.

“ Maaf ya, saya terpaksa jawab panggilan ni!” katanya sambil mengambil telefon tersebut dan menekan butang hijau.

“ Ya sayang,”

Aku tersentak. Amboi, pagi tadi mengaku single. Lelaki! Semuanya sama saja.


Aku harus kuat. Aku tidak boleh lemah. Aku akan buktikan kepada Azhar yang aku boleh hidup tanpa dia. Dan…tanpa anak.