Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Thursday 25 April 2013

Aku mencintaimu kerana agamamu Bab 6

Pintu terkuak perlahan. Dua bayang manusia muncul di hadapan pintu. Aku terkaku. Aku tahu siapakah gerangan yang muncul itu. Allah, tabahkan hatiku menghadapi dugaanMu !

" Mana bini kamu ni Azhar oi, tak kan waktu-waktu macam ni pun tak reti nak balik rumah lagi?" tanya ibu mertuaku. Tengok! Sajalah tu nak cari pasal denganku. Bukan aku tak tahu perangai orang tua tu.

Kerjanya nak cari pasal dengan aku saja. Tak cukup dengan telefon, datang lagi ke rumah. Alahai..Apalah dosa aku dapat ibu mertua macam ni?

Aku cepat-cepat bergegas ke arah mereka. Abang Azhar dan ibu mertuaku memandangku tajam. Apa yang tak kena lagi? Aku menyalami ibu, namun cepat-cepat dia menarik tangannya tanda tak sudi. Huh, kau tak sudi, aku seribu kali tak sudilah!

" Apa khabar ibu?" tanyaku sekadar berbasa-basi. Beg yang dibawa oleh ibu aku ambil. Tunjuk baik sikit. Tak lupa juga, senyum sikit.

" Kau tak payah tanyalah khabar aku, kalau kau nak nampak aku hari ni kira aku hidup lagi la," kata ibu. Amboi. Nak mati awal ke? Amalan dah cukup? Ya Allah, kenapa kata hati aku hari ni jahat sangat. Astaghfirullah...

" Err, beg ibu saya letak dalam bilik tamu ya," kataku sebelum meloloskan diri ke dalam bilik. Tak mahu berlama-lama di situ. Ada saja bahannya.

" Aisyah!" Namaku dilaung kuat oleh ibu. Ha, kan aku dah kata. Mesti sudah ada modal nak sakitkan hati aku la tu...

" Ya ibu! Sekejap!" Aku berjalan selamba ke arah ibu. Kelibat Abang Azhar tidak kelihatan. Tiba-tiba aku terdengar bunyi air di bilik air. Mandi rupanya.

" Aku nak cakap sikit dengan kau," kata ibu yang duduk di salah satu sofa. Aku melabuhkan punggung di sofa berkembar bertentangan dengan ibu.

" Ada apa ya ibu?" tanyaku.

" Kau ni dah berapa tahun kahwin?" tanya ibu.

" Tiga tahun bu.." kataku. Aku tahu sangat. Modal kali ini mesti kes, ANAK.

" Habis tu? Tak reti-reti nak beranak?" tanya ibu. Soalan cepu emas tu!

" Belum ada rezeki ibu, nak buat macam mana," kataku sambil tertunduk. Sebak sudah menebal di hati. Air mata tolonglah janganlah menitik...

" Kamu berdua ni berusaha ke tidak? Ke si Azhar tu tak pernah sentuh kamu?" tanya ibu. Penyibuk betul la ibu ni..

" Berusaha ibu, cuma tak ada rezeki lagi!" kataku. Amboi ibu ni. Soal dalam kain aku dengan abang Azhar pun dia sibuk nak tahu. Aku mencebik bibir tanda tak suka.

" Kalau dah susah sangat, kau bagi saja si Azhar tu bernikah lagi satu. Mana nak tahu, kali ni ada rezeki," kata ibu selamba. Aku tersentap. Air mata yang hampir luruh ku tahan. Ya Allah...



1 comment: