Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Saturday 11 May 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu bab 10

Aku duduk di sofa. Jam menunjukkan angka 7.30 malam. Dari pagi sehingga Maghrib mereka keluar. Tak balik-balik lagi sehingga sekarang.

Baik aku solat Maghrib dulu. Tunggu mereka bukannya dapat apa pun. Buat sakit hati saja.

Selesai solat, aku menadah tangan dan berdoa.

" Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua-dua ibu bapaku, dosa ahli keluargaku dan...dosa suamiku. Begitu besar ujian yang Engkau berikan, Ya Rabb. Tabahkanlah hatiku menempuh segala ujianMu. Aku redha. Jika sakit yang aku rasakan kini merupakan kifarah dosaku, aku terima Ya Allah. Aku mohon sedikit kekuatanMu dalam menempuh dugaanMu. Aku tahu, ini adalah jalan yang mendekatkan diriku dengan diriMu. Amin," 

Setelah selesai melipat telekung, aku duduk di birai katil. Aku teringat kejadian pagi tadi.


"Oh ya? Pesan kat dia, dah lama dia tak bagi duit pada saya.  Anak di dalam kandungan saya ni perlukan duit daripada bapanya," kata 'adik' itu dengan selamba.

Masih terniang-niang bait-bait pesanan itu. Kata-kata yang telah menghancurkan rasa cintaku pada suamiku. Ya, menghancurkan. 


Masih adakah isteri yang sanggup menerima suami yang hari-hari mencemuh dan menghina dirinya? Apabila diperlukan, kutip. Apabila tidak diperlukan, buang macam sampah.

Aku terus bersabar. Namun sejak kejadian pagi tadi, aku bagaikan hilang hormat kepadanya. Janji yang pernah ditabur oleh Abang Azhar dulu membuatkan aku loya.

Patutlah, perangainya berubah semenjak dua menjak ni. Ada orang lain rupanya. Kenapalah aku bodoh sangat? Kenapa? Allah...

Aku perasan, dia sudah jarang solat semenjak mempunyai perempuan lain. Aku perasan kerana aku pernah ditampar. Salahkah seorang isteri mengajak suaminya solat?

Aku baring di atas katil. Aku rasa penat. Penat sangat! Penat dengan semua ini.

Aku terjaga apabila mendengar pintu bilikku dikuak. Aku melihat jam di dinding. Jam menunjukkan pada angka 10 malam. Hebat! Daripada pagi sehingga ke malam keluar. Sekarang baru reti nak pulang ya.

Dia melabuhkan diri setelah membersihkan dirinya. Aku bingkas bangun. Tak ingin rapat dengann...dengan tubuh jijiknya. Allah.

" Kau nak pergi mana tu?" tanya Abang Azhar.

" Nak solat Isyak sekejap, abang dah solat?" tanyaku sekadar menguji.

" Kau jangan nak sibuk hal akulah!" kata Abang Azhar dan segera berpaling membelakangiku.

Aku bawa diri ke dalam bilik air. Di hadapan cermin aku membelek wajahku.

' Ada yang kurang dengan dirikukah?'

'Aku sudah tak cantikkah?'

' Aku sudah gemukkah?'

' Kau tu mandul!' Tiba-tiba suara ibu terdetik di hatiku.

' Ya, aku hampir lupa dengan hakikat itu!'

Aku meraup wajah perlahan. Aku redha dengan ujianMu ya Allah.

Air mata menitis lagi. Sejauh mana aku cuba bertahan, air mata ini tetap hadir jua.

" Aku harus kuat! Kuat kerana kebenaran," aku berkata perlahan pada diri sendiri. Cuba menyuntik semangat pada hati.

Aku mengambil wudhuk dan segera menunaikan solat Isyak. Kewajipan yang harus aku laksanakan.

Setelah selesai menunaikan solat Isyak, aku kembali ke kamarku. Aku membaringkan diri disebelah Abang Azhar.

Wajahnya aku renung lembut. Rambutnya yang jatuh di dahi aku sapu perlahan supaya aku dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas. Raut wajahnya sungguh tenang. Tiada apa yang berubah. Masih sama seperti dulu. Air mataku menitis lagi.

' Abang, ampunkan segala khilaf Aisyah. Aisyah tahu, abang mahukan anak. Namun, jika perkara ini membuatkan abang lupa dan lalai dengan tanggungjawab abang terhadap Allah...Sedarlah abang. Ujian kita ini tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan orang lain' getus hatiku. Tidak berani meluahkan kata-kata.



2 comments: