Assalamualaikum. Waa, dah lama rasanya tak update bab baru. Mari kita baca ya. Jengjengjengg...
Aku bergegas ke hospital. Aku pecut kereta secepat mungkin. Sampai
hospital sudah pukul 5.30 pagi. Dari Penang ke Sungai Petani.
" Mana abah, ma?" tanyaku apabila sampai di hadapan
Emergency Room.
Mama bingkas bangun dan memelukku. Adik perempuanku turut
melakukan perkara yang sama. Ya Allah. Aku tak sanggup mendengarnya.
" Doktor kata jantung abah dah tak stabil. 50-50. Doktor
suruh kita banyakkan berdoa," kata mama.
" Tapi macam mana boleh tiba-tiba ni?" tanyaku sambil
menyeka air mata.
“ Abah dapat panggilan telefon daripada ibu…” kata mama.
“ Kenapa ibu telefon abah?” tanyaku kembali.
“ Mama tak tahu…Lepas cakap dengan ibu terus abah pengsan,” jelas
mama.
Aku duduk di bangku yang disediakan.
“ Ya Allah…Selamatkan abah. Aku tak sanggup lagi menghadapi kehilangan.
Cukuplah aku kehilangan Abang Azhar. Aku tidak sanggup kehilangan abah,” doaku
perlahan. Bimbang jika mama terdengar. Biarlah mama tidak mengetahuinya.
“ Aisyah…” panggil mama sambil melabuhkan punggung di sebelahku.
“ Aisyah ada masalah dengan Azhar ya?” tanya mama sambil mengusap
belakangku.
“ Mana ada mama,” nafiku. Aku tak sanggup. Tak sanggup untuk
menceritakan segalanya pada mama.
Aku diceraikan talak tiga mama. Anakmu diceraikan. Allah..
“ Apapun yang berlaku, bincang elok-elok. Jangan buat keputusan
terburu-buru ya,” kata mama. Menasihatiku.
Aku rasa seperti ingin menjerit dan memberitahu satu dunia bahawa
aku, ya aku. Aisyah diceraikan. Diceraikan dengan talak tiga! Bukan satu tapi
tiga. Kerana apa? Kerana aku tidak boleh mengandung. Aku mandul!
“ Ya mama, Aisyah tahu.” Kataku sambil mengelap air mata yang mula
menitis lagi.
Kata-kata mama membuatkan aku sebak. Aku ingin menceritakan
segalanya kepada mama. Tapi aku tak mampu. Aku tak kuat.
“ Aisyah…Kalau ada masalah, jangan malu untuk ceritakan pada mama.
Mama sedia mendengarnya, In sha Allah
kalau mama boleh tolong mama akan cuba,” kata mama lagi. Mama menggengam jari
jemariku.
“ Terima kasih mama!” kataku sambil memeluk mama. Aku teresak
perlahan.
Biarlah rahsia mama…
Tiba-tiba doktor keluar dari bilik kecemasan. Topeng di wajahnya
di buka perlahan.
‘ Ya Allah, kacaknya!’ desis hatiku.
‘ Astagfirullahalazim! Aisyah, jaga mata! Kau tu baru saja
diceraikan kau tau tak,’ bisik hatiku.
“ Macam mana suami saya doktor?” pertanyaan mama menyedarkan aku.
Apalah aku ni!
Dalam keadaan macam ni pun aku ada masa lagi nak tengok muka
doktor kacak tu.
“ Alhamdulillah, berkat doa puan dan anak-anak puan Encik Awi
sudah stabil. Jantungnya sudah boleh berjalan dengan sendiri tanpa bantuan
mesin,” kata doktor tersebut.
Masing-masing mengucap Alhamdulillah tanda syukur.
‘ Ya Allah. Terima kasih untuk peluang ini,’
“ Oh, boleh saya jumpa puan sekejap? Ada perkara yang perlu saya
bincangkan,” tanya doktor.
“ Hmm, saya nak berada di sisi suami saya sehingga beliau sedar.
Kalau saya wakilkan anak saya boleh?” tanya mama.
“ Boleh…” kata doktor tersebut sambil berlalu. Sempat dia
memberikan senyuman. Lesung pipitnya begitu menggoda. Ya Allah…
“ Aisyah, pergilah ikut doktor tu!” suruh mama.
“ Apa pula Aisyah mama? Suruh la adik!” protesku. Malu kot!
“ Isy! Adik kamu tu SPM pun tak ambik lagi. Manalah dia tahu
apa-apa. Kalau doktor beritahu perkara penting macam mana?” kata mama.
“ Eh taka pa mama, doktor handsome
macam tu mama tak payah suruh pergi, adik rela mengikutnya,” kata adikku
sambil melangkah perlahan. Amboi gatal!
Aku capai tangan adikku. Dia terhenti.
“ Akak pergi!” kataku sambil berlari-lari anak mengikut doktor
tersebut.
Aku terkocoh-kocoh mencari kelibat doktor tersebut. Semput wei!
Tiba-tiba aku ternampak kelibatnya di sebuah mesin peruncitan automatik.
Sempat lagi beli air tu.
Aku menghampirinya. Dia berpaling dan tersenyum. Dia menunjukkan
secawan air milo yang masih berasap sambil menggangukkan kepalanya?
Aduh, doktor ni! Aku angguk sajalah.
Dia belanja aku secawan air milo panas. Kami melabuhkan punggung
di kerusi berhampiran. Dia masih diam. Aku lagilah!
Air milo dihirup perlahan. Tenang rasanya. Keadaan hospital
kelihatan lenggang.
Maklumlah masih awal pagi. Sekali-sekala kelihatan beberapa orang
jururawat yang lalu lalang.
“ Better?” tanya doktor itu tiba-tiba.
“ Yes, thanks.” Sahutku kembali.
“ Mata awak merah, banyak menangis ya?” tanyanya.
“ Banyak perkara yang berlaku pada saya hari ini,” kataku.
“ Apapun yang berlaku, anggap saja itu merupakan dugaan Allah
untuk menguji sejauh mana keimanan kita…” katanya tegas. Aku berpaling ke
arahnya. Dia masih tenang.
“ Tapi kenapa doktor? Perkara yang berlaku pada saya, terlalu
berat. Saya tak sanggup nak tanggung,” kataku.
“ Allah tak akan pernah uji hambanya melebihi apa yang kita mampu
tanggung,” katanya lagi.
“ Percayalah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma
kita yang tak belum nampak,’’ sambungnya lagi.
Aku terdiam. Kata-katanya menyedarkan aku. Ya, setiap yang berlaku
pasti ada hikmahnya.
“ Oh ya doktor, kenapa doktor nak jumpa saya?” tanyaku. Hampir
terlupa pula.
“ Saya cuma nak pesan, awak mesti jaga kesihatan bapa awak
baik-baik. Serangan jantung boleh datang bila-bila masa saja. Jadi saya harap,
awak tidak membebankan bapa awak dengan perkara-perkara yang berat,” jelasnya.
“ Baiklah, saya cuba!” kataku.
“ Hmm..Ini kad saya, kalau ada pertanyaan atau masalah boleh call
atau mesej,” kata doktor kacak itu sambil menghulurkan sekeping kad. Aku capai
perlahan.
“ Terima kasih doktor kerana selamatkan nyawa bapa saya,” kataku
sebelum bangun perlahan-lahan.
“ Bukan saya yang selamatkan nyawa bapa awak, tapi Allah. Allah
mendengar doa kamu,” katanya tegas.
“ Tapi…”
“ Baiklah, saya nak pergi surau kejap. Dah masuk subuh ni,”
katanya sambil bangun.
“ Dah subuh? Boleh saya ikut…” tanyaku. Aku perlu tenangkan diri.
Ya, dengan berdoa padaNya.
“ Sudah tentu!”
Kami berjalan beriringan. Masih adakah sinar bahagia untuk aku? Ya
Allah…
best nak lagi,kesian aishah tapi doktor kan hemsem ok apa.
ReplyDeleteBanyakkan bersabar...
ReplyDelete