Jum main klik-klik Iklan. ^^,

Wednesday 20 March 2013

Aku Mencintaimu kerana Agamamu bab 2

Assalamualaikum, kak Efdy sudah siapkan bab 2! So baca ramai-ramai dan tinggalkan komen ya adik-adikku. *merayu.


Aku bangun awal pagi hari ini. Aku bangun untuk menyiapkan sarapan seperti biasa. Walaupun sebenarnya perkara semalam masih menghantuiku. Hari ini aku tekad. Aku tidak mahu mengejutkan Abang Azhar. Pandai-pandailah dia bangun sendiri. Semalam bukan main aku ditengkingnya. Marahnya bukan main. Bekas tamparan masih terasa peritnya. Namun sakit di hati hanya Allah sahaja yang tahu. Setelah selesai menyiapkan sarapan, aku masuk ke bilik tetamu. Bilik itu biasanya menjadi bilik untuk aku bersiap-siap ke kerja. Tugasku sebagai guru memerlukanku bersiap cepat. Tidak mahu mengganggu Abang Azhar.

Sarapan yang aku bawa dari rumah ku perhati. Dua keping roti yang dibakar dan disapu mentega. Aku lapar tetapi tidak ada selera pula. Perut pun terasa memulas-mulas. Sebentar lagi loceng akan berbunyi menandakan waktu pembelajaran akan bermula. Tiba-tiba telefonku berdering. Abang Azhar.

" Assalamualaikum," kataku selepas menekan butang 'terima'.

" Woi bodoh! Sejak bila kau ni tak reti nak kejutkan aku bangun ha? Aku dah lewat sekarang kau tau tak? Bini tak sedar diuntung! Sudahlah mandul! Pemalas!" Abang Azhar berkata. Aku menahan sabar. Mandul? Allah...

" Maafkan Aisyah, bang!" ujarku. Air mata yang mengalir di pipi ku sapu cepat. Bimbang ada guru-guru lain yang terperasan aku sedang menangis tidak berlagu di sini.

"Maaf! Maaf! Maaf! Tu sahaja yang kau tahu kan? Menyesal aku berbinikan betina macam kau ni! Tak pasal-pasal punch card aku merah hari ni! Siallah kau!" kata Abang Azhar lagi. Selepas melepaskan semua kata-kata kesat padaku, dia mematikan talian.

Air mata aku tidak dapat ditahan lagi. Pertama kali dalam hidupku, diherdik dan dicaci sebegitu. Bertambah perit apabila perilakunya adalah orang yang palingku cintai. Aku beristigfar. Beberapa orang guru mula mengambil tempat masing-masing. Air mata aku sapu secepat yang boleh. Tiba-tiba aku ditegur oleh Ustaz Habib.

" Assalamualaikum cikgu Aisyah! Apa khabar? Macam mana cuti?" tanyanya. Aku cuma mampu tersenyum. Sukar untuk aku bersuara. Aku terasa ingin menjerit dan memberitahu semua orang di sini. Cutiku musnah! Musnah kerana sikap suamiku yang makin lama makin berubah.

" Alhamdulillah,okey!" kataku apabila Ustaz Habib masih berdiri di situ tanpa berganjak. Matanya dan mataku bersatu. Aku menundukkan pandangan, Ustaz Habib juga begitu. Terasa janggal.

" Alhamdulillah, kalau begitu saya pergi dululah. Ada perhimpunan rasmi sebentar lagi. Assalamualaikum," kata Ustaz Habib. Mataku mengiringi pemergiannya. Selamat dia tidak perasan mataku merah.

Aku berjalan ke kelas 5 Amanah setelah selesai perhimpunan. Tugasku sebagai guru kelas 5 Amanah menambahkan bebanan kerjaku yang sejak dulu lagi bertimbun.

" Assalamualaikum dan selamat pagi Cikgu Aisyah!" ucap ketua kelas 5 Amanah iaitu Mona yang aku lantik pada awal bulan dahulu dan diikuti pelajar yang lain. Bukanku tidak mahu memberi tugas ini kepada lelaki, namun aku lihat kebanyakan lelaki di kelas ini seperti sukar untuk memikul tanggungjawab yang bakal aku berikan.

" Walaikumussalam semua, kamu boleh duduk. Keluarkan kerja sekolah yang cikgu berikan sebelum cuti! Siapa yang belum siapkan sila berdiri sebelum cikgu periksa satu-satu," kataku sekadar menduga.

Beberapa orang lelaki dan seorang pelajar perempuan bangun berdiri perlahan-lahan. Tindakan mereka menambahkan lagi rasa amarahku.

" Kamu semua ni kenapa ? Cuti seminggu pun tak mampu siapkan karangan yang cikgu bagi! Bukannya banyak pun, cikgu cuma suruh kamu siapkan dua karangan !" suaraku memenuhi ruang itu.

" Cuti kamu ni buat apa ? Jaga laki ? Jaga anak ha?" sambungku lagi.

Mereka tunduk menikus. Tahu pun takut. Sakitnya hatiku. Perkara seperti ini dianggap remeh! Allahuakbar! Sabarlah duhai hati.

"Kami minta maaf cikgu," kata salah seorang pelajarku.

"Maaf, maaf! Itu sahaja yang kamu tahu kan?" tiba-tiba aku tersedar. Kata-kataku kini seperti Abang Azhar. Aku duduk di bangku sebentar dan berisgtifar. Ya Allah. Dugaan  apa lagi ni...

Telefonku berbunyi sekali lagi. Kali ini aku rasa seperti malas untuk mengangkatnya. Tetapi memikirkan si pemanggil mungkin mempunyai hal penting yang harus diberitahu, aku angkat jua. Nombor yang tertera di telefon bimbitku mengejutkanku. Tak pernah si dia menelefonku.

"Assalamualaikum," kataku pada si pemanggil.

"Dasar betina mandul..."

No comments:

Post a Comment