Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Tuesday 7 May 2013

Aku mencintaimu kerana Agamamu bab 7

"Ibu, sampai hati ibu kata macam tu. Ibu sanggup ke tengok saya diceraikan suami tanpa sebab yang kukuh?" tanyaku perlahan. Air mata aku sapu dengan belakang tangan.

"Aku tak peduli! Tak ada sebab kau kata ? Kau tu mandul! Kau lupa ke? Cikgu apa kau ni..." kata ibu.

"Tapi ibu, tolonglah bagi Aisyah dan abang Azhar sedikit masa. Kami akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Saya janji ibu, saya akan berusaha!" Rayuku. Aku tidak peduli lagi sama ada ibu melihat air mata aku atau tidak. Biar dia tahu, dia kejam!

"Buat apa nak usaha lagi Aisyah oi! Dah terbukti yang engkau tu mandul. Kau tak payah nak pujuk akulah. Aku dah tekad. Aku akan pujuk Azhar supaya ceraikan kau. Kau tunggu surat cerai dan lafaz talak daripada Azhar! Lagi satu,  kau kemaskan barang-barang kau tu sekali. Bila Azhar dah lafazkan talak, aku nak kau segera berambus daripada rumah ini! Faham?! " jerkah ibu.

"Ya Allah ibu, sampai hati ibu buat saya macam ni!" Kataku sambil berlalu ke bilikku dengan linangan air mata.


Abang Azhar yang baru selesai mandi terkejut denganku yang berlinangan air mata. Namun dia langsung tidak menegurku. Dia membiarkan saja aku di birai katil yang menangis keseorangan.

"Ya Allah... kuatkan diriku menghadapi segala dugaanMu, " doaku sendirian setelah Abang Azhar keluar dari kamar kami. Kamar yang dulunya menjadi saksi kebahagian kami kini menjadi saksi kehancuran cinta kami. Allahurabbi...

"Ibu, jum kita makan di luar. Azhar dah lapar. Ada isteri pun tak reti nak masak," kata Abang Azhar. Aku tersentap. Aku rasakan Abang Azhar bagaikan sengaja bercakap kuat kerana dia mahu aku mendengarnya. Ya, dia sudah berjaya kerana aku memang mendengarnya dengan jelas sekali. Dulu bila aku masak tak nak pula dia makan!

"Jum!"sahut ibu. Tak lama kemudian aku dengar pintu dibuka perlahan dan ditutup. Tanda mereka sudahpun berangkat pergi.

Aku? Masih di birai katil dan memikirkan tindakan yang sepatutnya aku lakukan. Masih dengan linangan air mata.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.

'Mama?'

Butang terima aku tekan perlahan setelah mengelap sisa air mataku.  Aku berdehem beberapa kali ini membetulkan suara yang serak-serak basah. Minta-mintalah Mama tak perasaan nanti.

"Assalamualaikum mama,"

3 comments: