Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Friday 10 May 2013

Aku mencintaimu kerana Agamamu bab 9

"Akhirnya, hari cuti tiba lagi kan bang!" Kataku pada Abang Azhar yang sedang membaca surat khabar di sebelahku.

"Hmm..." Abang Azhar menjawab hambar. Endah tak endah saja.

'Malas ah nak cakap macam ni, buat sakit hati ja!' Getusku.

Aku bawa diri ku dapur. Tekak terasa hendak makan cucur udang berjagung. Sudah lama rasanya aku tidak makan cucur tersebut. Kecur air liur diri bila memikirkannya.

Udang aku ambil dari peti ais. Aku rendam sekejap. Jagung pula aku buang kulitnya dan juga bulu-bulu romanya. Eh? Heheh...

Setelah itu aku buang kepala udang dan ekornya. Aku masukkan ke dalam mangkuk plastik yang lain. 
Selepas sudah siap memotong bawang dan bahan- bahan lain aku adun di dalam satu mangkuk sederhana besar. Calit sikit di jari dan dirasa.

"Umphh, sedap!" Pujiku sendiri.  Kalau nak harapkan pujian daripada orang lain memang tak akan dapat punya!

Minyak yang tadinya sudahku panaskan berasap sedikit kerana terlalu panas. Perlahankan sedikit. Masukkan adunan ke dalam minyak panas sedikit demi sedikit. Amboi, kalah Masterchef!
 
"Kau masak apa tu Aisyah ? " tanya sesorang.
"Eh, ibu! Aisyah buat cucur udang ibu. Tiba - tiba teringin pula nak makan, " jelasku sambil memerhati cucur udangku. Takut hangit pula.

"Hah? Cucur udang saja?  Mana kenyang Aisyah hoi!" Kata ibuku.

" Mesti kenyang punyalah ibu! Aisyah buat banyak ni," balasku.

"Kenyang makan nasi dengan kenyang makan cucur tu tak sama! Dah berapa lama kau jadi isteri ni ha ? Yang tu pun tak tahu," tempelak ibu.

"Maafkan Aisyah ibu!" Kataku. Selera aku terus mati. Asyik cari salah aku saja ! Bosan tahu tak ?

" Kenapa ni ibu? Aisyah? Sampai ke luar boleh dengar," tanya Abang Azhar yang datang ke dapur setelah mendengar suara ibu yang kuat mengalahkan aku berdiri sepuluh batu dari dia. Huh..

"Bini kau ni ha Azhar oi! Ada ke patut pagi-pagi goreng cucur saja... Dia ingat kita kenyang ke kalau setakat makan cucur tu," adu ibu. Abang Azhar memandang aku tajam.

Aku nak mampu.  Tak mampu untuk membalas pandangan daripada orang yang aku cintai. Wajahnya kelihatan bengis. Aku takut. Ya Allah...

"Hmm, tak apalah ibu! Ibu pergi bersiap. Kita keluar makan di luar ya bu..."pujuk abang Azhar.

" Tapi..."  kataku cuba menegah. Aku buat banyak... Manalah larat aku seorang saja nak habiskan semua ni ? Tak sanggup aku. 

"Kau diam! Aku dengan ibu nak keluar. Kau makanlah cucur udang ni sampai habis,"

Abang Azhar dan ibu berlalu pergi. Aku terduduk di tepi meja. Allahurabbi...

Aku lihat sepinggan cucur udang yang masih berasap. Kenapa sekarang apa yang aku buat mesti salah?!

Aku bangun dan mencapai sebiji cucur udang. Aku gigit sedikit.  Air mata sudah tak mampu aku tahan. Air mata aku terlalu murah kini. Allah.

Aku teresak kecil. Abang Azhar masuk ke dapur.

" Aku keluar dulu... asyik menangis saja. Apa pun tak jadi. Sebab tu anak tak lekat tu," kata Abang Azhar. 
Aku langsung tidak memandang wajahnya. Aku rasa... benci!

Tiba-tiba loceng runahku berbunyi setelah beberapa minit abang Azhar dan ibu keluar makan.

"Siapa pula yang datang,"

Pintu ku buka sedikit demi sedikit. Kepala aku jengulkan sedikit

"Nak cari siapa ya?" tanyaku.

"Abang Azhar ada?" tanya si dia pula. 

"Tak adalah adik, dia dah keluar dengan ibu mertua saya," jelasku.

"Oh ya? Pesan kat dia, dah lama dia tak bagi duit pada saya.  Anak di dalam kandungan saya ni perlukan 
duit daripada bapanya," kata 'adik' itu dengan selamba.

Jantungku berdegup kencang. Kepalaku mula berdenyut-denyut.

"Ya Allah,  begitu besar ujianMu," aku terduduk di hadapan pintu.

Air mata ? Aku sudah penat. Penat!

1 comment: