Assalamualaikum. Hari ni kita baca review novel Hati Kala Cinta pula ya !
Mereka rapat
kerana berjiran tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran,
Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki tetapi tersalah
dilahirkan sebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam hitler, suka
memaksa orang mengikut kata dia.
Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila tetapi Lya tahu ada cinta di hatinya untuk Zhafran. Namun, ianya sudah terlewat kerana Zhafran telah pun memilih Nurin.
Saat yang sama, Hareez pula hadir dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menambahkan penasaran di hati Lya. Kali pertama bertemu, yang ada di mata Hareez hanyalah kebencian.
Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya menyintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.
Kadangkala, kuasa memilih bukan di tangan kita tetapi tidak semesti kita harus mati saat takdir menetapkan pilihannya.
‘Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi’ - Lya

Hah , dah habis baca sinopsisnya kan? Menarik tak ? Bagi Efdy, jalan cerita yang dikarang agak menarik dan diselitkan dengan unsur-unsur 'manis' yang boleh menyebabkan anak-anak dara sawan senyum sambil baca novel ni disebabkan terlalu sweetnya. Wataknya pun okey. Banyak konflik yang dibuat untuk menarik minat pembaca. Gaya bahasanya santai dan sesuai untuk golongan-golongan remaja zaman sekarang. Hihi , tapi ingat satu ! Buang yang keruh, ambil yang jernih ya!
Jangan lupa beli novel ini dan jadikannya salah satu koleksi anda
di rumah.!
No comments:
Post a Comment