Promosi Terbaik Cuti Sekolah. Selamat Datang Disember :)

Sunday, 13 October 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu Bab 20

Rasa macam nak pengsan saja sekarang ni. Wait-wait apa kata aku pura-pura pengsan macam mana? Aci tak macam tu? Aipppp ! Aisyah, behave. Behave. Tenang...

" Mama..." panggilku sayu apabila selesai aku meloloskan diri daripada rombongan tersebut. Biasalah anak dara..eh bukan anak dara dah!

" Ya sayang, kenapa? " Mama bertanya sambil aku menyalami tangannya. Ciuman di pipi tidak lupa juga diberikan.

Aku tunjukkan muka risau pada mama. Berharap agar mama mengerti apa yang aku cuba hendak sampaikan.

" Bila diorang sampai ma?" tanyaku sambil melabuhkan punggung di salah satu kerusi meja makan. Penat dah satu hal, ni pulak satu hal. Kiranya memang hari ni memang banyak hal lah! Pening.

" Baru je kejap tadi...Kenapa?" tanya mama. Mama ni tanya soalan bukan main rileks lagi. Anak dia macam dah nak tercabut jantung tengok lelaki tadi ada di rumahnya. Aduh. Tolong ! Tolong...

" Ma...Aisyah tak nak lah!" kataku tiba-tiba. Lebih baik berterus-terang. Sebelum timbul sebarang kontroversi atau sebarang spekulasi. 

" Eh... Kalau kamu tak mahu, kenapa dia datang meminang juga? " mama bertanya. Siap dengan berkerut-kerut lagi dahi tu haa.

" Sumpah ma! Aisyah tak suka dia ma. Aisyah dah kata beri Aisyah waktu..." 

" Aisyah , tak baik main dengan sumpah-sumpah nak. Tapi mama rasa dia pun okey apa. Tadi mama sempatlah bersembang dengan mak dia. Katanya kamu rakan sekerja" kata mama sambil memasukkan gula di dalam jag untuk membancuh kopi panas. 

Aku hanya mampu menggangguk. 

" Mak dia kata, dia ustaz di sekolah kamu. Alhamdulillah, kalau kamu jadi dengan dia mama bersyukur sangat. Bolehlah dia jaga kamu elok-elok. Jangan jadi macam yang dulu dah!" sambung mama lagi.

Aku segera menggeleng. Tak nak aku! Jadi isteri nombor dua. Bukannya apa. Aku bukan menentang poligami tapi aku rasa macam tak ada sebab saja dia nak kahwin dengan aku. Yelah. Well. Umm..

Aku bangun dari kerusi. Aku menarik mama perlahan. Mengambil posisi di sebelah pintu yang memisahkan ruang dapur dan ruang tamu. Aku letakkan jari telunjuk di bibirku , memberi isyarat diam kepada mama.

" Mama nampak tak perempuan berpurdah yang sedang memangku anak kecil tu?" tanyaku. Mama mengangguk tanpa mengeluarkan suara.

" Itu isteri pertama dia ma!" jelasku. Mama mengangguk lagi.

" Apa?! " mama terjerit perlahan. Aku cepat cepat tarik mama dari situ.

" kamu ni biar betul Aisyah! Tak kan lah laki orang pun kamu nak !!!! " mama memandangku. Tajam. 

" Mana ada ma! Kan tadi Aisyah dah kata , Aisyah tak nak!" Kataku.

" Astaghfirullahalazim..." mama mengosok dadanya.

" Boleh saya jumpa dengan kak Aisyah sebentar? " tiba-tiba perbualan kami  dicelah oleh suara lembut seseorang.

" Em..mak cik hantar air ini ke depan dulu ya. Kamu berdua bersembanglah." Kata mama sebelum berlalu.

" Duduklah dik." Kataku sambil mempelawa dia duduk di kerusi meja makan. Kami duduk bertentangan agar lebih mudah aku berbicara.

" Kak Aisyah, sebelum saya mulakan bicara saya. Saya minta maaf ya." Kata isteri Ustaz Habib itu.

" Eh...kenapa pula minta maaf ni. Adik tak ada buat salah apa pun dengan kak Aisyah," kataku.

" Kak Aisyah, sebenarnya saya cuba. Cuba untuk menerima permintaan Abang Habib untuk beristeri lagi. Tapi saya tak mampu," katanya lagi.

" Maksud adik?" tanyaku.

" Saya tidak redha Abang Habib menikahi Kak Aisyah. Maafkan saya, " katanya sambil bertentang mata denganku. Matanya sudah basah. Aku faham dengan perasaan yang sedang dialaminya sekarang.

" tak apa adik, kak Aisyah faham." Kataku sambil mengenggam tangannya. Bagaimana Ustaz Habib sanggup melakukannya. Oh aku lupa. Lelaki bila mahukan sesuatu pasti dia akan dapatkan juga. Seperti Abang Azhar. Ahh. Kenangan lalu.

Air matanya sudah menitis. Membasahi niqabnya. Dia membuka niqabnya dan mengelap air matanya perlahan. Aku terpana. Sesungguh begitu indah ciptaan Allah. Dia sungguh cantik. Bahkan lebih cantik daripada aku. Tapi kenapa dia sanggup....

Aku sudah membuat keputusan. Ya , aku akan 
menolak pinangan ini. Inilah lelaki. Sudah dapat yang cantik pun masih hendak yang lain. 
 
Allah...andainya ini adalah petunjukMu.

2 comments:

  1. Baru masuk blog ni n bc citer ni...fast paced jugak ya jln citer adik ni (which is gud)..x meleret2..I like it..tp satu je..pendek kot..hi3..
    Apa pun akak tgu d nxt n3..errr..kc pnjg skit bole? ;D

    ReplyDelete

Mereka popular di blog !